Penjelasan Kenapa Anjing Buta Dipanah
Like
Kes anjing kecoh semalam. Anjing tersebut telah dipanah beberapa kali sehingga luka. Dipanah oleh seorang individu yang mana gambarnya juga turut tersebar di laman2 sosial sejak kelmarin.
Petaling Jaya, 14 Mei - Seorang lelaki memanah seekor anjing menggunakan dua anak panah selepas anjing berkenaan enggan berganjak dari pintu pagar rumahnya.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam sehingga 9.30 malam, Selasa.
Menurut laporan The Star Online, seorang penduduk Taman Sinaran in Taming Jaya yang dikenali sebagai Allan Chong berkata dia ternampak seorang lelaki memegang busur dan anak panah menghampiri seeekor anjing. “Sewaktu menghampiri anjing itu, saya mendapati sudah terdapat dua anak panah pada badan anjing itu,” ujarnya yang kemudian cuba menghalau anjing berkenaan sebelum menghubungi polis.
Pihak polis menasihatinya supaya laporan dibuat bersama bukti untuk membantu siasatan.
Menurut Hong lagi, sebelum ini dia tidak pernah nampak kelibat anjing berkolar merah di sekitar kawasan itu. Malah, tambahnya, anjing berkenaan berkemungkinan sesat dan cuba mencari jalan pulang.
Sementara itu, Pengurus Projek Malaysian Dogs Deserve Better, Melinda Joy Gomez mengutuk keras tindakan lelaki berkenaan untuk menghalau anjing tersebut.
“Dia boleh meminta pertolongan jiran yang turut membela anjing, ataupun menggunakan semburan air dari memanah menggunakan anak panah,” katanya.
Nurul Asyikin
SozCyili
Cakap banyak....mentang mentang belum kena gigitan anjing. Cakap banyak. Kalau anak kau kena gigit dianjing, mahu kau tembak anjing tu.
ReplyDelete