Posted by Kedah Lanie
Keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli Pas kepada pemimpin yang beralih kepada parti baru, Parti Amanah Negara sangat mengejutkan pemerhati politik luar dan dalam Pas itu sendiri.
Fenomena ini berlaku sangat pantas sekali dan ianya sangat membingungkan ulamak dalam Pas.
Tohmahan ataupun gelaran yang diberikan dilabelkan oleh sesetengah pimpinan Pas kepada ahli Pas yang ingin menyertai parti baru juga di anggap sangat tidak beretika dan hilang moral diri mereka.
Walau apa pun cara ulama Pas menakut-nakutkan ahli dan pemimpin, termasuk cerai talak tiga, namun penghijrahan ke parti baru tidak dapat dikawal.
Walau apa pun cara ulama Pas menakut-nakutkan ahli dan pemimpin, termasuk cerai talak tiga, namun penghijrahan ke parti baru tidak dapat dikawal.
Mungkinkah Pas akan jadi parti kecil semula seperti tahun 1980an lalu?
Pas degil
Bila mana wujud daripada awal lagi unsur-unsur petandingan yang bertentangan dengan amalan Pas sebelum ini menggunakan sistem ‘Cai’ sepatutnya pihak atasan Pas ketika itu segera menggerakkan usaha penyatuan dan persefahaman sebelum berlakunya perpecahan dalam jamaah.
Tetapi ulama Pas berdegil. Nah sekarang telah berlaku apa yang diramalkan berlaku. Bila ianya sedang membarah dalam Pas maka mustahil untuk diubati atau dikembalikan semula kemurniaan dan keikhlasan dalam perjuangan.
Pijak gambar
Pijak memijak gambar bendera dan apa saja replika pemimpin adalah satu amalan biasa kepada si pemarah atau yang tidak berpuashati.
Bila kena kepada orang lain kita kata padan muka.
Bila kena kepada kita maka terpacul soal kenapa berlaku begitu kerana menganggap foto daripada insan yang bertaraf alim ulamak tidak boleh diperlakukan sedemikian.
Pernah dulu dikhabarkan puak pro ulama Pas pijak gambar pemimpin puak ‘Jebon’ dan sekarang mereka kena bersabar bila gambar Tuan Guru dipijak. Kalau tak boleh sabar puak Jebon adalah lebih baik daripada geng ulama Pas kerana sebaik-baik orang beriman adalah yang tinggi kesabarannya.
Tamparan hebat Pas Selangor
Selepas penghijrahan Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Dr Dzulkefly Ahmad, Saari Sungip dll ke dalam Parti Amanah Negara, Pas Selangor kini dalam keadaan terumbang ambing.
Selama ini puak profesional Pas inilah yang menjadi penggerak kepada ceramah dan memanggil kaum Cina serta India datang mendengar ustaz Pas menghentam Umno.
Selepas mereka tiada maka yang ada hanyalah tukang ceramah dan tiada khalayak yang mahu datang. Ramai ustaz Pas mula gundah gulana. Adakah Pas Selangor akan kembali ke era 1980an dan 1990an. Ketika itu Presiden Pas Fadzil Noor sekali pun datang berceramah hanya 50 orang yang hadir. Lebih banyak kerusi daripada hadirin.
Erti kata mudah, kalau berlaku pilihan raya Amanah bertanding melawan Pas dan Umno, maka kerusi Pas boleh diramalkan akan menjadi milik Amanah.
0 comments:
Post a Comment