Friday 8 August 2014

Kerajaan BN nak tutup Facebook? Supaya rakyat 'bingai' tidak bermaklumat...

Sabtu, 9 Ogos 2014

KERAJAAN KAJI TUTUP FACEBOOK!

Kerajaan kaji kewajaran tutup Facebook
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menjawab pertanyaan media selepas majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras 2014 di sini, malam tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.


"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras.

Turut hadir Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras, Datuk Hajah Zurainah Musa.

Namun, Ahmad Shabery yang juga Ahlj Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja.

Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. - Bernama


Kerajaan BN nak tutup FB ?

Sebab :

- FB mendedahkan segala macam skandal menteri2 BN...kan?

- Supaya rakyat TAK TAHU menahu dah BODOH kekal selamanya?

- Supaya next PRU rakyat tak peduli negara berhutang sampai LIMIT hampir bankrup gitu?

- Supaya rakyat bingai jadi BODOH terima jer bulat2 dasar BUAT hutang ikot suka dan rakyat kena bayar hutang BN buat melalui GST dan bermacam2 kenaikan gitu?

- dan akhirnya, kerajaan BN kekal memerintah dalam keadaan pendatang asing DIWARGANEGARAKAN dan hidup kami berselirat dengan budaya asing dan gejala sosial.. dalam masa sama menteri2 mewah melancung dan hidup kat taman2 golf siap guard bagai?

‪#‎kitaTentukanKerajaan‬

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena