Banjir, oh banjir, di mana parti “pembela rakyat”?
Oleh Soraya Salim
Ketika ini, sedang rakyat Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor mengharungi derita banjir dengan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda tanpa sumber makanan mencukupi, bekalan elektrik dan air yang terputus, selain anggota keselamatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menyelamat mangsa dan menghulurkan bantuan, di mana parti yang sering mendabik dada sebagai "pembela rakyat"?
Sekadar melaungkan retorik di Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di dewan berhawa dingin sambil berbangga bahawa parti itulah penyelamat bangsa?
Atau sekadar meninjau dari helikopter tanpa turun padang mengalami sendiri penderitaan rakyat yang majoritinya berbangsa Melayu dari kawasan pedalaman (yang majoritinya telah memenangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13)?
Di mana Kelab Putra Umno 1Malaysia yang begitu gigih memberi bantuan kemanusiaan sejauh Gaza di Palestin, Somalia dan terbaru di Filipina? Mengapa diam membisu dalam krisis banjir yang mengancam nyawa ribuan rakyat di tanah air sendiri?
Di mana pula sayap Puteri yang katanya tidak mahu sekadar dianggap "penyeri" parti? Di mana pula sayap Wanita yang mendabik dada sebagai "tulang belakang" parti?
Hanya sekadar jadi perayu undi di musim pilihan raya? Adakah sayap elit Pemuda pula sedang bersenang-lenang di hotel lima bintang usai berpantun, menyanyi dan berlawak jenaka di persidangan agung?

Buletin Pakatan Rakyat
Foto Misi Bantuan Banjir PAS Kawasan Kuala Krau !!
Misi bantuan banjir PAS Kuala Krau ke Pulau Pasir Mandi.
Pahang Daly
0 comments:
Post a Comment