Bukti undi BN dapat duit...
Published on May 9, 2013
Seorang wanita yang dah marah,, kerana merasa ia ditipu, sanggup dibawa Ke Balai Polis...
Kredit to Chandra Lawan Tetap Lawan.
Rasuah punca minyak naik - Ku Li
mafiaboss2u.blogspot.com
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik akhbar Sinar Harian, 7 September, mengecam kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Razak kerana gagal membendung gejala rasuah dalam pwntadbiran negara hingga menjejaskan rakyat.
Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi diesel dan Ron95 seperti diumumkan Perdana Menteri, 2 September lalu, bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya mahu gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar pentadbiran negara ditangani segera.
"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.
Menurut bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu, kerajaan membiarkan rakyat bawahan membayar los tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal.
"Ini tak boleh diteruskan lagi. Kerajaan sepatutnya kena tanggung dan selesaikannya," tegasnya dalam satu sidang media.
Beliau yakin banyak masalah dapat diselesaikan jika gejala rasuah diatasi.
Tengku Razaleigh turut mencadangkan agar semua pemimpin kerajaan sama ada menteri atau bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai langkah berkesan membendung gejala rasuah.
"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak menjawat menteri)," katanya.
Harakahdaily
azmieyusoff.blogspot.com
Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi - Dr Mahathir
Apabila Mahathir menulis ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, sebenarnya bermakna Mahathir sendiri juga meluat dengan UMNO hari ini. Mahathir bertanya dan Mahathir sendiri memberi jawapannya. Sebenarnya dan sesungguhnya, jawapan Mahathir itu sudah lama diketahui oleh majoriti orang Melayu yang menjadi punca utama UMNO bukan sahaja ditolak malah ditentang oleh anak-anak Melayu masakini. Akar umbinya RASUAH.
ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
“Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun”. Kata Mahathir.
“Kenapa? Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.” tambah Mahathir.
Langitbiru.
Pemandu akui pentadbiran Najib lemah tangani rasuah
johorborn.blogspot.com
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) percaya banyak usaha boleh dibuat termasuk mengetatkan akta tertentu dapat mengekang gejala rasuah di negara ini.
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam, berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan badan profesional juga membantu mengurangkan rasuah.
"Kita mengakui usaha kerajaan belum mencukupi untuk membasmi rasuah, kata. Kita perlu melipat ganda usaha," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Kajian sama mendapati kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan menangani rasuah merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
Bagaimanapun, berdasarkan Penunjuk Aras Rasuah Global (GCB), 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju orang ramai boleh melakukan sesuatu untuk membanteras rasuah.
dupahang.wordpress.com
Mengulas lanjut, Ravindran berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan kepada Akta Persatuan 1966 bagi mencegah kebocoran dana dalaman dalam parti politik.“Pendaftar Pertubuhan juga boleh melakukan pindaan menjelang hujung tahun bagi menjamin ketelusan kaedah pengurusan kewangan parti politik," katanya.
Menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan untuk memerangi rasuah ketika mengumumkan anggota Kabinet Mei lalu. Ravindran berkata, anggota Kabinet juga mengisytihar harta kepada Najib dan SPRM.
Selain itu, katanya, pelantikan bekas Presiden TI Malaysia, Datuk Paul Low sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada kecekapan tadbir urus dan integriti, membuktikan kesungguhan Najib. - 10 Julai, 2013/TMI
maidoali.wordpress.com
No comments:
Post a Comment