Tuesday 31 December 2013

Tiada KEGANASAN pun...Cantek aje....Belasan ribuan Demo TURUN!

Rabu, 1 Januari 2014

Fairuz Anwar's photos

[MK] Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Gambar: 31 Dis 2013 , 07.35pm ~ Hampir 200 para peserta berkumpul disekitar kawasan sogo. Segelintir daripada para peserta himpunan bersembahyang secara berjemaah di hadapan Sogo.
31 Dis 2013 , 07.35pm ~ Hampir 200 para peserta berkumpul disekitar kawasan sogo. Segelintir daripada para peserta himpunan bersembahyang secara berjemaah di hadapan Sogo.
Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

LAPORAN LANGSUNG
[HD] 12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.

Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.

12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.

Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.

11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.

Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.

11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.

11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.


[MK] 12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka.
Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.

"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau.

Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.

11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam.

Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.

11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.

11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.

Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.

"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia.

"Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.

10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis.

Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit.

OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan.

“Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama,” katanya berseloroh.

“Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama,” katanya.

103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja.

10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan.

Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka.

Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan.
Read More

Video TURUN - Dari pandangan bangunan tinggi...Datuk Bandar KL di 'boo'...

Rabu, 1 Januari 2014

Suasana perhimpunan TURUN dari pandangan bangunan tinggi
Kami Boikot Media Pro BN
https://www.youtube.com/watch?v=4SoT91cVAok

Laungan Selamat Tahun Baharu diganti Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.
Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.

Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.

Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.
Read More

Konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran (DBKL) dihentikan sebelum 12 malam - Peserta TURUN menguasai Dataran...

Rabu, 1 Januari 2014

Konsert 'KL New Year Countdown 2014' anjuran (DBKL) yang sepatutnya di tamatkan jam 12 malam ini terpaksa dihentikan dek kerana 'kejayaan' peserta Turun masuk ke kawasan Padang Dataran Merdeka.


Read More

Video Ustaz Azhar Idrus - Live Ambang 2014 Pulau Pinang

Rabu, 1 Januari 2014



Streamed live on Dec 31, 2013
Berlangsung di Padang Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
Bantu kami untuk meneruskan projek live streaming dan rakaman "ZonKuliah" dengan menyumbang ke akaun Maybank : 557250054584 (Produksi Zonkita) atau cukup sekadar mendoakan kemurahan rezeki kepada kami dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk istiqamah. :)
Jazakumullahu Khairan Katsira.
**Untuk update terkini sila like Facebook Page kami :https://www.facebook.com/teamkosuke atauhttps://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)
Sekiranya ada sebarang persoalan agama yang ingin ditanyakan kepada mana-mana ustaz, sila kemukakan soalan di FB page Ubat Apa Tok Wi? (https://www.facebook.com/tanyatokwi), insyaAllah kami akan postkan video jawapan di channel kami **


bm.harakahdaily.net
[Live] Sembang Ambang 2014 Bersama UAI
Posted on Tuesday, December 31 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Berita"Dianjurkan oleh MMK Agama Islam dan Halal Penang, sembang Ambang 2014 menampilkan Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang bertempat di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.

Bersama selebriti jemputan seperti kumpulan Saujana, Pierre Andre, Syamsul Yusof, Hafizh Shahrin dan Shiro.

 

LIVE STREAMING -> www.harakahdaily.my/live-ambang-2014-uai

LIVE STREAMING -> www.harakahdaily.my/live-ambang-2014-uai
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 osmantikos
Posted on Tuesday, December 31 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Read More

Video #RPDM31D Ambang 2014 Tepat 11malam memasuki Dataran Merdeka sambil berteriak "Turun, Turun, Turun".

Selasa, 31 Disember 2013
Anak muda khasnya pelajar yang menjadi majoriti dalam himpunan kali ini...
Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.

Published on Dec 31, 2013
Azan Safar memberi ucapan kepada peserta yang hadir berdekatan Dataran Merdeka.

BLM
Pautan kekal imej terbenam


Lebih 10,000 rempuh sekatan polis, teriak “Turun” di Dataran Merdeka

Tepat jam 11 malam, para peserta demo Turunkan Kos Sara Hidup (Turun), merempuhkan sekatan polis dan memasuki kawasan Dataran Merdeka sambil berteriak "Turun, Turun, Turun".
Seorang peserta demonstrasi memakaikan topeng V for Vendetta dan memegang bunga warna kuning di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Seorang peserta demonstrasi memakaikan topeng V for Vendetta dan memegang bunga warna kuning di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Disember, 2013.Ekoran itu konsert Di Ambang Tahun Baru yang sepatutnya berjalan hingga jam 12 malam dihentikan kemudiannya dan semua penonton konsert mula beredar dari padang itu.
Selain anak muda khasnya pelajar yang menjadi majoriti dalam himpunan kali ini, turut kelihatan adalah pemimpin politik termasuk Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.


Para peserta demo yang berkumpul di Sogo mula bergerak beramai-ramai ke Dataran Merdeka mulai jam 10 malam tadi, menjelang jam 10.30 malam di mana mereka berjanji akan mula bergabung di Dataran Merdeka.
Sebahagian dari peserta demo ini mula memenuhi kawasan perkarangan Dataran Merdeka sejurus selepas azan Isyak tadi.
Mereka mula memenuhi kawasan Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sambil memakai baju-t hitam tertulis perkataan "Turun" sambil membawa plakad "Tol Naik TOLak BN", "Apabila Golongan Kaya Merompak Golongan Miskin, itu Adalah Perniagaan" dan banyak lagi.
Peserta demonstrasi juga dilihat memakai topeng putih dan ada di antara mereka membawa bunga berwarna kuning sebagai simbolik keamanan.
Ramai antara mereka solat Isyak di masjid berdekatan di samping ada yang bersolat di perkarangan pusat beli-belah Sogo. Sehingga jam 9.45 malam, lebih 2,000 berkumpul di perkarangan Sogo.
Kumpulan peserta demonstrasi Turun turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat".
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan dalam demonstrasi berkenaan.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang diadakan  konsert sambutan ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk", "Masuk".
Peserta yang berkumpul di Masjid Jamek juga mula bergerak ke Dataran Merdeka.
Sementara itu  di Masjid Jamek pula seawal jam 8 malam peserta Turun mula memenuhi kawasan tersebut.
Kumpulan yang bermula dari 300 orang kemudiannya bertambah sehingga 1,000 sehinggalah  pada jam 9 malam peserta Turun mula berarak dari jalan Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka sambil melaungkan slogan.
Mereka turut melaungkan slogan "Turun harga barang", "Hidup Rakyat", "hancur" sambil membawa banner yang tertulis "Tahniah kepada BN", "Suara Rakyat", "Kamu yang rasuah kami yang tanggung" dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun tidak terdapat mana-mana pemimpin daripada pertubuhan politik yang kelihatan di Dataran Merdeka. Di sekitar Sogo, P. Kasthuri, Nik Nazmi Nik Ahmad, Steven Sim, Teoh Kok Seong dan beberapa lagi pemimpin politik kelihatan bersama peserta demonstrasi.
Tepat jam 9.30 malam, kumpulan berkenaan dilihat cuba merempuh halangan polis di Jalan Raja untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka yang dijadikan konsert sambutan Ambang Tahun Baru sambil menjerit "Masuk" "Masuk".
Bagaimanapun setakat ini masih tiada lagi tangkapan yang dilaporkan berlaku.
Demonstrasi ini diadakan ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan mulai tahun 2014 esok dan juga sebelum ini termasuk harga gula, minyak dan juga gula.
Mulai esok, kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan dijangka. Antaranya tol, tarif elektrik, cukai pintu, tambang bas sekolah dan lain-lain.
Polis telah bersedia sejak awal tambahan lagi apabila didakwa demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dengan lebih 1,000 laporan polis dibuat.
Polic berkata, empat NGO terlibat dalam menganjurkan demo ini iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Kesemua mereka menafikan demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. – 31 Disember, 2013.
Seorang peserta demonstrasi sedia memakai topeng gas di Dataran Merdeka.
Pelbagai tanda protes dapat dilihat sekitar kawasan demonstrasi Turun.
Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka.
Trafik warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memerhati orang ramai yang berlegar sekitar Dataran Merdeka.
The Malaysia Insider
#TURUN - Rakyat terus bantah dan duduk di Dataran Merdeka


Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam
Terima kasih pasukan Polis atas kerjasama. Mr V is here becoz of all Malaysian

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam
SUASANA HIMPUNAN #TURUN MASIH AMAN, KAWALAN POLIS TIDAK KETAT
Pautan kekal imej terbenam
SEKITAR PERSISIRAN DATARAN MERDEKA
Kedahkini
Read More

#RPDM31D - Update Demo Turun Kos Sara Hidup...DATARAN MERDEKA...

Selasa, 31 Disember 2013
Published on Dec 31, 2013
In anticipation of a gloomy 2014, demonstrators take to the streets in Kuala Lumpur tonight to protest the rising cost of living as a result of the government's austerity measures.

At Sogo, a representative from Solidariti Mahasiswa Malaysia, Fazli Zainul, gets things underway by addressing some 400 protestors and urges them to be patient.

He says that they will march in protest against the price hikes and be moving towards Dataran Merdeka shortly.
Pautan kekal imej terbenam

Subhanallah...Walaupun Serba kekurangan namun Hasrat di hati yang terbuku kerana tidak rela membiarkan pemimpin bermewah-mewah dengan membiarkan rakyat sengsara penuh dengan kesempitan hidup menjadikan pakcik ini bertenaga dalam menyuarakan ketidakpuashati beliau.

JuRaGan :  Firman Allah yang bermaksud.."Barangsiapa yang cenderung (Rela/menyokong) penguasa/pemimpin yang menzalimi rakyat..maka kelak akan disambar oleh api neraka".
Seramai 40 buah kenderaan berkonvoi untuk ke Dataran Merdeka malam ini bagi menyambut tahun baru dengan azam baru iaitu mendesak KERAjaan.."Kasi turun harga barang wahai BN/Umno Penipu" cakap tarak serupa bikin.(Gambar : fb Riaudilema )

DPPWP menghantar memorandum...
PhotoPhoto
31 Disember 2013, 3.00 petang | Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menghantar memorandum kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung kenaikan tarif elektrik pada tahun 2014. Rombongan ini diketuai oleh Ir Hj Khairil Nizam Khirudin, Ketua DPPWP merangkap Naib Ketua DPP Malaysia. Turut hadir exco-exco DPPWP, Sdr Nurul Islam Mohamed Yusoff, Timb. Ketua DPPWP merangkap Penyelaras Kempen Bantahan Kenaikan Tarif Elektrik, Sdr Ubaid Akla, Setiausaha, Sdr Mior Isfandy Mior Azizan, Ketua Penerangan , Sdr Yusuf Assiddiq Ahmad Sharkawi, Pengarah Jabatan Media Baru dan Saudara Zulkarnain Borhan, Pegawai Eksekutif DPPWP.

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil KeTTHA, Puan Noraini Kassim, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam.

Tiga desakan telah dibuat terhadap Kerajaan Malaysia, TNB dan Penjana Tenaga Bebas (IPPs) iaitu menarik semula pengumuman semakan tarif elektrik yang akan diimplementasikan ke atas rakyat bermula pada 1 Januari 2014 ini memandangkan tiada sebarang faktor kritikal yang mewajarkan kenaikan tersebut.

Seterusnya, DPPWP mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengkaji semula penstrukturan industri tenaga domestik di negara ini. Ia harus bermula dengan keberkesanan polisi penswastaan TNB sehinggalah kepada pendedahan intipati Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bersama IPPs. Ia haruslah dibentangkan di Parlimen untuk tujuan semak imbang.

Terakhir, kerajaan harus telus mendedahkan rezab kapasiti elektrik yang sedia ada untuk mengelakkan pembayaran yang tidak adil antara TNB dan IPPs. Ia bertujuan bagi memastikan keefisyenan pembayaran syarikat awam terhadap pihak yang berkepentingan tinggi dalam industri ini. Pihak kerajaan juga mestilah mendedahkan jumlah keseluruhan pembayaran pembelian tenaga yang telah dibuat daripada generasi pertama IPPs sehingga ke generasi ketiga.

Diharap agar tuntutan-tuntutan yang dikemukakan ini mendapat perhatian serius dan tindakan wajar mesti diambil bagi mengutamakan kebajikan serta kualiti hidup rakyat di negara ini.

 PR berhimpun bukan nak guling kerajaan...

Ni tajaaan Siapa... PR berhimpun bukan nak guling kerajaan.... Sapa suka barang naik di malaysia boleh lah join himpunan ning.... kah..kah...kah...
Photo: Nasib Sebayaku di Tahun 2014?
Dis 31 2013
 
Sehingga kini, berikut adalah barang-barang yang telah naik harganya:

1) Petrol RON95 - Naik daripada RM1.90 kepada RM2.10 seliter bermula 3 September.
2) Diesel - Naik daripada RM1.80 kepada RM2.00 seliter bermula 3 September.
3) Gula - Naik daripada RM2.50 ke RM2.84 sekilogram bermula 25 Oktober.

Sekali imbas, apalah yang perlu dirisaukan dengan kenaikan cuma tiga barang ini. Tetapi, ada lagi yang naik tahun depan. 

2014:
1) Kadar tol lebuhraya
Kerajaan memberi gambaran bahawa kadar tol lebih tinggi akan dikenakan, tetapi masih mencari mekanisme untuk memastikan impak yang minimum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan perlu membenarkan kenaikan kadar tol mengikut perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya. Menurut laporan, kadar tersebut dijangka meningkat antara RM0.30 dan RM1, melibatkan 13 lebuhraya.

2) Tambang teksi, bas dan tren
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa tambang tren LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dinaikkan. SPAD juga sedang mengkaji semula kadar tambang bas dan teksi. Persatuan Teksi Johor mendedahkan bahawa peningkatan kadar tersebut akan berkuatkuasa pada Februari. Persekutuan Persatuan Bas Sekolah juga memberi petunjuk bahawa surcaj tambahan 40 peratus akan dikenakan ke atas tambang bas bermula tahun depan.

3) Tarik elektrik
Bermula Januari 2014, tarif elektrik di semenanjung Malaysia akan meningkat 15 peratus, dari RM33.54 kepada RM38.53 setiap kilowatt dan peningkatan 16.9 peratus di Sabah dan Labuan - dari RM29.52 kepada RM34.52 setiap kilowatt.

Sumber: malaysiakini.com

p/s: Tong gas pun dirumour2kn naik dari RM25 ke RM30. Roadtax pun naik dgr2. Motor pun nak kena bayar tol. Nasi bujang naik. Burger naik. Teh o beng naik. Mampukah baucer buku & BR1M cover semua ni?

Mampukah kami yang akan belajar hidup sendiri (tanpa PTPTN, biasiswa & duit ibu bapa) ini nak survive? Memang benar rezeki Allah yg tentukan. Takkan mati kebulur tapi mampukah yang bujang2 menamatkan zaman muda mereka slpas stahun  bekerja? Agak mustahil kerana kos perkahwinan pasti meningkat jgk. Mampukah RM10,000 cover smue dri kursus kwen, mknan knduri, khemah/dewan, baju, hantaran, mas kwen, smpai duit hntran? Sedangkan seorang anak lelaki mestilah bercita2 untuk tidak menyusahkan ibu bapanya lagi stlah bkerja, malah dia lah yg sptotnya myara mereka. Selepas kwen, smue bnda yg dkongsi 10 org di rumah bujg kini hanya dikongsi berdua brsama istri. Perblnjaan meningkat lagi. 

Yang dah berkeluarga apatah lagi terkesan dgn kenaikan kos sara hidup, bapa yg berpendapat bawah RM3,000 perlu menyara anak 4-5org. Yuran bas sekolah  & nurseri naik. Kereta, rumah, bil elektik, air. Mungkin cukup. tapi adakah baki utk smpanan untuk kecemasan, hari tua dan utk msa dpan anak2? Tambah2 mereka yg di bndar dgn cukai, parking, tol yg tggi. Mereka yg tiada elaun tol, elaun minyak, elaun driver, elaun rumah, elaun lain2 sgt2 terkesan dgn perbelanjaan yg naik. Nak mintak naik gaji tipis, malah mgkin sbhgian hilg pkerjaan ats faktor syarikat/kilang2 yg ingin mgurgkn kos mereka akibat knaikan tarif elektrik dan sbgainya.

Pendek kata: Semua terjejas, dimanakah kerajaan yg spatutnya membela nasib rkyat?Photo: Dah berguling..habisla Najibon ..
Photo: Alamak.. tak jadi pergi lah. Takut kena tampar.. 

Alamak... alamak...alamak..!! Takutnyewww titewww!!!
Photo: Jika ada segolongan pihak yang di arah membuat huru hara guling2 kerajaan dan mengaku dari pakatan rakyat. Apa akan berlaku???

Kesinambungan dengan huru hara ni siapa yang akan dipertanggungjawabkan??? Najib yang muka tak malu tak pandai mentadbir tetapi masih ingin berkuasa atau Nuar Brehim atau pemimpin PR? Akan ada pihak yang akan di dakwa. Surat khabar, dan media meno akan spin benda ni sampai ayam jantan jadi kapal selam second hand.

Amaran atau kenyataan awal dari pemimpin PR pada penyokong mampu menyelamatkan keadaan.  "Jangan buat huru hara. Jika ada yang di tangkap kerana membuat huru hara mereka bukan dari kalangan kita. Mereka jembalang upahan dan tidak akan di bantu".

Korang nampak tak mainan ni? Siapa jembalang tersebut? Korang rasa teragak2 tak jembalang ni nak buat huru hara jika amaran atau kenyataan awal ni di keluarkan oleh PR.

Admin - Belajar dari pengalaman BERSIH. Jembalang yang onar mencipta huru hara yang di tuduh kalian yang di pertangung jawabkan Roarsemah bukan PR. Nampak???

*jari telunjuk yang korek hidung jari kaki dapat nama. Phuiiii...

- Tompo -

Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad baru sahaja ditutup pukul 6.30 petang oleh anggota Polis Trafik.
Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam
Bantuan polis dari Seremban memasuki KL
Kedahkini

Magrib kawan kawan...
Photo: Magrib kawan kawan...

Puak lemvuno akan kata ..dah tak ada masjid ka nak solat bla bla bla..

Biarkan puak lemvuno tu.. depa jahil ...

Sogo area
Photo: Update Demo Turun Kos Sara Hidup..

Sogo area.
King Jason
Terkini 8.00pm 

SUDAH MENGHAMPIRI DATARAN MERDEKA!!!







Ribuan Para pejuang Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) telah mula berarak ke Dataran Merdeka.

Suasana cukup meriah dan amat gamat sekali .. Tiada ugutan dan fitnah mampu menyekat rakyat terutamanya anak-anak muda meluahkan rasa marah dan resah mereka dengan berhimpun secara aman agar kerajaan UMNO/BN yang sedia ada bertindak pantas dan bijak menangani isu yang amat besar yang sedang melanda kehidupan rakyat kini.
Posted by OMAK KAU!!!! 




Posted by 
Sogo
Pautan kekal imej terbenam
SUASANA SEKITAR LRT MASJID JAMEK



Kawalan Polis di dataran Merdeka


Pautan kekal imej terbenam
Gambar: Bersatulah orang-orang yang tertindas
SAMM
LAPORAN KEMAS KINI -10.20 malam
Suasana di Jalan Tuanku Abd. Rahman
Pautan kekal imej terbenam

There is easily 3,000 people now on the march from Sogo to Dataran Merdeka, along Jalan Raja Laut.
Pautan kekal imej terbenam

Kumpulan dari Masjid Jamek bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Peserta perhimpunan berdiri di sepanjang laluan menghala ke Dataran Merdeka.  #AMBANG2014 #TURUN #RPDM31D

MOOD RAKYAT UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN MELUAHKAN BANTAHAN DAN KEMARAHAN KEPADA KERAJAAN ZALIM UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH LUNTUR .. SEMAKIN HARI SEMAKIN KEMBANG SUBUR.

Beberapa rakaman gambar pada sudut mata hati Omak Kau yang anggap agak menarik Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) malam ini 31hb Disember 2013 di Dataran Merdeka untuk di kongsi bersama.

Semoga janji Najib Razak yang sentiasa mendengar keluhan rakyat adalah realiti bukannya sekadar retorik cakap pakai air liur basi.
Posted by 
Setelah beribu laporan polis di buat oleh para balaci UMNO termasuk dari Perkasa, Pekida, Pesaka, wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda UMNO, Ali Tinju .. yang muda tua, wanita dan gadis berduyun- duyun kebalai polis untuk membuat repot maka akhirnya kerja "suci murni bersih " demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara berbaloi??????.

Penat lelah kerja kuat menjerit terpekik terlolong sambil membawa bunting bergambar depan balai polis telah mendapat hasil yang diharapkan?????.

Rakyat terutamanya anak-anak muda begitu semangat sekali turun beramai-ramai tanpa ada rasa gentar, cuak dan takut dalam suatu Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) malam ini 31hb Disember 2013 di Dataran Merdeka.

Sebenarnya jika macai-macai, balaci-balaci dan juak-juak UMNO tidak buat kecoh membuat laporan polis serta media lidah biawak UMNO hebohkan di akhbar dan telivisyen sertta radio mungkin sambutan tidak sehangat ini.

Kerajaan masih degil dan tidak mau belajar dari sejarah Perhimpunan Bersih dulu bagaimana berpusu-pusu rakyat turun memberikan sokongan hanya disebabkan ada tekanan kuat dari kerajaan UMNO/BN.

Lagi kuat di tekan lagi kuat rakyat memberikan sokongan... Lagi kuat di fitnah lagi kuat rakyat bangkit membantah.
Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena