TGNA terlalu marahkan sikap UG : Kalau Nak Pecah 2 PAS Malam Ni Kita Pecahlah!
Pasca PRU2008, UMNO/BN buat pertama kalinya gagal mendapat 2/3 Kerusi Parlimen, kalah di 5 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mula "merisik khabar" pimpinan PAS.
Khabarnya, pada mulanya UMNO tawar Kerajaan Perpaduan di Perak dan Selangor. Ini dikatakan punca berlaku kelewatan perlantikan Menteri Besar Perak dan Selangor.
Di Perak, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria khabarnya menjadi agen perunding kepada UMNO untuk menggabungkan PAS dan UMNO. Mufti Perak khabarnya mendakwa sudah dapat persetujuan Presiden PAS, tapi gagal mendapat persetujuan Mursyidul Am PAS, TGNA.
Khabarnya juga, pujukan UMNO bukan setakat di Selangor dan Perak, tetapi juga ke Peringkat Pusat, membentuk Kerajaan Perpaduan (UG).
Rentetan kepada idea UG inilah menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008. ( Nak tahu betapa seriusnya keadaan ketika itu, sila baca maklumat di sini )
Khabarnya, dalam mesyuarat tersebut TGNA dengan tegas ada menyebut, "Kalau nak pecah 2 PAS malam ni kita pecahlah". Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
SATURDAY, DECEMBER 13, 2014
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
SATURDAY, DECEMBER 13, 2014
Hj Hadi tidak berani sanggah Husam
TMI tetap terus bertegas mempertahankan laporannya itu dan tidak pernah meminta maaf seperti mana yang dituntut oleh Dr Samsuri.
Kenapa PAS tidak berani mengambil tindakan undang-undang kalau benar artikel mengenai pendedahan tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu sebagai fitnah dan bertujuan jahat?
Saya percaya pendedahan Husam mengenai tawaran Hj Hadi kepada Azmin itu adalah kerana mahukan respon dari Haji Hadi dan Azmin sendiri.
Azmin sudah memberikan responnya dengan penafian. Kenapa Hj Hadi terus membisu tidak berani menafikannya sendiri? Kita mahu dengar pengakuan / penafian sendiri dari naib ulama sedunia ini.
Apakah PAS rasa rakyat jelata akan menuduh Husam, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Suhaizan Kaiat dan TMI semua tu 'memfitnah dan berniat jahat terhadap Hj Hadi?
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 a.m
MONDAY, NOVEMBER 09, 2015
MONDAY, NOVEMBER 09, 2015
No comments:
Post a Comment