Pages

Wednesday, 18 December 2013

Video Puting Beliung Johor Bahru - Fenomena atau Peringatan?

Rabu, 18 Disember 2013
Puting Beliung Di Johor Bahru

Petang tadi di Johor Bahru dan Singapura telah berlaku fenomena Puting Beliung dan ini antara VIDEO berjaya dirakam oleh mereka yg kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Pembentukan puting beliung tersebut dikatakan tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan.

Tidak dapat digambarkan jikanya ianya mencecah daratan impak kemunasahan yang bakal dilakukan.

Syukur Alhamudlillah tiada kejadian buruk berlaku.

sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=X02YiQZQZss
Published on Dec 18, 2013
Puting Beliung Johor Bahru 18/12/2013






Aiyang disayang


PUTING BELIUNG DI JOHOR, PENJELASAN DARI JABATAN METEOROLOGI

Semalam tersebar di media-media sosial gambar-gambar 'puting beliung' yang berlaku di Selat Terbrau. Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang semalam dan menarik perhatian orang ramai terutamanya di kalangan pengguna di Jalan Skudai, Johor Bharu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi menjelaskan, itu bukannya puting beliung tetapi hanya belalai air yang selalu berlaku i permukaan air.

“Ia kejadian lazim apabila hendak hujan kerana kedudukan tengah laut angin bertembung mewujudkan belalai air. Ia kejadian biasa di Johor.

“Belalai air ini bukan puting beliung. Ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap tidak seperti puting beliung. Malah kita tidak dapat kesan angin tersebut menerusi satelit,” katanya.
KiniNEWS

No comments:

Post a Comment