Pages

Friday, 18 September 2015

JANGAN BOHONG LA! Mana datangnya kiraan 300 ribu?...Jijiknya perkauman, kata putera Johor

Jumaat, 18 September 2015
10 hrs 
 

JANGAN BOHONG LA !!!.. Tak kanlah padang Merbok yg tak sampai separuh padang penuh boleh kata tak dapat masuk...

Berhujahlah dgn FAKTA, bukannya temberang kencing.

FAKTA:

1) Kalau peserta penuh padat di Padang Merbok sekalipun, jumlah peserta adalah tidak lebih drpd 120,000 org.

2) Polis menganggarkan seramai 50,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut di Padang Merbok.

MANA DATANGNYA, KIRAANNYA 300 RIBU ??!!!

#himpunanbajumerah
#himpunanrakyatbersatu

Jijiknya perkauman, kata putera Johor


Putera Johor Tunku Idris Sultan Ismail tampil menyatakan rasa jijiknya dengan sikap perkauman dan menegaskan ia tiada tempat di negara ini.
“Jijiknya. Perkauman dan bahasa kesat tiada tempat dalam masyarakat ini.”
Ayat ini dimuatkan tegas dalam Instragram beliau semalam.
Anakanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas ia ditujukan kepada siapa atau merujuk peristiwa apa.
Bagaimanapun, ia dilontarkan ketika perhimpunan baju merah pada Hari Malaysia Rabu lalu menerima pelbagai kritikan daripada aspek perkauman dan ketegangan dengan polis.
Acara anjuran sebuah kumpulan silat dan disokong pemimpin Umno itu menyaksikan masyarakat Cina dijadikan sasaran kemarahan selain parti DAP, yang juga dikaitkan dengan bangsa itu.
Selain kata-kata kesat dilontar, seperti “Cina babi”, termasuk kepada wartawan, kelihatan juga kain rentang menentang sekolah vernakular dipapar.
Sementara itu, menyatakan ketegasannya, Tunku Idris menulis bahawa beliau sendiri mempunyai darah pelbagai bangsa dalam tubuhnya.
“Saya ada darah Melayu, Cina dan India mengalir dalam pembuluh darah saya,” katanya.
Beliau juga sebelum itu memuat naik peringatan bondanya permaisuri Johor berkaitan sebuah hadis yang menolak kezaliman pada bukan Islam.
"Antara sunnah-sunnah Rasulullah SAW adalah amaran yang berikut: 'Ketahuilah sesiapa yang menzalimi seorang zimmi (iaitu orang kafir yang tinggal di negara Islam) atau menghina atau membebaninya di luar batas kemampuan, atau mengambil haknya tanpa rela hatinya, aku akan mendakwanya di akhirat kelak'."


DYMM Raja Zarith Sofiah - Permaisuri Johor
Public Figure38,008 Likes
21 hrs
Antara Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW adalah amaran yang berikut : "Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi seorang zimmi (iaitu orang kafir yang tinggal dinegara Islam) atau menghina atau membebaninya diluar batas kemampuan, atau mengambil haknya tanpa rela hatinya, aku akan mendakwanya diakhirat nanti."
[Among the Sunnah or the Sayings of the Prophet Muhammad (May Peace Be Upon Him) is the following warning : "Beware! Whoever is cruel towards a zimmi (a non-Muslim who lives in an Islamic country), who is spiteful towards him/her, or burdens him/her with more than he/she can bear, or takes anything from him/her against his/her free will, I (Prophet Muhammad) will complain against that person in the Afterlife."]
Istana Johor antara yang lantang menyatakan ketegasannya menolak sifat perkauman di negara ini.
Di peringkat negeri, mereka mengetengahkan idea Bangsa Johor selain cuba memupuk perpaduan rakyat melalui permainan bola sepak.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment