Pages

Thursday, 23 July 2015

'Muafakat Baharu Politik' (GHB, PKR, & DAP)...Mengapa Pas & Umno cemburu?

Jumaat, 24 Julai 2015


Padahal UMNO rakan tidur sebantalnya..

Ahmad Bin Abdul "celaka PAP! Agenda komunis!"

jerkah segolongan Melayu UMNO...



GHB - Hadi Makin Gelisah, Umpamakan DAP Seperti Wali



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.
BLM.

Harapan Baru sambut baik muafakat baharu politik


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyambut baik pengumuman dua personaliti PKR dan DAP berhubung penubuhan gabungan baharu pembangkang.

Menurut Mohamad, pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang secocok dengan hasrat GHB yang mahu melihat jalinan di antara parti politik, badan bukan kerajaan serta rakyat lebih kukuh.

"Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.

"Seperti ditegaskan Harapan Baru pada majlis pelancaran 13 Julai lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan.

"Maka, bagi Harapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi 'Menyelamatkan Malaysia' dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment