Pages

Saturday, 28 February 2015

Najib's SLOW DEATH...Satu dunia dah tahu! Kat M'sia boleh lah kamu BERLAGAK HERO...

Ahad, 1 Mac 2015

MANA MAU SOROK NAJIB & ROSMAH !!!
Satu dunia dah heboh pasal KAMU & 1MDB..

Kat M'sia boleh lah kamu BERLAGAK HERO nak saman Harakah.. Kalau gentle saman sekali lah akhbar2 luar negara !!!.. Jangan jadi jaguh kampung & berkokok di tempat sendiri aja..

Satu persatu, hari demi hari malapetaka menimpa MEREKA.. KAMU ingat dgn sumbat DS Anwar Ibrahim ke penjara KAMU boleh tido lena ka...

Perancangan & kuasa Allah swt lagi HEBAT dari perancangan 'KAMU'...

Amalan BAZIR, BOROS & TIRIS dlm perbelanjaan negara yg diterajui oleh Najib-ROSMAH itu 'BERMARUAH' ka !!!
Tang mana nyer..
HEBAT... ???
BERMARUAH.. ???
BERKAT.. ???

[Video] Waspada dengan National Geographic...Documentary MH370 merupakan lakonan semula...

Ahad, 1 Mac 2015
Image result for Gambar MH370

MH370: Air Crash Investigation andaikan Kapten Zaharie perampas

Juruterbang pesawat Malaysia Airlines Kapten Zaharie Ahmad Shah diandaikan ‘merampas’ MH370 sebelum beliau sendiri pengsan dan pesawat itu kemudian digambarkan terjunam ke dalam laut Antartica dan hancur berkecai.


Demikian antara paparan yang terkandung dalam dokumentari terbaru rangkaian televisyen National Geographic berjudul ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat berkenaan yang sepatutnya disiarkan pada 8 Mac ini sempena ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, bocor dan dimuatkan dalam laman Youtube sejak 16 Februari lalu.

Dalam paparan dokumentari itu, Kapten Zahari yang sudah berkhidmat kira-kira 33 tahun dengan MAS, digambarkan mengunci pintu kokpit selepas Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, keluar untuk mengambil minuman, ketika pesawat berada di suatu kawasan.

Lakon semula menunjukkan Kapten Zahari (lakonan Von Flores) kemudian memakai topeng oksigen selepas pesawat berada pada ketinggian tertentu.

Beg oksigen penumpang juga ditunjukkan jatuh dari tempatnya, sementara Farid (lakonan Adriano Sobretodo Jr) dan anak kapal (lakonan Lisa Lau) mengetuk dan berusaha membuka pintu kokpit sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen.

Paparan dokumentari kemudian beralih ke dalam kokpit yang menunjukkan Kapten Zahari membuka topeng oksigen, sebelum beliau juga tidak sedarkan diri dan pesawat itu terus menjunam ke laut.

Apakah ini dokumentari terbaru National Geographic yang dikatakan tidak akan disiarkan di Malaysia?


Sebelum ini, akhbar dan portal berita melaporkan bahawa rangkaian televisyen itu akan menyiarkan dokumentari berkenaan pada 8 Mac, untuk tontonan umum, namun kemudian mereka menyatakan bahawa dokumentari itu hanya akan disiarkan di Britain sahaja.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu bakal disiarkan sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370 dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Dokumentari itu menemubual beberapa personaliti terkenal dalam siasatan nahas pesawat, termasuk bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner; Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis Penerbangan ABC News, John Nance.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Berikut beberapa keping gambar, termasuk pakar yang ditemu bual dari screenshot ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’ yang sempat kami rakamkan sebelum dokumentari dengan judul itu dikeluarkan dari laman Youtube dan Facebook.
[Sumber]isma-eksklusif
Posted by 

[Video] Apabila Pas tidak diundang...Ternyata 'Himpunan Kita Lawan' ternyata hambar...

Ahad, 1 Mac 2015

" Himpunan #kitalawan Gagal Dapat Sambutan. Kehadiran Hanya Kurang 200 Orang. Saksikan Video Dan Gambar "


Blogger Omak Kau dengan postingnya semalam menyatakan apabila PAS tidak diundang turut serta amat nyata himpunan kita lawan kurang mendapat sambutan.

Kita lihatlah perhimpunan besar selepas ini. Adakah puluhan ribu kehadiran akan tercapai seperti perhimpunan bersih, perhimpunan GST tanpa kehadiran penyokong-penyokong PAS. Ura-ura sebelum ini yang mengatakan ketiadaan PAS dalam program-program perhimpunan seumpama ini tidak mendatangkan kesan nyata meleset sama sekali.
TIKAQ BULOH 

Siapa sebenarnya yang JILAT LUDAH SENDIRI!...KJ apa yang kau 'sebokan' MANE Hospital Rembau?

Sabtu, 28 Februari 2015

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA untuk pertingkatkan pendapatan ANDA !!!.. Sudah pasti GST lah pilihan terbaik..

Pemimpin yang berjiwa rakyat SANGGUP KENAKAN GST TERHADAP RAKYAT.. Inilah satu cara nak pertingkatkan pendapatan rakyat.

Najib juga HERO PENYELAMAT NEGARA kerana dgn GST NEGARA TAK AKAN BANGKRAP !!!

Sokonglah saya, kerana sokongan anda DAPAT MERINGANKAN BEBAN ISTERI SAYA BERDANDAN RAMBUT RM1,200





Admin nak BONGKAR khas buat pencacai2 UMNgOK !!!

KENAPA 'SPESIS' DALAM UMNO mesti ada yg kurang cerdik a.k.a. BODOH & BUTA SEJARAH ???.. Ketika keluarga DS Anwar Ibrahim Isterinya & anak sulungnya memfailkan pengampunan Diraja terhadap sabitan liwat mulalah UMNO meroyan..

TETAPI adakah mereka lupa ataupun BUTA SEJARAH terhadap kes pembunuhan yg melibatkan MENTERI UMNO/BN didapati bersalah & dijatuhi hukuman mati ke atasnya.. DAN DIBEBASKAN atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah.. ADAKAH pencacai2 & pemimpin2 UMNgOK TAHU !!!

SIAPA SEBENARNYA yang JILAT LUDAH SENDIRI kalau bukan UMNO...



Minggu hadapan GENAP 7 TAHUN batu asas Hospital Rembau dipacakkan.. MANA HOSPITAL REMBAU ???

Setiap kali nak PRU... sewa khemah.. jemput orang kampung, kencing...... tu ker rutin kamu ka !!!

Aset kepentingan rakyat buat sambil lewa. Bila tang isu liwat... orang dah ke penjara pon sibuk lobi jaja aib orang sana sini ..


Bersungguh sungguh pulak tu. Kalaulah bersungguh lobi dana untuk bina hospital Rembau seperti yang kamu kencing untuk dapat undi bagi menjadikan hospital ni berjaya dibina kan lebih baik...


#UMNOkakikencing

dah siap dah pun...dapat hospital neh!

dah siap dah pun... 

Kroni BN Yang Kaya~ Rakyat Yang Susah? JANGAN RISAU! GST dilaksanakan pendapatan rakyat akan meningkat...

Sabtu, 28 Februari 2015
Alayh Youseff Assluv's photo.
  • Alayh Youseff Assluv


Loh Ac
February 26 · 

Kroni BN Yang Kaya~ Rakyat yang Tambah Susah



ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA untuk pertingkatkan pendapatan ANDA !!!.. Sudah pasti GST lah pilihan terbaik..

Pemimpin yang berjiwa rakyat SANGGUP KENAKAN GST TERHADAP RAKYAT.. Inilah satu cara nak pertingkatkan pendapatan rakyat.

Najib juga HERO PENYELAMAT NEGARA kerana dgn GST NEGARA TAK AKAN BANGKRAP !!!

Sokonglah saya, kerana sokongan anda DAPAT MERINGANKAN BEBAN ISTERI SAYA BERDANDAN RAMBUT RM1,200


Tahniah kepada mereka YANG KAYA BERTAMBAH KAYA..

Rakyat bagaimana ??? Rakyat, sendiri mau ingat...

JANGAN RISAU, slps GST dilaksanakan pendapatan rakyat akan meningkat. Siapa kata camtu.. Ayahanda PM Najib Razak...

InsyaAllah slps 100 tahun GST dilaksanakan di M'sia rakyat M'sia akan jadi 'billionaire' spt mereka...

Curi duit RM15 kena penjara...Menyeleweng duit rakyat RM250 JUTA masih bebas berkeliaran

Sabtu, 28 Februari 2015

APA SUDAH JADI UNDANG2 DI M'SIA !!!

Curi duit sbyk RM15 kena penjara...
TETAPI mencuri atau menyeleweng duit rakyat RM250 JUTA masih bebas berkeliaran ke sana ke mari. Undang2 untuk SIAPA sebenarnya ???

Bukan nak pertahankan perbuatan mencuri , tapi bila nak jatuhkan hukuman, biarlah adil tak kira la orang biasa ke bekas menteri ka atau bekas 'mak lembu' ka. Jangan buat rakyat hilang kepercayaan dengan sistem negara...

Amacam? Kesah ker tak korang yang undi BN ???
Umpi Berasap's photo.
  • Umpi Berasap Apa yang dendak dipelikan selagi umno berkuasa harta kerajaan itu macam harta peribadi sedikit pun tiada rasa malu atau berdosa pada allah

Apa yang dendak dipelikan bang!

"Projek Terbengkalai" - Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan...

Sabtu, 28 Februari 2015

Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan

PANDANGAN                                                                                 

Memerhati segala macam pergolakan dan perkembangan dalam Pas ke belakangan ini tidak siapa boleh menafikan parti itu diamuk dengan masalahnya tersendiri. Kehebatan amukan itu menunjukkan keadaan parti itu tidak boleh dianggap ia mengalami krisis dalaman persis ribut dalam cawan, tetapi berpotensi untuk merebak lebih besar sehingga menjelmakan ribut taufan.

Ahmad dan Najib, salam sudah kemas hati belum tahu.












Adalah silap kalau pimpinan parti itu mengira krisis itu perkara mudah dan biasa saja yang dapat diuraikan seperti mengasingkan minyak dengan air yang ketara dilihat. Sebab perkembangan dan apa yang berlaku kini menjurus kepada kemelut lebih besar jika tidak ditangani dengan fatanah.

Justeru melihat kepada apa yang berlaku kini Pas perlu bertindak segera mengambil keputusan yang tegas bagi meletakkan parti itu ke atas satu landasan dan jalur jelas dan boleh diyakini orang. Perkucaran pandangan politik sesama pemimpin Pas kini menjadikan parti itu bahtera yang bergoyang dan akan hanyut tanpa ada haluan.


Bagi membendung keadaan itu melarak, perkara paling pokok sekali kini, ialah memuktamadkan persespi yang Pas ingin bersama Umno. Agenda yang dilontarkan tahun 2008 dan ia mendapat restu Majlis Syura Ulamak (MSU) sendiri menerusi mekanisme apa dinamakan tahalus syiasi.

Walau pun sudah ada jawaban dan penjelasan demi penjelasan daripada hampir semua para pemimpin tertinggi, tetapi "projek terbangkalai" itu tetap menjadi hantu yang mengusik kepercayaan dan keyakinan orang Pas. Sehingga kini agenda kerjasama dengan Umno itu tidak tamat dan terus diperkatakan.

Perkembangan di Kelantan atau pun stail politik baru diambil oleh Pas Kelantan seakan menafikan jawaban dan penjelasan para pemimpin Pas itu. Pendekatan kerajaan Kelantan berbaik-baik dengan Putrajaya ditafsirkan ia adalah mesej kepada apa yang berada di bilik tabir. Ada orang meletakkan perubahan politik Pas Kelantan dengan Umno itu sebagai roh kepada hubungan lebih besar hingga ke dalam pilihan raya.

MB Kelantan Ahmad Yaakub sudah beberapa kali bertemu dan berjabat tangan dengan Najib Razak. Terbaru ialah petang semalam, MB itu berkunjung ke Putrajaya. Mungkin Pas ikhlas atau pun bertindak mengikut semangat Perlembagaan (federalisme), tetapi apa dibimbangi Pas Kelantan menjadi ralik dan leka berkahlwat dengan Umno sehinga dapat ditangkap basah oleh rakyat. Adalah memalukan kalau Pas berkahwin dengan Umno setelah ia ditangkap basah terlebih dahulu.

Kita memahami kesulitan dan masalah dihadapi Ahmad Yaakub di Kelantan. Dengan masalah kewangan negeri makin meruncing sedangkan isu banjir belum selesai, ia ditambah lagi dengan keadaan hubungan dengan pihak Istana yang sebelum ini umpama seperti isi dengan kuku, tetapi kini dikatakan tidak begitu kondusif. Pertemuan MB dengan Sultan tidak seacap dulu lagi? Inilah menyebabkan Ahmad kehilangan punca dan arah untuk mentadbir negeri.

Apakah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yaakub dan timbalannya ada masalah dengan pihak Istana? Sewaktu ulang tahun keputeraan Sultan baru-baru ini tidak ada seorang pun orang politik daripada Pas dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato'. Hal dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Apabila sudah berjauhan atau pun hubungan kerajaan dengan Istana tidak mesra lagi, sudah pastilah nasihat-nasihat berguna daripada Istana khasnya dalam menjana ekonomi dan kewangan Kelantan tidak ada lagi dan juga boleh melemahkan semangat untuk mentadbir, mungkin inilah menjadikan Kelantan dalam keadaan runcing. Dikatakan kantung kewangan negeri sudah nampak "patak".

Kita fahami jalinan kerjasama Pas dengan Umno itu untuk pembangunan Kelantan dan jika kedua pihak jujur dan ikhlas banyak manfaat bagi rakyat.

Tetapi disebabkan tindakan itu tidak ada restu langsung dari puncuk pimpinan, maksudnya ia dibuat bukan atas arahan parti, menyebabkan rakyat mempunyai tafsiran negatif atas apa yang berlaku. Orang boleh beranggapan kerjasama Pas dengan Umno itu adalah berdasarkan nasfu sekarah MB sahaja untuk kepentingannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai MB sepenggal lagi.

Mungkin Ahmad sudah membuat perkiraan kalau tanpa kerjasama dengan Umno Kelantan tidak boleh dibangunkan dan Pas akan kalah dia akan kehilangan jawatan berprestaj itu.

Makanya adalah elok kalau Pas memuktamadkan perkara ini. Jelas dan terang kepada rakyat secara terbuka dan ikhlas jangan berdolak dalih atau pun bertindak seperti burung Puyuh menyembunyikan diri kepala terlindung tetapi punggung tertungging yang mereka sudah putus untuk bersama Umno.

Untuk ini Pas boleh mengambil keputusan dalam muktamar khas menentukan hala tuju Pas menjelang pilihan raya nanti. Apakah Pas ingin bersama Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Sekiranya muktamar itu bersetuju Pas bergabung dan bekerjasama dengan Umno semua pihak harus akur kepada suara majoriti. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang sebagai presiden harus berani, tegas dan bersikap gentlemen.

Apabila ada pemuktamadan itu ia menyenangkan penyokong dan rakyat mengambil sikap mereka dan membuat keputusan. Dengan cara itu rakyat juga tidak merasakan mereka ditipu.

Lagi pun pemuktamadan itu juga perlu bagi mengelakkan pergaduhan terbuka di kalangan ahli dan penyokong Pas bawahan. Mereka yang lembab atau tidak cekap politik (genius) akan terus bergaduh apabila Pas tidak ada sikap jelas mengenai hal ini.

Apabila sudah ada sikap (stand) nanti, sudah pasti pergaduhan, perbuatan lebel melebel, menggelar puak itu sebagai babi, jebon, tedung dan sebagainya akan berhenti dengan sendirinya.

Selagi Pas berkeadaan seperti hari ini, tanpa memuktamadkan sikap mereka, selama itulah situasi berkucah kini berterusan. Keadaan hari ini dengan berpecah dan berbagai-bagai penerimaan (persepsi) umum terhadap Pas sebagai sebuah parti politik ia merugikan parti agama itu.

Ditegaskan pemuktamadan ini perlu disegerakan, dan jangan tunggu menjelang pilihan raya. Kalau hendak menjual nangka jangan sampai ianya sudah busuk. [wm.kl.11:47 24/02/15]


Mohd Sayuti Omar

Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak! Mesyuarat Kabinet pulak menolak suntikan modal 1MDB RM3 bilion?

Sabtu, 28 Februari 2015
Kesian...Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!

Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.

Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu. 

Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi.  Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian. 

Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali. 

Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya. Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya. 

Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri. 

Ini kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib dan menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan, selain sebagai Perdana Menteri. 

Penolakan ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh menteri-menteri kabinet yang dilantiknya sendiri. 

Jika di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan berintergriti, episod penolakan oleh ahli-ahli kabinet ini seharusnya menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi Perdana Menteri yang didudukinya sekarang. 

Semalam pula, kajian oleh Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja lagi berbanding 48 peratus sebelum ini. 

Setelah ditolak (disenggol) isteri, ditolak oleh adik-beradik dan ditolak oleh menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak oleh majoriti rakyat yang makin tidak berselera dengan kepimpinannya. 

Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya. 

Jika mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu oleh empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat ini. 

Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati"  dengan perlahan-lahan. 

Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir? 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

Perhimpun Perpaduan Melayu satu retorik..."tidak akan ke mana juga"...

Sabtu, 28 Februari 2015


Perhimpun Perpaduan Melayu satu retorik

Mohd Sayuti Omar                                                                              

Malam ini akan berlangsung Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) hasil gabungan 248 buah Ngo Melayu.

Sempena himpunan itu juga akan dibaca waad atau ikrar. Ia kemudian akan ditandatangi oleh 57 pemimpin Melayu. Perhimpunan malam ini selain pembacaan ikrar sebagai acara kemuncak ia disusuli dengan solat Maghrib, pembacaan puisi dan pidato oleh perdana menteri.

Kehadiran dianggarkan 30,000 orang. Ikrar atau waad yang akan dibaca malam ini sebagai mengganti waad Melayu 1946. Apakah waad 1946 dulu?

Menyelami tujuan dan maksud perhimpunan itu adalah untuk membangkitkan semangat orang Melayu. Meletakkan orang Melayu diatas paksi seperti mula orang Melayu mengenai jalur perjuangan.

Tetapi sedikit dimusykilkan apabila melihat kepda angka yang dianggarkan hadir itu ia tidak menunjukkan perhimpunan perpaduan Melayu sebenarnya. Jumlah itu tidak mewakili populasi Melayu di negara ini. Orang Melayu yang mewakili 60% (18 juta) penduduk daripada 30 juta penduduk negara ini, seharus kehadirannya yang perlu diusahakan melebihi 1 juta.

Kehadiran hanya 30,000 bermakna kira-kira 0.17 % daripada 18 juta Melayu. Kehadiran itu jauh lebih ramai daripada penonton bola sepak piala Malaysia pertemuan Kelantan dengan Pahang sebanyak 85,000.

Justeru, perhimpunan malam ini meragui akan tujuan dan matlamatnya. Apakah ia benar untuk mengemblengkan suara Melayu, atau pun menjadi platform kepada pemimpin Umno khasnya Najib Razak hadir mempertahankan dirinya. Umum maklum Najib kini dalam keadaan tidak menentu, beliau diusahakan turun atas matlamat hendak menyalamatkan parti Umno. Umno dalam bacaan para pengkajinya pula dalam situasi yang bagaikan telor di hujung tanduk atau tikus kelemasan dalam gelok.

Apakah usaha MPM yang mendapat restu dan juga bantuan kewangan daripada kerajaan itu menjadi alat atau "kontraktor" untuk memperkuatkan Umno dengan acara malam ini?

Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau perhimpunan malam ini yang bertemakan; hebat, bermaruah berkat, mencerminkan perhimpunan Melayu yang sebenarnya, tentulah yang hadir bukan sahaja pemimpin daripada parti kerajaan, tetapi parti-parti Melayu dan pertubuhan profesional Melayu lain juga. Pemimpin Pas dan PKR juga tentu akan dipanggil untuk berdiri dan melapazkan ikrar bersama di atas satu pentas sebab mereka juga adalah Melayu.

Sehingga kini tidak ternampak atau terdengar bahawa akan ada pemimpin kedua-dua parti Melayu itu akan ikut serta dalam perhimpunan malam ini melainkan pemimpin Umno. Yang sudah pasti akan hadir dan mengepalai membaca waad atau ikrar ialah Najib Razak dan Zahid Hamidi. Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak hadir kerana menghadiri majlis sambutan tahun baru Cina di Perak. Kesimpangan ini secara tidak langsung bahawa majlis perhimpunan malam ini tidak mustahak kerana kalau mustahak masakan Muhyiddin boleh tuang.

Yang sedikit membimbangkan, hendaknya jangan perhimpunan malam ini kemudian dijadikan lesen oleh orang Cina atau India untuk mereka menganjurkan pula himpunan sedemikian atas nama kaum mereka. Sekiranya perhimpunan malam ini untuk menunjukkan kekuatan Melayu, ia akan menjadi ilham pula kepada kaum lain menunjukkan kekuatan mereka. Jika ini terjadi maka kesucian perhimpunan itu akan tercemar.

Saya yakin kalau orang Cina juga mengadakan himpunan perpaduan mereka, jumlah yang hadir melebihi daripada yang disasaran penganjur malam ini sebanyak 30,000. Mungkin yang hadir pada perhimpunan Cina melebihi 500,000 dan mereka juga menzahirkan waad mereka.

Pun begitu kalau masyarakat India mengadakan program sama jumlahnya akan melebihi daripada jumlah yang dianggarkan hadir pada himpunan malam ini. Apakah kalau kedua kaum itu turut mengadakan "konsert himpunan" mereka, ia akan dilarang? Oh tidak, dasar liberalisme dalam BN menghalal dan melindungi kebebasan mereka.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dan etnik, adalah elok kalau perhimpunan berwajah Malaysia diadakan berbanding dengan perhimpunan Melayu seperti malam ini. Kerana perhimpunan mengambil tema dan semangat Malaysia lebih sesuai dan tepat dan suasana dan keadaan sekarang ini. Apa yang diuruskan oleh MPM itu sebenarnya untuk mencemerlangkan Melayu tetapi maksud halusnya ia boleh menyulitkan perpaduan nasional negara ini.

Perhimpunan malam ini tidak akan ke mana juga. Waad atau ikrar akan tinggal sebagai ikrar saja. Sebelum ini sudah berbagai ikrar, janji dan sumpah dilapaz oleh orang Melayu mengikut "taukeh" (kepala Ngo) masing-masing, tetapi Melayu masih juga tidak berubah. Apa yang didapati malam ini ahli-ahli Ngo yang jauh di kampung akan dapat melihat neon di Kuala Lumpur kerana mereka datang bukan sahaja setakat dipadah tetapi diupah. Natijah perhimpunan malam ini ia memperlihatkan Melayu semakin bercelaru dengan jumlah kehadiran hanya 30,000.

Perhimpunan malam ini tidak akan menyamai dengan perhimpunan dan perpaduan Melayu 69 tahun lalu. Ketika itu orang Melayu berhimpunan benar-benar atas satu genta suara dan nikmat rasa sama serta keinginan yang serupa; mahukan kemerdekaan. Mereka datang bukan dipadah dan diupah, tetapi datang dengan sebuah pengorbanan besar untuk bangsa dan negara mereka.

Perhimpunan malam ini tidak lebih daripada perhimpunan untuk memberi sokongan kepada pemimpin oleh pihak-pihak tertentu atas tujuan dan matlamat peribadi mereka. Direktori yang mereka inginkan ialah nama mereka ada dalam rekod Umno yang kononnya mereka adalah pembela parti berfahaman nasionalisme itu.

Berdasarkan itu perhimpunan malam ini tidak lebih dan tidak kurang sebagai sebuah konsert sahaja yang nilainya tidak lebih dan tidak kurang seperti malam "Cinta Rasul" yang menampilkan kumpulan nasyid Ya Nana daripada Indonesia yang selepas menghadiri majlis itu hadiratnya pulang sambil bernyanyi Ya Nana Ya Nana sambirin mengetuk-ngetuk stering kereta. Perhimpunan perpaduan Melayu malam ini satu lagi retorik Melayu ciptaan MPM. [wm.kl.9:29 am 28/02/15]

Friday, 27 February 2015

DAP & Isu HUDUD: Politik Kepala Dingin...Pendekatan bukan menyerang tetapi menerang...

Sabtu, 28 Februari 2015

ISU HUDUD ... DAP SERANG DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TERANG .. ITU DINAMAKAN POLITIK BUDIMAN.

Ini baru dinamakan politik matang .. politik budiman .. politik lestari .. politik pintar ... politik kepala dingin. 

Walaupun diserang dengan ugutan mau diterajang keluar dari Pakatan Rakyat namun Dewan Pemuda PAS mengambil pendekatan bukan menyerang tetapi menerang. 

Petang tadi Ketua Dewan Pemuda PAS telah mengetuai rombongan bersama-sama dengan beberapa Exco Pemuda PAS telah berkunjung ke pejabat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). 

Pemuda PAS menjelaskan kedudukan sebenar kanun yang akan dibentangkan  pada 18hb Mac 2015 di Dewang Undangan Kelantan. 

Dalam pertemuan tersebut, Gobind Singh Deo setuju perbincangan selanjutnya akan dibawa ke pasukan teknikal undang-undang Pakatan Rakyat. 
http://omakkau.blogspot.com/…/dap-serang-dewan-pemuda-pas-p…

'Tokeh Lembu NFC' GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA...

Sabtu, 28 Februari 2015

TOKEH LEMBU NFC GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA, KAT JAT KAT MANA?



Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar, kiri) hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 22 November 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui perbicaraan.

Salleh, 66, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dau pertuduhan itu, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertindak bagi pihak pendakwaan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-nfcorp-gagal-batal-dua-pertuduhan-pecah-amanah-rm49.7-juta#sthash.euhvmDqM.dpuf
Kedahkini.
Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.
Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.