Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Raja Mohd Shahrim.
Kih kih.. kena game's. . — with Abe Dash.
UMNO untung jual tanah Melayu Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Pekung pemimpin UMNO Pulau Pinang terdedah apabila didapati mengaut keuntungan peribadi sebanyak RM5 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja hasil jualan 10 ekar tanah milik 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pemimpin UMNO yang dikaitkan ialah Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar.
Demikian kenyataan media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memetik pendedahan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain minggu lepas.
Berbalik kepada skandal terbaru melibatkan pimpinan UMNO negeri itu, Guan Eng berkata, pendedahan skandal tanah oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini membuktikan hipokrasi UMNO yang menguar-uarkan pertahanan hak Melayu tetapi sebenarnya menggadaikan hak Melayu.
“Ia jelas bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Datuk Musa dan Datuk Omar yang telah menggadaikan tanah Melayu.
“Jika mereka adalah broker tanah yang tulen, mereka berhak untuk mendapat komisyen pada kadar pasaran iaitu 2% ataupun RM270,000, dan bukan RM5 juta ataupun kadar komisyen 57%!” ujar Guan Eng. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment