Kumpulan Baju Merah Ni Demo Untuk Apa? Soal Rafidah
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.
Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.
“Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan,” katanya di Facebook.
Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.
Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.
“Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan ‘kekuatan’ sokongan yang mereka perolehi.
“Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?,” katanya.
Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.
“Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat,”
Polis Tak Benarkan Demo Anti-BERSIH 16 September
Polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan.
Larangan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini, seperti dilaporkanBernama.
BLM
No comments:
Post a Comment