Wednesday 30 April 2014

Pertempuran Obama - Asimo di Jepun... Najib takat ber'Selfie' aje! Alahai...

Khamis, 1 Mei 2014

Published on Apr 24, 2014
President Obama takes a moment to interact with ASIMO, a robot at Japan's Museum of Emerging Science and Innovation. More from CNN at http://www.cnn.com/
najib-obama-selfie
Read More

[Video] Anak Muda Jom Gerak ...Merdekakan diri anda dpd Cengkaman Zalim UMNO-BN...Bersabar jika PLUS sesak!

Khamis, 1 Mei 2014
Anak Muda Jom Gerak ...
Rider Australia Damian Cudlin tercampak...


“Aku balik pukul sembilan, jem, aku balik pukul 11 jem, pukul berapa yang sepatutnya aku balik haa, bangsat,” kata wanita itu dengan nada yang betul-betul marah.


PAS Jet Fighter

Jumpa jam 2pm Dataran Merdeka...


Gambar: bulan

Kami Benci Umno telah berkongsi gambar Afez Almujaheed.
Read More

Petunjuk Baharu MH370: 21 Mac lalu Makcik dah nampak pesawat MAS di Laut Andaman berhampiran Teluk Benggal...

Khamis, 1 Mei 2014


Petunjuk Baru Dijumpai Dalam Misi Pencarian MH370?

Khamis, 1 Mei 2014

Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebagaian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Benarkah Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa SyarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut semamngnya tiada sebelum kejadian tersebut.Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini, lapor Astro Awani. ~awani
Posted by 

Read More

Kos Landasan KLIA Express 1cm = RM1,000.00...Adoi makkkk!... ayoh turun Dataran 2pm

Khamis, 1 Mei 2014


bagaimana RASUAH boleh berlaku? landasan hanya 1 kilo saja.
- 1000 meter = RM 100 juta
- 100 meter = RM 10 juta
- 10 meter = RM 1 juta
- 1 meter RM 100 ribu 
- 1 cm = RM 1 ribu

PRs - siapa yang MAKAN ni?



26hb April 
 


1Mei2014 semua ahli PR (PAS, PKR, DAP) PSM dan NGO-NGO bebas akan turun. Bagaimana dengan anda sebagai rakyat Malaysia?






PM kita sangat hebat jika dibandingkan dengan PM Korea dan Jepun.
 
Read More

Makanan semakin mahal!: Reformasi @ Revolusi [Video] Lagu Pembebasan...

Khamis, 1 Mei 2014


Photo: RAKYAT Vs ANAK BINI PEMIMPIN UMNO

Rakyat - 28 adik beradik miskin kongsi seekor ayam..

Bini Pemimpin Umngok - 28 ekor ayam dimakan seekor "beruang"...

Tahniah pengundi BN.. BN MENANG RAKYAT SENANG...!!!

RAKYAT Vs ANAK BINI PEMIMPIN UMNO

Rakyat - 28 adik beradik miskin kongsi seekor ayam..

Tahniah pengundi BN.. BN MENANG RAKYAT SENANG...!!!



Published on Apr 30, 2014

Lagu Pembebasan Versi Hari Mei Satu 2014

Khas untuk Hari Mei Satu ini...

Buruh, tani, mahasiswa, kaum miskin kota
Bersatu padu rebut demokrasi
Gegap gempita dalam satu suara
Demi tugas suci yang mulia

Hari-hari esok adalah milik kita
Terciptanya masarakyat bekerja
Terbentuknya tatanan masyarakat
Kemerdekaan sepenuhnya

Marilah kawan, mari kita kabarkan
Di tangan kita tergenggam arah bangsa
Marilah kawan mari kita nyanyikan
Sebuah lagu tentang pembebasan

Di Bawah Kuasa Tirani...
Kususuri Garis Jalan Ini...
Berjuta Kali Turun Aksi...
Bagiku satu Langkah Pasti...

Ayuh bantah GST
Tumbang sepenuh hati
Berkumpul di KLCC
Sambil laung revolusi

Buruh, tani, mahasiswa, kaum miskin kota
Bersatu padu rebut demokrasi
Gegap gempita dalam satu suara
Demi tugas suci yang mulia

Hari-hari esok adalah milik kita
Terciptanya masarakyat bekerja
Terbentuknya tatanan masyarakat
Kemerdekaan sepenuhnya

Marilah kawan, mari kita kabarkan
Di tangan kita tergenggam arah bangsa
Marilah kawan mari kita nyanyikan
Sebuah lagu tentang pembebasan

Di Bawah Kuasa Tirani...
Kususuri Garis Jalan Ini...
Berjuta Kali Turun Aksi...
Bagiku satu Langkah Pasti...

Ayuh bantah GST
Tumbang sepenuh hati
Berkumpul di KLCC
Sambil laung revolusi
Muhammad Ikbal Nasril hebat doi
terbaikkk
Read More

Gelombang 1 Mei MERAH Membara: Apa masalahnya dengan GST di Malaysia...

Rabu, 30 April 2014

Gelombang 1 Mei membara, rakyat sudah mula mara ke KUALA LUMPUR

Gelombang 1 Mei membara 


https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1.0-9/10268557_737510509603252_8741861835104783013_n.jpgAksi Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka akan menggegar ibu kota , Detik penuh mendebarkan ini bagai tidak sabar untuk dinantikan oleh seluruh rakyat khasnya anak muda di bandar yang sangat terkesan dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain penyertaan dalam Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik (TPPA).

Dataran Merdeka akan sekali lagi menjadi ‘padang luas’ untuk aksi ini berjalan.Bagi mendapatkan pandangan mengenai kerahan anak muda ke himpunan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan pada 23 April lalu. Beliau menyeru semua pemuda termasuk Umno turun dalam perhimpunan 1 Mei ini. Perhimpunan aman itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati tentang pelaksanaan GST yang diibaratnya ‘bencana’ kepada rakyat.

HARAKAH: Boleh jelaskan mengapa rakyat mesti menyertai Himpunan 1 Mei nanti?

SANY HAMZAN: Himpunan ini adalah satu himpunan rakyat sebab ia bertujuan bagi menyatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sebab ia membebankan rakyat. Apabila dilaksanakan semua rakyat akan terpalit. Oleh sebab itu, kita kira ini satu gerak gempur menolak malapetaka atau bencana kepada rakyat.

Jadi sebagai rakyat Malaysia perlu keluar untuk membantah secara aman pelaksanaan cukai GST yang akan dikena oleh kerajaan kepada seluruh rakyat di negara ini. Tidak kira mereka berada di kampung atau bandar.

Begitu juga sama ada nelayan, buruh, petani, pemandu teksi kita semua akan dikenakan GST. Kita akan dibebankan dengan GST kerana kita adalah pengguna.

Cuma yang menjadi masalah kepada kita sepatutnya apabila kerajaan menyatakan mahu menggunakan cukai kita melihat sepatutnya kerajaan Umno- BN perbaiki sistem urus tadbir negara.

Ketua Audit Negara mengatakan duit tiris setiap tahun hampir RM20 hingga RM30 bilion. Sepatutnya hasil kewangan negara banyak tetapi disebabkan ketirisan berlaku itu yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan cukai untuk mendapat kewangan negara. Jadi kita melihat bagi mengelakkan bebanan itu mereka mengenakan cukai kepada rakyat.

Di beberapa buah negara, GST telah dilaksanakan, jadi apa masalahnya jika GST dilaksanakan di Malaysia?

Di sesetengah negara walaupun GST diperkenalkan tetapi mungkin kos hidupnya murah. Tiada dikenakan tol malah harga kenderaan mereka pun murah. Pendidikannya percuma. Harga minyak pun murah, jika dibandingkan di Malaysia ini kehidupan rakyat kita semakin hari semakin dibebankan dengan pelbagai kos kenaikan. Kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan negara luar contoh harga kereta, di Thailand lebih murah daripada Malaysia.

Di Thailand pula negara mereka ada tol. Jadi kalau hendak banding dengan Malaysia juga ada negara-negara harga minyaknya murah. Tetapi di Malaysia yang kita tahu harga minyaknya tidak turun.

Jadi dia ada perbezaan walaupun cukai GST di perkenalkan kos sara hidup di setengah-tengah negara kos sara hidupnya murah. Ini bezanya Malaysia berbanding negaranegara lain yang mengenakan GST.

Pakatan Rakyat meletakkan syarat agar kerajaan menghentikan penyelewengan, ketirisan sebelum melaksanakan GST. Adakah kesedaran rakyat dalam soal penyelewengan BN ini sekata?

Masalah di Malaysia ini yang saya nampak terutamanya di bandar masyarakat sedar sebab mereka mengakses media baharu seperti internet dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi masalah ialah kepada mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Mereka lebih banyak didoktrinkan dengan bahan hebahan media pro kerajaan.

Jadi mereka tidak dapat maklumat alternatif kedua.

Macam di bandar pula, mereka ada internet untuk akses media baharu dan sebagainya. Mereka dapat bahan ataupun mereka dapat berita kedua.

Sebab itu kita lihat Umno dan BN menang di kawasan kampung dan Felda yang masyarakat tidak terdedah dengan maklumat.

Masyarakat masih tidak terdedah dengan maklumat sebenarnya tentang apa yang berlaku dalam negara.

Sebab itu, Pakatan Rakyat sentiasa turun berjumpa rakyat malah peringkat Dewan Pemuda PAS sentiasa turun bertemu masyarakat bagi menrang tentang kenaikan kos harga barang, GST bahkan baru-baru ini kita turun di Baling, Kedah kerana harga getah turun.

Tujuan kita untuk menyedar masyarakat. Itu sahaja alternatif yang kita ada.

Namun begitu, rakyat masih lesu daripada bercakap tentang kerosakan oleh Umno- BN ini? Apakah puncanya?

Sebagaimana saya katakan tadi, satunya kerana masyarakat kita ini mungkin tidak sama dengan masyarakat di negara Indonesia. Lebih-lebih lagi Umno menggula-gulakan mereka dengan pemberian.

Bantuan Rakyat 1Malasia (BR1M) mereka jadi diam dan tidak bangkit bersuara dengan penyelewengan dan sebagainya.

Masyarakat di luar bandar khususnya tidak terdedah dengan berita-berita yang disiarkan media baharu.

Jadi Himpunan 1 Mei ini boleh jadi medan kesedaran baharu rakyat?

Insya-Allah, walau tidak banyak kita akan dapat sedikit.

Contohnya semasa himpunan Bersih dahulu walaupun kita tidak lepas semua yang kita tuntut, paling tidak pun daftar pemilih, soal undi pos, dakwat kekal ada juga diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. Tetapi soal tuntutan tidak boleh hanya dalam sekali perhimpunan kerajaan terus menerima.Maksudnya tuntutan itu kena berterusan dan parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) kena sentiasa bangkit dan menyuara tentang ketidakpuasan hati kepada kerajaan.

Hebahan himpunan ini juga nampaknya sedikit lesu. Mengapa?

Saya rasa tidak kerana melalui media-media baharu seperti Facebook, Whatsapp, blog dan lain-lain mereka bercakap tentang himpunan itu.

Mungkin kaedah kita lebih mengguna penyebaran melalui media-media maya. Kita tidak mengguna cara tradisi seperti banner, poster, emel dan lain-lain. Tetapi kalau kita lihat dalam emel, blog-blog mereka bercakap mengenai perhimpunan GST.

Apa saranan saudara mengenai perhimpunan 1 Mei nanti?

Saya minta semua pemuda tidak kira PAS, KeADILan, DAP atau Umno sekalipun dan semua pemuda Malaysia keluar untuk cetuskan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang mahu melaksanakan GST. Perhimpunan aman itu sebagai tanda solidariti kita semua.
Read More

Obama: "Amerika Mula Sayang M'sia Selepas Najib Bawa liberalisme"

Rabu, 30 April 2014


"Amerika Mula Sayang M'sia Selepas Najib Bawa liberalisme"

Sekarang ni apa yg pernah UMNO-BN tuduh pemimpin PR masa kempen PRU13 dulu satu persatu terbukti semua tu puak depa sendiri.. SIAPA BAWA LIBERALISME?? ANWAR ATAU NAJIB???

Falsafah LIBRALISME yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab segalanya termasuk kehadiraan Obama di Malaysia!!!
Macai #lembUMNOtau ke falsafah liberalisme tu hape? Pi tanya Najib Razak!!!


Ruang Pendapat...

InsyaAllah..kalau pusat luluskan..


