Friday 7 August 2015

Khalid Al-Walid tak tinggal jamaah walaupun di pecat tapi...HUJAH NIE DITUJUKAN KEPADA SIAPA?

Sabtu, 8 Julai 2015

Khalid Al-Walid tak tinggal jamaah walaupun di pecat oleh Umar Al-Khatab..tapi...!!!

ANDA TAHU RASANYA HUJAH NIE DITUJUKAN KEPADA SIAPA ?


Watak dalam seerah ialah Umar bin al-Khattab, Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Kalau benar sekali pun ingin berhujah dengan tokoh dan seerah, tolonglah jangan sembrono. Bukan saja ceritanya tak sama, watak dan latarbelakangnya juga berbeza.

Khalid akur dengan pemecatannya kerana dia tahu nilai diri Umar di sisi Allah dan rasul dan kedudukan Umar dalam struktur daulah dan masyarakat ketika itu.

Umar adalah Amir al-Mukminin (bukan presiden parti), umat Islam ketika itu adalah jamaah al-muslimin (bukan ahli parti politik) dan keputusan yg dibuat Umar atas kedudukan sebagai pemimpin utama daulah dan masyarakat.

Parti Islam itu bukan daulah, presidennya bukan Amir al-Mukminin dan ahli parti Islam itu bukan warga kepada daulah.

Melawan presiden parti Islam itu bukan melawan Amir al-Mukminin, keluar parti Islam itu bukan derhaka kepada daulah (bughah).


Sementara pengganti Khalid ialah Abu Ubaidah, sahabat agung yang kebolehannya, keperwiraannya tidak kalah berbanding Khalid.

Tapi yang mengganti kumpulan yang bersama HB adalah si M dan si N yang semua orang tahu kebolehan mereka.

Tak payahlah jadikan seerah sebegitu sebagai bantal utk berharap dapat bermimpikan orang yang kamu harapkan.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena