Pages

Sunday, 14 December 2014

Khairuddin (1MDB police report) kena 'bubuh' MT Umno pulak...Dia kata pemimpin UMNO bacul!

Ahad, 14 Disember 2014


1MDB: 'Siapa Khairuddin hendak kata pemimpin parti bacul?' kata MT Umno
1MDB: 'Siapa Khairuddin hendak kata pemimpin parti bacul?'
 KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan digesa tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, masalah 1MDB sudah dibincang di pelbagai lapisan peringkat, malah dibangkitkan dalam mesyuarat MT parti. 

"Dia kata pemimpin UMNO bacul, masalahnya adakah dia tahu apa tindakan kita mengenai isu ini? Dia tidak tahu apa-apa. "Mana boleh disamakan cara dia dengan cara kita. Kita ada bangkit isu ini di Parlimen. 

Khairuddin ini siapa? "Kita ada medan MT, kita jumpa kepimpinan tertinggi UMNO dan bincang isu ini, kita juga bincang isu ini dengan Menteri Kewangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tajuddin mengulas tuduhan Khairuddin yang menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB. 

Tambah Tajuddin, pemimpin UMNO juga disifatkan sudah berjumpa dengan pengurusan 1MDB selain mengaku sudah ada jawapan di sebalik kemelut yang didakwa ramai pihak itu. 

"Soalnya sekarang kepada Khairuddin, apa yang dia tidak puas hati berkenaan risiko duit rakyat dan setiap apa laporan polis yang dibuatnya. 

Tetapi kalau dia hendak buat laporan polis, itu hak dia," jelasnya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

1MDB: Ku Nan Masih Berfikiran Kuno 
Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa. 

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang tidak sesuai lagi dengan keperluan zaman ketika ini. Selari dengan dunia langit terbuka dan zaman internet yang kian mengganas dengan maklumat serba pantas, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya lebih wajar bersikap terbuka dan membiarkan saja pihak polis menjalankan siasatannya. 

Jika pun ingin memberi nasihat, Ku Nan lebih wajar menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar segera memberi respon menjelaskan kepada umum segala keraguan mengenai urusniaga, kewangan dan hutang 1MDB yang dipertikaikan itu. 

Dengan menggesa Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polisnya, Ku Nan bukan saja mengesahkan UMNO tetap tidak mahu berubah, tetapi juga menunjukkan parti itu semakin tertutup sedangkan dunia dan pemikiran rakyat semakin terbuka. 

Ku Nan yang sudah terlalu lama berada dalam pentadbiran UMNO ternyata masih mempunyai pemikiran kuno dan primitif dalam cara dan tindakannya sebagai pemimpin, terutama ketika berhadapan dengan mereka yang berfikiran kritikal dan tidak sebulu dengan kepimpinan parti.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment