Friday 7 August 2015

Program GHB Melaka - "Alhamdulillah, ribuan rakyat Melaka telah datang"

Sabtu, 8 Ogos 2015

[BERGAMBAR] Laporan Program GHB Melaka: Yang Capik Datang Bertongkat....

Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau

Demikianlah gambaran jika dapat disimpulkan terhadap sambutan Majlis Eidul-Fitri dan Jelajah Perdana Gerakan Harapan Baru (GHB) peringkat negeri Melaka yang diadakan malam tadi.

Dengan sebarisan penceramah seramai lebih 20 orang, alhamdulillah, ribuan rakyat Melaka telah datang memenuhi perkarangan pejabat keadilan Melaka, tempat dimana program GHB diadakan yang bermula seawal 7.30 malam tadi.

Rakyat pelbagai bangsa, pelbagai keturunan, pelbagai agama... datang berbondong-bondong untuk memeriahkan Majlis Eidul Fitri. Juadah makanan yang disediakan untuk 2,000 orang hampir kehabisan sebelum program ceramah bermula jam 9.00 malam.

Dimulai dengan doa dan ucapan ringkas Mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tn Hj Salleh bin Yusof dan kemudian diikuti dengan ucapan dari Sdra Johari Osman, Ketua Pengarah ARIF (pertubuhan sukarelawan sama fungsinya dengan Jabatan Amal) yang telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Julai 2015, diikuti ceramah 5 - 10 minit ceramah dari penceramah-penceramah Harapan Baru peringkat pusat dan NGO-NGO sehinggalah ke kemuncaknya ceramah oleh Salehuddin Ayub dan Mohamad Sabu. 


Syabas dan tahniah GHB Melaka. Semuga program malam tadi menjadi pemangkin untuknya meneruskan usaha dan iltizam dan bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman dan kekejaman. Ayuh maju terus.... kerana rahmat dan redha Allah itu berserta dengan mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh! 

Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena