Thursday, 17 September 2015

[Video] Maruah Melayu Tercabar? Mengapa DAP yang sering di tuding jari..."Nenek Moyang Kaya Raya, Tergadai Seluruh Harta Benda"

Khamis, 17 September 2015

Alangkah sedihnya bila ada kuasa..kebaikan itu ditentang..kemungkaran itu dirancang..sedangkan kuasa itu dr Allah ia dtg..dan dihadapan Allah kita akan bentang.. JIKA KAMU MENYOKONG KEZALIMAN, JAWABLAH  DIHADAPAN ALLAH NANTI 

" Nenek Moyang Kaya Raya , Hasil mengalir ke tangan yang lain " . Siapakah yang bertanggung jawab menjaga hasil negara , apakah maksud nenek moyang kaya raya . Adakah merujuk kepada hasil bumi negara ....

HIMPUNAN MELAYU........ 16SEP.

Dengan apa yang berlaku sekarang , adakah berpunca kegagalan pemimpin melayu ( khusus umno yang mentadbir negara ) atau pemimpin  cina ( khusus DAP yang sering di tuding jari ).
Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.

 Artikel 153
Secara ringkas artikel ini menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara Malaysia, untuk melindungi kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan penduduk asal Sabah dan Sarawak (secara kolektif dipanggil bumiputera) dalam hal ehwal seperti perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, latihan, kemudahan dan perniagaan tanpa menjejaskan peluang dan hak kaum lain.

Artikel 153, di samping status Yang di-Pertuan Agong itu sendiri sebagai orang Melayu dan Raja Melayu adalah asas kepada kemutlakan ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Pemaktuban

 Artikel 153 ini sama sekali tidak menjadikan kaum bukan Melayu warganegara kelas kedua. Salah faham mengenai Artikel ini, jika ada, sebenarnya adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan demi mencapai cita-cita politik dan peribadi songsang.

Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah


KUALA LUMPUR: Maruah kaum Melayu tidak tercabar di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

"Mungkin ada pihak yang merasakannya (maruah Melayu tercabar), tetapi saya tidak merasakan maruah kaum Melayu tercabar," kata Abdullah.

Beliau diminta mengulas mengenai penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu pada Rabu.

"Bagi saya, janganlah lakukan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

"Jika ada kumpulan yang ingin suarakan kehendak atau pandangan mereka, silalah tetapi jangan sampai cetuskan pergaduhan," kata Abdullah ketika ditemui selepas majlis makan tengah hari di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur petang tadi.

Sementara itu, Abdullah turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.

"Tidak," jawab beliau sambil menggelengkan kepalanya ketika ditanya oleh wartawan.
Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata konsep rasisme dalam Islam adalah dibenarkan.
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena