Wednesday 12 August 2015

Polis tidak menghalang perhimpunan BERSIH 4.0..."Akta Hasutan jika hasut rakyat jatuhkan Najib"

Rabu, 12 Ogos 2015

BERSIH 4.0: Akta Hasutan jika hasut rakyat jatuhkan Najib

 | August 12, 2015
bersih
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghalang penganjuran perhimpunan aman atau BERSIH 4.0 yang dirancang hujung bulan ini selagi ia tidak mengganggu gugat ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya peserta perhimpunan itu melanggar peraturan.
“Polis ini selalu patuh kepada undang-undang. Apa juga tindakan polis adalah berlandaskan kepada undang-undang.
“Kalau BERSIH buat sesuatu yang melanggar ketenteraman awam dan polis rasa itu merupakan tindakan salah, maka tindakan akan diambil”, katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Ops Selamat 2015 di Terminal Bersepadu Selatan pada Rabu.
Noor Rashid bagaimanapun memberi amaran tindakan mengikut Akta Hasutan akan diambil sekiranya perhimpunan itu bertujuan menghasut orang ramai menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Jika perhimpunan itu lebih kepada hasutan orang ramai untuk jatuhkan Perdana Menteri, tindakan akan diambil” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihak berkuasa perlu belajar dari kesilapan mereka sebelum ini dan hendaklah memberi kebenaran kepada orang ramai supaya berkumpul di Dataran Merdeka bagi perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.
Katanya, polis membuat kesilapan jika berpendapat mereka boleh menghentikan perhimpunan tersebut dengan membuat tangkapan awal terhadap pihak penganjur BERSIH 4.0 iaitu Jawatankuasa Pemandu Pemantauan Pilihan Raya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena