Friday, 16 May 2014

UIA halang forum Hukum Allah (Hudud)...Universiti Islam! Takut jugak?

Jumaat, 16 Mei 2014
May · 
 

"Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya ; “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
By : Salman Al Farisy

 Universiti Islam Antarabangsa Takut Dengan Hudud?

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didakwa menghalang sebuah acara membincangkan isu pelaksanaan hudud, menyebabkan pesertanya terpaksa berforum di lantai di luar sebuah dewan kuliah kampus itu.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS mendakwa, forum malam kelmarin yang turut melibatkan pengarah jabatan itu Noorazmir Zakaria tidak dijalankan dengan sempurna apabila dewan tempat ia patut berlangsung dikunci.

“Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menghampar tikar di luar dewan kuliah untuk meneruskan sesi forum tersebut memandangkan ramai hadirin yang telah hadir,” kata Noorazmir (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga dimaklumkan oleh penganjur acara itu bahawa pihak keselamatan UIA memberikan alasan namanya disenarai hitam oleh polis.

“Saya ingin menegaskan bahawa alasan oleh pihak pentadbiran UIAM ini adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghina saya.

“Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa,” katanya.

Kenapa paranoid topik hudud?

Beliau menegaskan tidak pernah dituduh atau didakwa di mahkamah mahupun ditahan oleh pihak polis untuk sebarang kes jenayah.

Noorazmir juga membangkitkan gangguan itu sedangkan program itu telah diluluskan oleh pentadbiran universiti.

“Saya amat hairan mengapakah pentadbiran UIAM berasa paranoid mengenai topik hudud ini tatkala subjek hudud turut diajar kepada mahasiswa undang-undang syariah di UIAM sendiri,” katanya.

Selain Noorazmir, pemegang sarjana dalam bidang perbandingan undang-undang UIA Muhammad Zaki Sukery turut menjadi ahli forum berjudul "Hudud: Kefahaman sebelum pelaksanaan" itu.

Menurut poster acara, forum dua jam setengah itu dianjurkan sekretariat mahasiswa fakulti ilmu wahyu dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Singapura UIA.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen daripada pihak UIA berhubung dakwaan itu.

Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena