Friday, 2 October 2015

MARUAH melayu - 'Tolong Jangan Hina Cikah'!...Saifudin bidas Najib, Hadi: ‘Melayu agenda lama’

Jumaat, 2 Oktober 2015
DiMANA 

MARUAH 

MELAYU

BiLA CiKAH

JADI MENTERi

Opps.....

Di MANA

MARUAH

CIKAH BiLA

MELAYU JADI

MENTERi


NOTA
tolong jangan hina cikah

INI MELAYU 
BUKAN CIKAH


YEOP
Yeop aku rasa dia ni pernah kena lempang kot? on MARUAH MELAYU
Anonymous
on 10/2/15


HE HE HE
He he he. Aku cabut lari tak cukup tanah tadi bukan apa. Banyak komitmen aku kena setel sebelum buget bulan depan. Dana yang belen2 tu aku kena habiskan. Cina2 kontraktor tu aku dah janji. Lu mesti dapat punya. Itu komisen jangan pulak kau tak bagi. Sebenarnya aku lempang tuan yong tadi tu pelan saja. Aksi saja lebih. Aku cabut le awal2. Dibuatnya dia terajang aku betul2, kan naya. Padam aku. Aku nak merasa jugak hidup senang macam pm najib tu. on MARUAH MELAYU
Anonymous
on 10/2/15
                     TANGAN PENDEK


Aku yakin tajuddin kalah kalau dua ekor tu bergasak. Tangan tajuddin pendek, lagipun dia cuma berani kalau ramai ramai, tipikal melayu. Alaaa mcm pukida la jugak, berani bila ramai jer. on MARUAH MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/2/15



Saifudin bidas Najib, Hadi: ‘Melayu agenda lama’



Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata rakyat Malaysia sudah bersedia untuk berubah ke arah pemikiran politik yang lebih matang, inklusif dan tidak berteraskan ras atau bangsa semata.
Menurutnya, hanya golongan pemimpin atasan dan sebahagian besar pemimpin peringkat pertengahan yang masih berfikiran bahawa rakyat tidak sedia melihat keadaan sedemikian
“Sudah sampai masanya perubahan pemikiran politik. (Sekarang) boleh berubah parti politik kerajaan tapi pemikiran boleh atau tidak berubah.
“Saya fikir rakyat Malaysia sudah banyak yang sedia untuk berubah tapi yang tidak sedia ini di atas atau yang di tengah,” katanya dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di Dewan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Saifuddin berkata politik di Malaysia perlu menginjak dari politik “tawar-menawar” seperti yang diamalkan oleh gabungan parti-parti politik seperti BN sekarang yang menjaga bangsa masing-masing.
“Kita perlu mengujarkan gabungan pemikiran baru. Sudah tiba masanya kita meneliti apakah betul model ‘tawar-menawar’ ini berani ditolak.
“Sekarang ini, Umno selesaikan masalah Melayu, MCA selesaikan masalah Cina, dan MIC selesaikan masalah India, kalau boleh diselesaikan,” katanya.
Saifuddin yang juga bekas MP Temerloh itu turut membidas cara politik sebilangan pemimpin Melayu yang menurutnya seolah mereka, dan bukan bangsa lain, yang menggugat maruah orang Melayu itu sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan “terbangsat” sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Menurut beliau, mentaliti menuduh semua yang tidak menyokong mereka, turut digunakan seorang lagi pemimpin Melayu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.
“Bila tengok gelagat pemimpin Melayu dua-dua pihak, seorang (kata) terbangsat, seorang (kata) pengkhianat, (lihat) pemimpin kaum (kata) macam itu, agaknya siapa yang gugat maruah Melayu di Malaysia ini?.
“Orang lain atau pemimpin Melayu yang pecah amanah hingga perlu lahir parti AMANAH,” katanya.
Kata Saifuddin pendekatan lebih inklusif harus diambil bukan hanya dengan mempertahankan maruah Melayu, tetapi sebaliknya melahirkan bangsa Malaysia yang bermaruah.

“Saya tak fikir rakyat Malaysia akan rosakkan maruah saudara sewarganegaranya. Saya tak fikir rakyat Malaysia sepengkhianatan dan sebangsat itu,” katanya.
Suara Pakatan Daily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena