Pages

Saturday, 1 November 2014

Fahmi: Biasiswa adalah hasil bayaran cukai rakyat, ibu bapa dan anak muda...

Sabtu, 1 November 2014

Fahmi: Biasiswa adalah duit rakyat


Presiden Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol  berkata beliau berfikiran positif dan yakin kerajaan tidak akan menarik biasiswanya.

Mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Univerisi Malaya (UM) itu menganjurkan pidato  bertajuk  "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” pada 27 Oktober lalu.

Dia berdepan dengan tindakan penyingkiran dari Universiti kerana program anjurannya itu tidak mendapat kebenaran dari pihak Universiti Malaya (UM).

Acara terbabit turut menampilkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemidato.

Pada malam itu, seramai 2,000 orang termasuk kumpulan mahasiswa merempuh pintu pagar utama (UM) untuk mendengar ucapan ketua umum PKR itu.

“Saya kini di semester akhir dan sudah hampir tamat pengajian dan wang biasiswa saya sudah pun saya dapat,” kata Fahmi.

Dalam temubualnya dengan Malaysiakini, Fahmi berkata. wang biasiswa yang diterima adalah duit dari rakyat hasil bayaran cukai ibu bapa dan anak muda yang baru tamat pengajian.

“Ini duit ibu dan ayah kita yang bekerja kat luar dan anak muda yang baru tamat belajar, mereka ini yang bantu saya, bukanlah kerajaan,” ujar Fahmi.

Fahmi berkata beliau berfikiran positif dan yakin kerajaan tidak akan menarik biasiswanya.

Menurutnya lagi, sekiranya pihak universiti mengambil tindakan terhadapnya, akan ada teman di belakang yang akan membantu.

UM dilaporkan akan menghadapkan Fahmi bersama lapan mahasiswa yang lain ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

"Saya fikir kalau saya kena tindakan, ada kawan-kawan saya yang akan bantu, mungkin ada demo tapi saya belum pasti tapi kawan-kawan saya sentiasa di belakang saya," Kata Fahmi.

Temubual ini dijalankan bersama oleh Adrian Wong dan Anne Muhammad.

No comments:

Post a Comment