Pages

Tuesday, 10 September 2013

Idris Jusoh : Mengaku PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Menyusahkan Guru...

Selasa, 10 September 2013
Sistem penilaian PBS mempunyai kelemahan dan ia menyusahkan guru...
Hari ini heboh tentang ranking universiti-universiti di Malaysia jatuh merudum melalui senarai yang dikeluarkan World University Rankings 2013/14 namun Menteri Pendidikan II,  Idris Jusoh nak menjadikan sekolah Malaysia satu pertiga terbaik di dunia.

“Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia,” katanya program Bicara Minda yang bertajuk ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif’ hari ini.
Sebelum itu dia mengakui sistem penilaian PBS mempunyai kelemahan dan ia menyusahkan guru.

“Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru. Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menyusahkan tetapi tetap akan diteruskan!!
EkELEH.COM
Membela pendidikan pedalaman Sabah 
Sekolah pedalaman S'wak 
SK LONG SEPILING
JALAN AIR (3 JAM DARI PEKAN MARUDI)
   JALAN AIR (DARI LAPOK 3 JAM)
100 km dari Pejabat Pelajaran Daerah
 Gambar - Abie KHalid HaFiZi

No comments:

Post a Comment