27hb April 


Adakah krajaan pusat sdh memberi KEBENARAN dan KELULUSAN secara BERTULIS utk Kjaan Kelantan mnggunakan 5 prasarana ini utk Kjaan Kelantan melaksanakan hukum hudud??sbb 5 prasarana ini 100% bawah kjaan pusat..
-Bantuan drp phk PDRM..
-Penggunaan Mahkamah..
-Penggunaan Penjara..
-Penggunaan Pegawai Undang2..
-Penggunaan Hospital..
**ADAKAH ITU SEMUA TLH DILULUSKAN OLEH KJAAN PUSAT??
 — dengan Mroyale YusofaleLyea AlyeaIbu Zai dan 47 yang lain.
  • Kamal Abdul Gani InsyaAllah..kalau pusat luluskan..bermakna semua jentera yang dibawah pusat juga kena akur..aku ingin lihat hudud dilaksanakan diKelantan..biar non muslim lihat indahnya hukum hudud sebab jenayah berkurangan...insyaAllah.....
  • Mroyale Yusofale Ingat wahai saudara2 ku yg beriman.sama ada dlm pas atau pkr.jgn mudah terpedaya dgn sokongan yg diberikan oleh kumpulan syaitan yg kamu kenali.sesungguhnya mereka mempersendakan kerajaan yg ingin menegakan hukum Allah diklate.
  • Pelaksanaan hudud walaupun mendapat tentangan hebat, sudah menjadi platform PAS sejak permulaannya lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan pindaan undang-undang itu akan dibahaskan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hukum tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 28 April, 2014.
  • Pelaksanaan hudud walaupun mendapat tentangan hebat, sudah menjadi platform PAS sejak permulaannya lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan pindaan undang-undang itu akan dibahaskan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hukum tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 28 April, 2014.

  • PELIK APABILA DIKATAKAN YG UMNGOK SOKONG HUDUD DILAKSANAKAN, IKHLASKAH SOKONGAN TERSEBUT? KALAU BETUL2 SOKONG KENAPA TAK DILAKSANAKAN DI NEGERI2 MEREKA PADAHAL MEREKA PEGANG KUASA DI PUSAT? ATAU "SOKONGAN" SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT PAKATAN RAKYAT BERPECAH? WAJARKAH AGENDA HUDUD DIKETENGAHKAN SEDANGKAN PUTRAJAYA BELUM DITAWAN. BOLEHKAH SESUATU HUKUM DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN TANPA SOKONGAN BERBAGAI AGENSI SEPERTI POLIS, JABATAN PENJARA, HOSPITAL, MEDIA UTAMA DAN KEADAAN EKONOMI TIDAK ADIL (KAPITALIS), PENGANGGURAN, INFLASI TINGGI DAN SEBAGAINYA? ADAKAH PERLAKSANAANYA DENGAN BERBAGAI KEKANGAN SEPERTI DISEBUTKAN AKAN MEMBAWA LEBIH KEBURUKAN DARI KEBAIKAN, DIMANA AKAN WUJUD FENOMENA "MASYARAKAT SUDAH SERIK DENGAN HUKUM ISLAM?" SEKADAR SATU LONTARAN PENDAPAT (JUGA BOLEH BUAT KAJIAN KENAPA DIKATAKAN SAIDINA UMAR PERNAH MENANGUHKAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD SEMASA PEMERINTAHAN BELIAU)

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-apa-faedahnya-untuk-pas-pakatan-dan-rakyat-yang-undi-mereka
Photo: hukum hudud undang2 yg Allah swt perintahkan/laksanakan lebih1400 tahun lalu diturunkan.... undang2 yahudi lord reid baru wujud... najib, mahathir, pak lah, KJ dan para macai2 dah menghafal dari A sampai Z undang2 yahudi Laknatullah tu ? ? ?

akta perhimpunan pon ade menteri UMNO x tahu dan terkantoi, apatah lg dgn macai2 UMNO kasta rendah tuew... kih7x

sombong dan angkuh menolak hukum Allah kononnye ramai yg x faham... undang2 yahudi pon x faham2, lagi nak bongkak dan sombong dgn hukum Allah swt...

DS Zahid Komedi



hukum hudud undang2 yg Allah swt perintahkan/laksanakan lebih1400 tahun lalu diturunkan.... undang2 yahudi lord reid baru wujud... najib, mahathir, pak lah, KJ dan para macai2 dah menghafal dari A sampai Z undang2 yahudi Laknatullah tu ? ? ?

akta perhimpunan pon ade menteri UMNO x tahu dan terkantoi, apatah lg dgn macai2 UMNO kasta rendah tuew... kih7x

sombong dan angkuh menolak hukum Allah kononnye ramai yg x faham... undang2 yahudi pon x faham2, lagi nak bongkak dan sombong dgn hukum Allah swt...


DS Zahid Komedi





Read More

Tuesday 29 April 2014

Obama dah balik: SOSMA mengganas 10 ditahan Akta Drakonian

Rabu, 30 April 2014
Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian 
Kenyataan Media
30 April 2014

Bodek Amerika, Rakyat Jadi Mangsa Undang-Undang Drakonian

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.  
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. 

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?
 
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku. 

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.

Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia - See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2014/04/bodek-amerika-rakyat-jadi-mangsa-undang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29#sthash.JHPh9Dji.dpuf
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena