Sunday, 14 December 2014

Najib Kaki Lebong: Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR...Erk!

Ahad, 14 Diember 2014

Kaki Lebong: Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. 

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini. 

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.  

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya. 

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya. "Saya bercakap secara berdepan. 

Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya. Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.  

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya. 

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".
 Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena