HABIS IDEA, WALAUN MAIN ISU LOGO AMANAH
Memanglah logo itu tiada kaitan dengan dasar atau prinsip parti berkenaan. Baik atau buruknya parti itu terletak pada dasar dan kepimpinannya. Namun, logo itu tidak kurang pentingnya kerana melalui logo dan bendera itu nanti segala program dan aktiviti Amanah ini boleh dipromosikan. Tidak lah bijak jika ada logo lain yang seakan-akan menyerupai logo Amanah.
Cuma pelik sedikit apabila yang kecuh tentang logo Amanah ini adalah dari walaun. Mungkin sudah kehabisan idea untuk mencari salah dan silap Amanah. Percayalah, jika logo Amanah ini nanti ditukar, walaun hati busuk ini tetap terus mencari salah Amanah. Maklumlah, "Bai'ah cerai talak tiga" sudah tidak laku lagi kerana di dalam dunia ini bukan Pas sahaja yang ada Ulamak. Mereka yang berani keluar Pas yang terikat dengan Bai'ah ini lebih awal mendapatkan pandangan dan hukum berkaitan isu Bai'ah cerai talak tiga ini.
Jadi, tidak pelik jika mereka menggunakan isu logo Amanah sebagai satu isu besar seolah-olah berdosa besar menggunakan logo yang hampir sama dengan pihak lain. Lucunya mereka tidak cermin parti mereka sendiri. Bukankah puak-puak ini memang suka menghukum?
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI
0 comments:
Post a Comment