Saturday 30 November 2013

Forum Mahasiswa di UIAM: Rakyat perlu berdiam diri - Terkejut Kenyataan Panas Fathul Bari !

Ahad, 1 Disember 2013
Forum Mahasiswa Di UIAM Kuantan Dapat Sambutan, Ramai Terkejut Kenyataan Panas Ustaz Fathul Bari !
KUANTAN - Ramai pihak yang menyaksikan majlis forum bertajuk "University's Role In Molding A Thriving Society & Country" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan malam semalam (29 Nov) terkejut dengan kenyataan Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari bahawa rakyat perlu berdiam diri (simpan dalam hati) walau pun mereka tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedia ada sekarang. Beliau berkata demikian, ketika menjawa soalan seorang mahasiswa yang bertanya soal tindakan beliau mengharamkan perhimpunan aman (demontrasi). Fathul turut menyatakan bahawa apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang adalah petanda "akhir zaman", maka itu rakyat perlu terima apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dan mereka tidak perlu turun dijalanraya untuk menyatakan bantahan walau pun tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Apapun, Fathul Bari mengatakan jawapan yang diberikan adalah hujjahnya berdasarkan apa yang beliau pelajari selama ini. Malah, dia merujuk kepada hadis-hadis sahih atas apa jua kenyataannya tentang demontrasi selama ini. "Saya berani cakap bahawa saya konsisten dengan hujjah saya. Tidak kira kerajaan atau pembangkang anjur himpunan, saya tetap tidak bersetuju. Kalau saya sertai himpunan anjuran UMNO.. bolehlah saya dikutuk.. tapi setakat hari ini saya memang tidak pernah sertai mana-mana himpunan (demontrasi)", kata Ustaz Fathul Bari. Program anjuran IIUM Kuantan Stundent's Representative (SRC) itu turut menampikan bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Nur Azam Amiruddin (wakil mahasiswa) dan Prof Madya Dr.Muhammad Ibrahim (Pensyarah UIAM). Hampir 500 orang mahasiswa serta orang awam telah hadir. 

Tetamu kehormat yang turut bersama menyaksikan program tersebut

Sementara itu, Ustaz Nasruddin ketika menjawab hujjah Ustaz Fathul Bari berkata apakah kita harus berdiam diri ketika melihat kemungkaran. Katanya, memang benar ada hadis yang mengatakan serendah-rendah iman ialah menegur di dalam hati namun apakah wajar kita perlu berdiam diri. "Menegur dalam hati ialah meluahkan apa yang terpendam dan diterjemahkan menerusi himpunan seperti yang diadakan selama ini. Himpunan aman sebenarnya, tetapi yang menghuru-harakannya ialah anggota polis. Cuba lihat, Himpunan Hijau di Kuantan.. berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan bila pihak polis berikan kerjasama", katanya. Beliau menegaskan, himpunan memang menjadi kucar-kacir bila polis melepaskan water canon dan gas pemedih mata. "Himpunan aman sebenarnya diadakan dengan baik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang dilakukan kerajaan. Dengan himpunan aman  banyak isu akhirnya diselesaikan oleh kerajaan.... antaranya isu PPMSI, ISA dan banyak lagi. Jika rakyat tidak turun berhimpunan apakah kerajaan akan mendengar suara mereka?. Tidak wajar kita berdiam diri melihat kemungkaran. Kita diberikan akal fikiran untuk memilih yang hak dan yang bathil.. maka itu bila kita mahu menyatakan bantahan terhadap apa jua tindakan kerajaan yang tidak betul.. apakah dengan berdiam diri?. Maka itu saya rasa tidak ada salahnya himpunan aman kerana itu saja cara untuk kita memberi nasihat selepas kerajaan gagal mendengar suara mereka selama ini", tambah Ahli Parlimen Temerloh itu lagi dengan tepukan dari kalangan penonton.
Nasruddin yang juga merupakan AJK PAS pusat turut memberi semangat kepada para mahasiswa agar tidak menjadikan penglibatan mereka dengan persatuan tertentu dianggap tidak betul gara-gara digelar kumpulan pro-M dan pro-Aspirasi. "Saya jadi pemimpin hari ini atas pengalaman yang saya peroleh ketika berada di pusat pengajian tinggi. Saya banyak melibatkan diri dengan gerakan mahasiswa. Suara mahasiswa didengar oleh orang luar... maka itu, jadikan pengalaman sebagai kekuatan untuk terus berjuang... siapa tahu ada diantara anda akan jadi MB Pahang atau exco... maka itu gunakan ilmu yang ada untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Apa guna ada ilmu jika selepas belajar kita menyokong yang bathil. Guna akal fikiran untuk pilih dan pilihan itu harus tepat agar kita tidak dikatakan bersekongkol dengan mereka yang mahu menjatuhkan Islam. Ada pihak mahu angkat Islam tapi satu pihak lagi mahu jauhkan umat Islam dari agama itu sendiri.. Inilah realiti yang berlaku di negara kita hari ini", kata Nasruddin Hassan Tantawi.
[Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kuantan kerana berjaya menemukan dua tokoh politik muda terutamanya dari parti pembangkang (Ustaz Nasruddin Hassan) bersama dalam program tersebut. Sekurang-kurangnya para mahasiswa dapat melihat dan menilai hujjah daripada kedua-dua belah pihak untuk dijadikan panduan dalam menilai sesuatu isu yang berkaitan dengan politik negara. Walau pun ada soalan provokasi dan ahli panel sendiri beberapa kali lari tajuk, namun ia sedikit sebanyak memberi ruang yang terbuka luas untuk insititusi pengaian tinggi lain di negara ini menganjurkan acara debat atau dialog seperti ini. Sudah tiba masanya kita mahu melihat politik matang yang dapat memberi input yang cukup berguna kepada rakyat. Secara keseluruhannya, penonton berpuas hati dengan hujjah daripada kesemua ahli panel dan ia memberi gambaran positif untuk acara sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang di universiti terbabit. Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Lokman Nor Adam  juga pernah diundang beraksi di pentas yang sama. Cuma ramai pihak yang tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai program ini. Jika tidak pasti lebih ramai yang akan hadir untuk memeriahkan program tersebut semalam]. #sumber
Read More

Video USTAZ KAZIM AHLI PAS Akan Dilantik Ketuai JAKIM...

Ahad, 1 Disember 2013
“Saya kata saya bukan orang Umno, saya orang PAS!”
Published on Nov 1, 2013
https://www.facebook.com/pages/Anti-P...
http://www.networkedblogs.com/blog/1-...

Jarang aku puji Nik Abduh.... Kali ni aku puji seikhlas hati..... Bg aku ini statement sempoi.... Kazim ada dlm Pas pun buat serabut, baik nyah pi kat Umno ja.... Klu aku, bkn kata Kazim... Sesapa pun yg dlm Pas ni nak syok dgn Umno... Serabut mcm Umno... Baik nyah pi awai sikit... Senang kami x payah kalot pasai hangpa dah... Blh fokus lawan hangpa drpd dok pedo dgn hangpa....

fb Zul Hazmi/Buletin Pakatan Rakyat


Ni dari seseorang...

Ini pengakuan beliau kepada seorang ustaz seperti dalam perbualan betikut..


Photo: USTAZ KAZIM AKUI BELIAU MASIH AHLI PAS YANG SAH DAN BELUM PASTI MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO. 
http://omakkau.blogspot.com/2013/11/ustaz-kazim-akui-beliau-masih-ahli-pas.html
Apa kes... ahli PAS dilantik MT UMNO?
USTAZ KAZIM AKUI BELIAU MASIH AHLI PAS YANG SAH DAN BELUM PASTI MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.
http://omakkau.blogspot.com/2013/11/ustaz-kazim-akui-beliau-masih-ahli-pas.html/
Buletin Pakatan Rakyat

USTAZ KAZIM AHLI PAS PEGANG JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI (MT) UMNO

AHLI PAS PERAK
Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas.

“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.

“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Raja Ahmad berkata, Pas tidak menolak kemungkinan penerimaan jawatan itu kelak akan memberi kesan terhadap aktiviti keagamaan yang dilakukan termasuk ceramah, tazkirah dan kuliah.

Katanya, umum mengetahui, mana-mana individu yang berjawatan dalam politik, tidak dibenarkan menggunakan tempat ibadah terutama masjid sebagai pentas politik.

“Bagi Pemuda Pas, jika Ustaz Kazim telah mengesahkan menerima pelantikan jawatan itu, maka beliau sudah memikirkan implikasi kedudukannya sekarang ini sebagai pendakwah bebas,” katanya. 

SUMBER /Utusankini




Terima atau tidak, Ustaz Kazim nak jumpa Najib dulu...


Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias akan bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Beliau menegaskan sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu tersebut.

Beliau berkata, buat masa ini, masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya pelantikan tersebut.

"Tolak tidak, terima pun tidak. Saya nak jumpa dulu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya juga mempunyai syarat-syarat saya untuk dikemukakan," katanya dalam ceramah Maal Hijrah anjuran Umno Setiawangsa, di sini sebentar tadi ~ Sinar Harian
Read More

Friday 29 November 2013

Hukum Hudud adalah hukum dari Allah swt...UMNO/BN Tolak Hudud?

Sabtu, 30 November 2013

Golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam'

Hukum Hudud adalah hukum dari Allah 

swt..

Photo: Hukum Hudud adalah hukum dari Allah swt..

Hukum Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda, ini telah ditetapkan Allah swt di dalam Surah An-Nisaa' Ayat 13.

maksudnya: 

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syari`at) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam.

Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini

 Ahli fiqh tidak pernah mencipta hukum hudud tetapi mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan junjungan besar kita, Rasulullah saw.

Ummat Islam dan pemimpinnya mesti mencari 1001 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam bukan sebaliknya..

Wallahu a'lam.
Hukum Hudud ialah kesalahan jenayah yang melanggar hak-hak Allah iaitu melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan hukumannya adalah berdasarkan kepada nas, sama ada melalui AlQuran atau AlHadits. Ia meliputi keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda, ini telah ditetapkan Allah swt di dalam Surah An-Nisaa' Ayat 13.

maksudnya:

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syari`at) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

Para alim ulama' telah memudahkan kita dengan menggariskan kategori ilmu dan syariat Islam seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud adalah sebahagian dari undang - undang Jenayah Islam.

Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini

Ahli fiqh tidak pernah mencipta hukum hudud tetapi mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menyampaikan kepada masyarakat apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan junjungan besar kita, Rasulullah saw.

Ummat Islam dan pemimpinnya mesti mencari 1001 jalan untuk membolehkan syariat Islam ini didaulatkan di atas negara kita yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam bukan sebaliknya..

Wallahu a'lam.


Read More

Ustaz Kazim Elias berhenti berceramah - Kena ugut bunuh serta bosan dengan gelaran "USTAZ POLITIK"

Sabtu, 30 November 2013
 Bosan dengan gelaran "USTAZ 

POLITIK" 
Photo: Ustaz Kazim Elias yang berjanji ikrar akan berhenti berceramah mulai semalam 28 hb November 2013 kerana di katakan kena ugut bunuh serta bosan dengan gelaran "USTAZ POLITIK" yang dilebelkan terhadap dirinya kini sudah di lantik oleh Najib Razak sebagai salah seorang Ahli Majlis tertinggi UMNO lantikan.

Pergh!!! .. akhirnya kebenaran terungkai jua .. dulu rakyat tuduh ustaz ini berceramah macam ahli politik berdarah UMNO namun dia nafikan .. Nah sekarang apa certa!!!!!

Beliau adalah antara 9 individu yang di lantik oleh Najib Razak untuk menanggotai MKT UMNO tahun 2013-2016.

Jadi alasan mau berhenti ceramah di wujudkan bagi mendapatkan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO tidak boleh di tolak begitu saja ..

Ini kata-kata beliau pada 18hb Mei 2013 mengapa mau berhenti dari berceramah ...
“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka".

Lepas ini beliau tidak boleh lagi mendabik dada kononnya berceramah tanpa memihak kepartian.

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016. 

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

Berikut adalah senarai MT tambahan: 

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias
Ustaz Kazim Elias yang berjanji ikrar akan berhenti berceramah mulai semalam 28 hb November 2013 kerana di katakan kena ugut bunuh serta bosan dengan gelaran "USTAZ POLITIK" yang dilebelkan terhadap dirinya kini sudah di lantik oleh Najib Razak sebagai salah seorang Ahli Majlis tertinggi UMNO lantikan.

Pergh!!! .. akhirnya kebenaran terungkai jua .. dulu rakyat tuduh ustaz ini berceramah macam ahli politik berdarah UMNO namun dia nafikan .. Nah sekarang apa certa!!!!!

Beliau adalah antara 9 individu yang di lantik oleh Najib Razak untuk menanggotai MKT UMNO tahun 2013-2016.

Jadi alasan mau berhenti ceramah di wujudkan bagi mendapatkan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO tidak boleh di tolak begitu saja ..

Ini kata-kata beliau pada 18hb Mei 2013 mengapa mau berhenti dari berceramah ...
“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka".

Lepas ini beliau tidak boleh lagi mendabik dada kononnya berceramah tanpa memihak kepartian.

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias



Buletin Pakatan Rakyat
Read More

Felda: KEUNTUNGAN FGVH JATUH MERUDUM 89%

Jumaat, 29 November 2013
Pautan kekal imej terbenam
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merudum 89 peratus kepada RM22.9 juta bagi suku tahun ketiga berakhir 30 Sept 2013 (Q3FY13) berbanding RM207.71 juta tahun lalu.

The Sun melaporkan, penurunan ini berpunca daripada penghasilan rendah segmen perladangan, pengilangan, logistik dan segmen-segmen lain FGVH.

Hasil FGVH bagi tempoh tersebut jatuh 15 peratus kepada RM3.22 bilion berbanding RM3.77 bilion.

Bagaimanapun kumpulan perniagaan Felda itu mengumumkan interim dividen berjumlah 6 sen sesaham bagi Q3FY13 berjumlah RM218.89 juta yang dibayar sebelum akhir tahun ini.

Prestasi lemah bagi Q3FY13 mengakibatkan keuntungan bersih terkumpul FGVH bagi sembilan bulan tahun ini turun 18 peratus kepada RM482.33 juta berbanding RM588.25 juta tahun lalu, walaupun hasil hanya menurun kepada RM8.89 bilion daripada RM9.03 bilion.

FGVH menyandarkan penurunan keuntungan bersih kumpulan kepada segmen perladangan yang jatuh sebanyak 66 peratus kepada RM372.17 juta ekoran harga minyak sawit mentah yang rendah.

Harga purata minyak sawit mentah tahun ini adalah RM2,302 per tan berbanding RM3,107 per tan tahun lalu. Bagaimanapun syarikat mencatatkan 8.5 peratus peningkatan pengeluaran buah tandan basah (FFB) kepada 3.76 juta tan untuk tempoh sembilan bulan 2013.

Keuntungan bagi segmen pengilangan, logistik dan segmen lain FGVH juga berkurang 37.8 peratus bagi tempoh sembilan bulan 2013.

FGVH bagaimanapun yakin prestasi syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 adalah selaras dengan pencapaian industri.
Kedahkini.
Read More

Misi Berjaya: 'Gumbira dan sedih' Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah di sebuah lokasi rahsia - Hishamuddin Rais

Jumaat, 29 November 2013
KOMENTAR TUKAR TIUB

misi berjaya!

KAKAK DAN ADIK

pertemuan kakak dan adik

malam tadi  disatu kota
yang saya sendiri tak tahu

semua berjalan saperti dilancar

cik gu kamar
telah bertemu dengan siti aishah

gumbira dan sedih - ini komen awal  dari cik gu kamar

ketika  ini cik gu kamar masih berehat dlam bilik

Read More

Thursday 28 November 2013

SELEPAS 30 TAHUN, Akhirnya Kamar Mahtum bertemu adiknya...Kini Hishamuddin Rais berada di Daily Telegraph London!

Jumaat, 29 November 2013

TERKINI MENCARI AISHAH - LONDON

MENCARI AISHAH
Kamar Mahtum Abdul Wahab and former student activist Hishamuddin Rais left for London last night and hope that they will get to see Siti Aishah. - The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, November 27, 2013.


JAM 10.00 PAGI KOTA LONDON

selesai minum pagi jam 9.00
kini hampir jam 10.00 pagi
diluar sejuk

kami masih menunggu jawapan dari
ketua polis yang mengepali siatasan kes aishah

cik gu kamar ingin menyampikan surat
yang telah ditulis pagi kelmarin
surat pribadi dari hati seoarang kakak

telah minta bantu jalan diplomatik

kini menunggu jawapan

PROGRAM HARI INI
sementara menunggu jawapan
kami akan ke pejabat akhbar daily telegraph
untuk membuat rakaman gambar
dalam masa yang sama menunggu
panggilan talipon pegawai polis

harapan cik gu kamar masih tinggi

SATU JEMPUTAN: Kota Bharu & Kuala Terengganu!


Read More

Gaji nak tinggi, barang nak murah! Gaji KM Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!

Jumaat, 29 November 2013
Gaji nak tinggi

Bersyukurlah negara aman, masih boleh makan sardin.
Sardin mahal, tak payah beli sardin!
Nak murah tangkap sardin sendiri.
Harga sardin naik untuk kesihatan rakyat.
Dah tau sardin mahal, lain kali tak payah makan sardin, makan ikan kering je.
Harga memang mahal la sekarang, nak murah zaman 80an dulu dapat la.
Gaji nak tinggi, barang nak murah, tak reti bersyukur!
Nak jadi negara maju memang barang harga mahal.
BR1M dapat tapi asyik komplen je!
Lebih rendah berbanding negara jiran.

Photo: Bersyukurlah negara aman, masih boleh makan sardin.
Sardin mahal, tak payah beli sardin!
Nak murah tangkap sardin sendiri.
Harga sardin naik untuk kesihatan rakyat.
Dah tau sardin mahal, lain kali tak payah makan sardin, makan ikan kering je.
Harga memang mahal la sekarang, nak murah zaman 80an dulu dapat la.
Gaji nak tinggi, barang nak murah, tak reti bersyukur!
Nak jadi negara maju memang barang harga mahal.
BR1M dapat tapi asyik komplen je!
Lebih rendah berbanding negara jiran.
Photo: Gaji Menteri Besar, Speaker, EXCO, Timbalan Speaker dan ADUN Selangor dinaikkan. Admin rasa ramai akan bantah sbb banyak naik. Ramai akan komen 'gaji kita tak naik2', 'better salur pada anak yatim' dsb. TAPI kalau korang bandingkan PRESTASI MB Selangor dengan Ketua Menteri Sarawak, kenaikkan gaji ni BAGUS. Menteri Besar Selangor sekarang ni menunjukkan PRESTASI memberangsangkan. Rezab Selangor hampir mencecah RM3billion! Ada simpanan lagi tu! KM Sarawak? Menteri2 Sarawak pernah dinaikkan gaji awal tahun ni(ke tahun lepas?), tapi tak berbaloi beb. Ah, ini pendapat admin je. Korang hujah la sendiri

Gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!


FRIDAY, NOVEMBER 29, 2013

Sengaja memperbesar isu kenaikan gaji ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipersetujui 100% oleh semua anggota dewan adalah satu tindakan khianat yang cuba mencampuri urusan kerajaan negeri.

 Walaupun terperanjat dengan berita itu, Anwar Ibrahim lebih berhemah dalam mengulas isu kenaikan gaji tersebut dengan meminta Khalid menerangkan kepada umum akan keperluan tindakannya itu.

 Mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

 Tidak timbul isu kerajaan negeri Selangor tamak atau mementingkan diri sendiri kerana kenaikan tersebut bakal melibatkan semua anggota termasuk adun pembangkang.


Berbanding apa yang dilakukan di Sarawak mulai 1 Januari 2012, kenaikan gaji ADUN Selangor masih boleh diterima akal dan logik berdasarkan kedudukan kewangan negeri.

 Kenaikan gaji tersebut dibuat berdasarkan keperluan semasa semua ADUN dalam menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat negeri Selangor di kawasan masing-masing tanpa mengira masa dalam era kenaikan harga barangan dan perkhidmatan begitu melampau.

 Semasa kenaikan gaji kabinet Sarawak pada 1 januari 2012, tidak ada keperluan yang begini mendadak akibat kenaikan harga yang berpunca daripada dasar kerajaan pusat.

Lihat jadual perbezaan gaji di atas

 Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

 Adakah kerana Taib bukan orang PR? Apa jasa kerajaan Taib Mahmud kepada rakyat negeri Sarawak?

 Bagi admin tidak ada isu yang layak untuk menyalahkan Khalid. Segala kritikan yang dibuat di media hanya untuk memeriahkan suasana politik Malaysia yang kini sunyi sepi.

 Bagi admin, selembik-lembik Khalid, beliau bertegas mempertahankan keputusan Dewan Undangan Negeri.

 Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri.

 "Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

 So, belajarlah menghormati keputusan dewan. Kata hebat sangat dalam soal demokrasi.... wakaka

 GO AHEAD KHALID MAKE SELANGOR A BETTER PLACE THAN ANY OTHER STATE IN MALAYSIA  -  SUMBER 

 Komen al-Husseyn : Elok juga sekiranya peruntukan bagi DUN di naikan juga seperti cadangan di sini Tapi tidaklah  bermakna aku ikut setuju untuk mengatakan MB Selangor itu bodoh!

Perbandingan gaji PM dgn MB Selangor.

Gaji PM kocik je tapi income2 lain admin rasa tak kocik mcm ni.
 



Setuju tak dengan saranan dari Azmin

ini?


Ini respon dari Anwar Ibrahim.


Saya Benci Harga Barang Naik!


Read More

Boikot PRK UiTM

Jumaat, 29 November 2013
Kehangatan Pilihanraya Kampus beberapa minggu ini pada hemat ABT tidaklah sehangat PRK yang lepas ketika mana kehangatan PRU-13 masih lagi berbara. Banyak isu sana sini. Panasnya lain macam. Tapi kali ini tanpa kelibat PRU-13 dalam sisipan perjuangan mahasiswa PRK kelihatan agak suram dibeberapa tempat tetapi masih lagi tetap membara. Beberapa IPT sudah pun menjalani PRK masing-masing ada yang menyaksikan perubahan dan ada yang kekal sama.

ABT tidak mahu ulas panjang tentang PRK di IPT lain tetapi amat tertarik dengan senario PRK UiTM. Seminggu lalu wujud beberapa pihak tidak diketahui dari dalam ataupun luar UiTM ini menjalankan kempen #BoikotPRKUiTM ... Kempen untuk memboikot PRK UiTM yang akan menjengah dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Wujud beberapa tuntutan yang sebenarnya bukanlah tuntutan yang baru dibuat tetapi sudah lama wujud dan berlegar disetiap kali tibanya PRK UiTM ini..

PRO-A & PRO-M

UiTM tidak seperti majoriti sistem PRK IPT2 lain di Malaysia yang mempunyai asas demokrasi ala Malaysia yang mempunyai TEAM A DAN TEAM B... ATAU Parti A Parti B. Tiada istilah Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa dalam rencah politik pelajar UiTM SeMalaysia. (Namun agak sedih tahun lalu ada sebuah akhbar perdana negara tulis dalam rencana UiTM PRO-A menang besar : mahu tergelak bila baca). Namun ceritanya masih sama,tidak akan lagi dari cakna anak muda betapa dunia politik Malaysia ini amat dekat dengan golongan mahasiswa. Justeru tidak dapat tidak untuk kita nafikan wujud sekelompok mahasiswa UiTM yang punyai interest yang sama dengan sistem di IPT lain di Malaysia.

TUNTUTAN DAN DESAKAN

Dalam gelojak kebangkitan mahasiswa di Malaysia masa kini, wujud beberapa desakan dan tuntutan agar mahasiswa UiTM juga tidak dilenakan dari realiti kancah politik sebenar. Berikanlah ruang dan juga peluang kepada mahasiswa di UiTM untuk merasakan sendiri pengalaman bertanding,berkempen,dan berparti (Pro-A dan Pro-M) seperti rakan-rakan di IPTA lain. Katanya pemilihan MPP UiTM ini seolah-olah hanya seperti pengundian untuk memilih ketua kelas dan tidak lebih dari itu. Dan ramai juga yang seringkali muncul dengan kata2 sinis,bahawa MPP UiTM tidak berfungsi sebagai wakil pelajar tetapi hanya wakil pihak pentadbiran sahaja.

HORMAT TUAN TANAH

Ini hanya sekadar luahan pendapat dari ABT buat rakan2 mahasiswa. ABT tetap menyokong dan boleh menerima apa sahaja arus perubahan yang ingin dilaksanakan demi melahirkan masyarakat mahasiswa yang lebih cakna.Itu tetap menjadi pendirian ABT. Ya, ABT sokong untuk dilaksanakan di UiTM sistem Pro-A dan Pro-M bila tiba waktunya. Kita harus berani membuka ruang perubahan.HIJRAH! Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, tentang BOIKOT PRK UITM itu bukanlah langkah terbaik dalam hal ini. Hormatlah TUAN RUMAH dalam apa sahaja perkara. Sudah ini cara UiTM mendidik pelajar mahasiswanya buat masa kini,maka kita kena belajar untuk hormat. Kita masuk UM,kita hormat cara mereka,kita masuk UPNM kita hormat cara mereka.. Sama juga bila kita ke luar negara,hormat pendirian dan cara mereka. Ada cara lain, berdiplomasi lah, dan harus seruan diplomasi ini hadir dari kedua-dua belah pihak. Maknanya pihak mahasiswa sendiri dan juga pentadbiran harus berani berdepan dan menyelesaikan masalah dengan cara berbincang. Biarlah ianya bukan sekarang terlaksana,tetapi kena berani mengambil langkah mula.

SEDIH CACI MAKI

Dalam masa yang sama kenapa ABT menyeru akan rasa hormat dari semua? Kerana terlalu sedih melihat perangai kita yang kita panggil MAHASISWA MAHASISWI harapan agama bangsa dan negara mencaci hina rakan-rakan lain. Ada yang membodoh hinakan rakan seagama dan sebangsa ada yang mencaci peribadi dan lebih sedih lagi ADA JUGA YANG UGUT2 MAHU BUNUH? Sedih.. saya tujukan kepada dua-dua belah pihak. Tidak terlepas siapa pun. Bersikap professional dalam kehidupan sebagai mahasiswa dan bersikap lah seperti anda ada agama dan Tuhan yang memerhati setiap bait-bait kata dan perilaku setiap waktu.

HIDUP MAHASISWA

-hm-
Cardiff,
Alumni UiTM
22:28PM

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena