Altantuya – kaitan yang terputus
Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.
Pertama kali dalam tempoh 34 tahun, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Persoalan yang diutarakan rasional. Ia soalan yang sama diajukan kebanyakan rakyat Malaysia sejak 8 tahun lalu.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis yang kita cintai pada masa ini menunjukkan reaksi sebaliknya cuba mengelak isu itu dengan menghabiskan masanya memeriksa mesej Twitter di media sosial.
"Khalid Twitter" mempunyai keberanian mengancam sesiapa yang membawa isu 'motif' pembunuhan kejam wanita warga asing tidak berdosa itu di tangan dua komando Malaysia yang terlatih.
Alasan Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa jua persoalan yang mempertikaikan keputusan itu dianggap menghina mahkamah.
Apa yang gagal dilihat Khalid ialah tiada yang mempersoalkan keputusan itu. Semua bersetuju keputusan itu betul.
Bagaimanapun, persoalannya ialah motif yang tidak pernah disebut dalam ketiga-tiga mahkamah yang membicarakan kes ini. Malah, bukti berkaitan motif tidak pernah diajukan pendakwaan.
Maka, sebagaimana saya (dan Dr Mahathir) bangkitkan, ia masih musim terbuka kepada motif.
Di sebalik mengganasi pengguna Twitter, Khalid mungkin dapat melihat rasional membawa kembali isu itu dengan lebih bersemangat berbanding apa yang ditunjukkan sebelum ini. – 7 April, 2015.
MENYUSUL LAGI
* Penulis merupakan peguam kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang pernah berkhidmat untuk Abdul Razak Baginda.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/altantuya-kaitan-yang-terputus#sthash.goF4Ms1C.dpuf
Posted by Kedah Lanie
No comments:
Post a Comment