Sunday, 6 September 2015

Proton WEL 5234 dah 'lenyek' Pengerusi BERSIH 4...UMNO TERDESAK dah mula mainkan ISU PERKAUMAN!

Ahad, 6 September 2015

UMNO MULA TERDESAK MEMAINKAN ISU PERKAUMAN...



Ini Semua Poyo senjata umno ayat "perjuangan untuk bangsa dan agama" sudah tidak relevan. mulai sekarang orang melayu kena cari pemimpin islam tanpa mengira bangsa sesuai sebagai negara islam contoh.

kenapa takut kepada dap? kalau pakatan menang pilihanraya, pm ialah seorang islam. bagaimana dap boleh buat huru hara sedangkan pasukan keselamatan polis dan tentera masih berfungsi? janganlah terpedaya dengan dakyah umno.



Spe paham maksud zahid komidi sebut ini..???...kiki



Bantahan Baju Merah boleh cetus ketegangan kaum-Rafidah


Written By canang


Bantahan Baju Merah boleh cetus ketegangan kaum-Rafidah
Demonstrasi yang dirancang pada 16 September depan berbeza dengan Bersih 4.0 kerana tidak mempunyai tuntutan yang jelas


PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.
Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.


“Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan,” katanya di Facebook.
Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.


Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.


“Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan ‘kekuatan’ sokongan yang mereka perolehi.


“Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?,” katanya.


Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.


“Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat,” tulisnya.SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena