Jumaat, 6 Sept 2013
Miskin Tegar Dari Subang Sudah Kaya
Dulu Ditendang Sekarang Ku Di Sayang!
Published on Aug 2, 2013
Sepintas tentang Tegar
Tegar 11th. adalah sosok seorang pengamen cilik jalanan dari Subang - Jawabarat. Sejak usia 4 tahun Tegar mulai melakukan profesi sebagai "Pengamen" dari Stasiun Cikampek sampai perempatan lampu merah kopo (Pintu tol Cikampek). Hal ini Tegar lakukan karena kondisi ekonomi keluarganya yang serba kekurangan, selain itu faktor perpisahan antara ayah & ibunya menjadikan Tegar semakin kuat untuk menjalani kehidupan di jalanan dengan mencari uang jajan sambil "ngamen". Kepiawaian nya dalam memainkan okulele dia pelajari secara autodidak, bakat seni ini di warisi dari kedua orang tuannya yang berprofesi same dengan Tegar. Ketika dalam kandungan Tegar selalu diajak oleh ibunya mencari nafkah dengan mengamen dikereta Api, dari stasiun ke stasiun.
MISKIN TEGAR
1. Fenomena ‘Tegar’ penyanyi cilik dari Indonesia mantan pengemis tiba-tiba menjadi begitu popular dan laris gara-gara kehebatannya bermain gitar dan menyanyi dengan lagu ‘hit’nya ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang’ ternyata menggaris sesuatu untuk difikir. Tegar Septian adalah pengemis jalanan yang hidup serba kekurangan. Bahkan, menurut ibunya, Ratna, untuk makan setiap hari perlu melalui kesulitan yang amat sangat. . “Kalau minta makan sama keluarga, harus nangis-nangis dulu,” katan ibunya Ratna mengenang masa susahnya. Sekarang, Tegar telah menjelma menjadi penyanyi cilik yang terkenal dan dihujan undangan menyanyi di TV, baik di dalam dan juga luar kota di negara tetangga itu. Pendapatan ‘Tegar’ begitu lumayan sehingga sudah mampu tinggal di apartmen mewah dengan ditemani pembantu ke mana saja dengan kenderaan mewah. Tegar adalah anak sulung dari tiga adiknya dan mempunyai seorang ibu yang juga mengemis di stesen keretapi dan dia mempunyai seorang bapa tiri yang bekerja sebagai buruh kasar. Tegar belajar menyanyi sejak usia empat tahun dan dia mulai mengemis sejak usia tujuh tahun dan kini umurnya sudah mencecah 11 tahun sebelum kemewahan hinggap di bahunya.
2. Tegar bangkit membuktikan bahawa kemiskinan adalah KUASA yang amat berharga untuk menjadi manusia luarbiasa. Kepedulian akan datang selepas babak kejayaan sudah mengambang di muka pintu. Yang dulunya tidak kenal akan terlalu kenal, yang dulu menggunjing lidah dengan umpatan kini berbuih-buih menasbihkan hubungan saudara. Lirik lagunya yang cukup menarik dan menyentuh perasaan “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu ditendang sekarang ku disayang” bagaikan mencarik-carik jantung dan hati aku yang pernah melalui denai kesusahan di zaman kanak-kanak.
Posted by HNadim Bentara Kanan
Rupa-rupanya gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah RM22,826.65 sebulan
Ini mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.
Sementara Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.
Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20.
“Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004,” katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai).
Malaysia Instinct.
Orang Melayu Johor Paling Miskin Di Malaysia? Jom Kita Tengok Benda Ni
King Jason
Projek Wilayah Iskandar Malaysia merupakan projek pemberian tanah kepada org asing terutama cina Singapore secara terhormat!!
Q :Siapakah yg memulakan idiea ini?
A :melayu umno
Q :Apakah keuntunggan kepada melayu?
A :hanya menguntungkan crony umno sahaja.. rakyat Johor cuma dapat sisa.
Q : Apakah kesan sampingan projek ini?
A : Tanah2 tergadai.. kesan kenaikan harga barang sebab peniaga meletak harga nilai wang Singapura.
Q : Adakah rakyat Johor sedar akan semua ini?
A : tidak akan sedar sama sekali,selagi mereka tak di halau dari tanah mereka spt kejadian di Pengerang,selagi itu mereka berasakan negara ini aman.selagi mereka mampu bayar kos sara hidop. mereka tak akan fikirkan kesan ini kpd generasi akan datang..
Posted by admin at 1/17/2013 11:03:00 AM/Kerabu Bersuara
PEKERJA SWASTA DI SABAH MISKIN TEGAR?
Saudara Pengarang,
MOHON ehsan agar wartawan Sabahkini.net membuat liputan dan kajian berhubung kadar gaji yang diterima oleh pekerja swasta di Tawau yang terlalu rendah terutama yang bekerja di kedai kasut, handset, pakaian dan sebagainya.
Alangkah malang dan kasihannya para pekerja ini kerana gaji mereka terima jauh di bawah paras kemiskinan kerana seorang pekerja hanya dibayar antara RM 230 sehingga RM250 sebulan.
Lebih malang lagi tanpa potongan KWSP dan kemudahan lain yang mereka layak sebagai seorang manusia. Bilakah kerajaan mahu menguatkuasa Gaji Minima di Sabah?
Salam Hormat,
HAMIDI
Posted by sabahkini.net at 8:57 AM
No comments:
Post a Comment