Pages

Sunday, 14 December 2014

PERKASA puji DAP, sindir Umno mudah 'nangis'...Erk!

Ahad, 14 Disember 2014
#TURUN



PERKASA puji DAP, sindir Umno mudah 'nangis' 
Jarang-jarang berlaku, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini memuji pemimpin DAP yang menurutnya bersikap tegas dalam kepimpinan berbanding Umno. 

“(Seperti pemimpin kanannya) Lim Kit siang dan Lim Guan Eng, pemimpin DAP bukan sahaja tegas, tetapi berani walaupun bangsa mereka tak ramai. 

“Walaupun baru memerintah satu negeri (mereka) sesudah dapat inspirasi daripada Singapura,”katanya ketika ucapan penggulungan Persidangan Tahunan PERKASA di Kuala Lumpur. 

Malah, Ibrahim (kiri) berkata Umno pula terlalu apologetik dan mudah emosi sekiranya menerima teguran pihak lain. “Tetapi kita ini terlalu apologetik, mudah emosi, mudah menangis dan sedih. 

Sebab itu kadang-kadang teguran itu tidak berkesan,” ujarnya. Ibrahim dalam ucapannya turut membangkitkan kepimpinan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang sanggup meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah kaum India. 

“Tengok pemimpin Hindraf, ahli Hindraf berapa kerat (ramai). “Bukan main lagi pemimpin (kita) nak pujuk (sebelum itu), hingga dilantik menjadi senator dan timbalan menteri. 

“Tetapi sesudah dilantik, dan tengok tuntutan kaum dia tidak dipenuhi beliau boleh meletak jawatan timbalan menteri. “Mana ada pemimpin bangsa kita yang bersikap demikian,” katanya. 

'Mungkin jadi parti politik...' Sementara itu, PERKASA juga berkata belum berhasrat membentuk sebuah parti politik baru tetapi menyerahkannya kepada anggotanya untuk membuat keputusan, jika dibangkitkan. 

“Perkasa masih lagi NGO, NGO politik. “Tetapi akan nanti sampai satu masa ada usul dari kawasan yang bersorak, desak PERKASA dalam mesyuarat nanti, mahu PERKASA jadi parti politik, ia akan jadi parti politik,” katanya. 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment