Pages

Sunday, 6 September 2015

Gelombang OREN lagi! Kini di Gelang Patah, JB, Pulai & Tebrau, kesemuanya lebih 400 ahli Pas sertai AMANAH Johor.

Ahad, 6 September 2015

Lebih 400, ahli PAS sertai AMANAH di Johor

Seramai 443 orang termasuk anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini.
Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad berkata mereka terdiri daripada 62 orang dari kawasan Parlimen Pasir Gudang, Gelang Patah (131), Johor Baharu (100), Pulai (100) dan Tebrau (50).
"Keputusan mereka menyertai AMANAH adalah untuk meneruskan harapan besar rakyat yang disandarkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 lalu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan borang keanggotaan PAN di Johor Bahru.
Dzulkefly yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Gelang Patah mengumumkan penubuhan lima jawatankuasa penaja AMANAH yang akan menguruskan setiap kawasan Parlimen terlibat serta bagi mendapatkan lebih ramai anggota.
-Bernama
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment