Ahad, 31 Mac 2013
ASPAN ALIAS Menulis
Wujudkan 'facet' politik baru untuk perpaduan nasional yang kekal
Kesemua di antara sahabat-sahabat saya telah menasihatkan saya, jika saya kekalkan kebersihan dalam pemikiran (purity of mind), secara ‘natural’ perjuangan untuk menyaksikan perubahan itu akan terkabul juga akhirnya.
Bukti yang terakhir kita saksikan ialah kegagalan kerajaan untuk membubarkan Parlimen yang sudah sampai ke penghujungnya. Jawapan kepada soalan kenapa UMNO tidak membubarkan Parlimen itu, ialah kerana mereka tidak berkeyakinan untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang ini. Dalam masa yang sama mereka tidak mahu mengalami kekalahan. Kenapa UMNO boleh tidak dapat menerima hakikat menang kalah dalam sesebuah demokrasi itu adalah perkara biasa?
Sememangnya itulah cara yang betul. Memberikan tarikh mengundi itu berbulan-bulan sebelumnya itu akan mengelakkan daripada rakyat tertunggu-tunggu dan meneruskan spekulasi yang tidak sihat. Di sini menentukan tarikh mengundi itu dijadikan sebagai kaedah menunjukkan betapa berkuasanya Perdana Menteri kita. Perdana Menteri kita beranggapan yang kuasa menentukan tarikh pilihanraya oleh Perdana Menteri itu dijadikan modal untuk Perdana Menteri itu mempunyai ‘privilege’ untuk membuatkan rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu dan keliru.
Politik ini adalah ‘game of perceptions’ dan apabila persepsi rakyat terhadap UMNO itu buruk, maka rakyat tidak teragak-agak untuk menarik kembali sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Jika UMNO sendiri tidak mempunyai keyakinan diri, masakan rakyat boleh mengekalkan keyakinan terhadap UMNO itu? Rakyat tidak akan berani untuk berlindung di belakang parti dan pemimpinnya yang penakut.
Saya selalu berangankan negara ini memulakan politik dan siasah yang baru bagi mencapai ‘national unity’ kerana itu merupakan ‘ultimate’ bagi sebuah negara yang serius untuk kekal sebagai negara yang aman dan damai.
Carilah ‘Mendela’ Malaysia yang tidak ada apa-apa agenda untuk dirinya sendiri selain daripada agenda negara. Kita benar-benar memerlukan negara kita berada dalam kelompok negara yang betul-betul wujud di atas kehendak pencapaian ‘ultimate’ tadi, iaitu perpaduan national (national unity) yang berkekalan.
Posted by Aspan Alias at 12:08