Thursday, 15 May 2014

[Video UAI] Baru Tahu Munafik, Bila K'tan Bentang Hukum Allah Hudud Di Parlimen -Ustaz Azhar Idrus

Khamis, 15 Mei 2014
 

Baru Tahu Munafik, Bila K'tan Bentang Hudud Di Parlimen -Ustaz Azhar Idrus


Muslim tanpa mengira parti wajib sokong hudud – Ustaz Azhar
KOTA BHARU: Anda Muslim biar pun mendokong parti mana sekali pun adalah wajib menyokong pelaksanaan perundangan Islam yang merangkumi  hudud, kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Beliau berkata, umat Islam wajib menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud.

“Di akhirat kelak Allah SWT akan tanya sama ada kamu telah berusaha atau tidak melaksanakan syariat-Nya. Kita hanya akan bernasib baik kalau telah berusaha tetapi masih ada halangannya.
“Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk melaksanakan dengan membawa usul hudud ke parlimen. Ketika itu kita akan tahu siapa dalam kalangan orang Islam yang bersifat munafik,” katanya pada program Haflah Ilmu anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Padang Perdana, malam 1 Mei.

Turut bertindak sebagai panelis pendakwah muda, Syed Nor Hisyam Tuan Padang, manakala Amin Idris dari TVHijrah bertindak sebagai moderator. Program bermula solat Maghrib  diimamkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Murabi ITPG, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengarah IPTG, Dr Che Shamsuddin Mohd Noor.

Ruang padang begitu sendat dengan kehadiran orang ramai sejak petang lagi. Program Haflah Ilmu tersebut merupakan siri ketiga anjuran kerajaan negeri. Pada 2 April lepas kerajaan negeri mengumumkan akan membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen bagi membolehkan ia dapat dilaksanakan di Kelantan. Semalam kerajaan Brunei mulai melaksanakan perundangan syariah bagi fasa pertama.

Ustaz Azhar berkata, orang Islam jangan memencilkan diri daripada terbabit untuk menyokong perundangan syariah kerana ia adalah perintah Allah SWT bagi kesejahteraan umat  manusia.

“Kita sangat suka kerajaan Brunei sebuah pemerintah yang kaya mampu melaksanakan tuntutan agama biar pun berdepan kritikan di peringkat antarabangsa.
“Janganlah pula apabila ada halangan dan kritikan menjadikan kita takut untuk melaksanakan syariat Allah,” ujarnya.

Dr Fadzli sebelum itu berkata, sejarah baru bakal tercipta lagi tahun hadapan apabila Kelantan diberi keizinan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan sejak 1993.  - HARAKAHDAILY, 3/5/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena