Sunday, 15 November 2015

'Fenomena Harum Manis'. PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri. "Sampai jem Youtube,"

Isnin, 16 November 2015

Belum selesai Amanah, PAS kini berdepan ‘fenomena Husam Musa’

Dalam dialog
Selepas sebahagian pemimpin tertingginya lari bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), PAS kini berdepan "fenomena Husam Musa".

Suasana ini bolehlah dinamakan "fenomena harum manis" iaitu PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri yang berpengaruh dari dalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa merupakan salah seorang darinya manakala Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga mempunyai ciri-ciri sama.

Dialog "Demo tanyo, kawe jawab" di Kota Baru, Kelantan malam kelmarin memperlihatkan betapa PAS tersepit apabila diserang juga dari dalam parti.

Kira-kira 10,000 orang menonton dialog itu secara langsung dengan kira-kira 5,000 di dalam dan perkarangan dewan Kelab Suara Muda dan lebih 5,000 lagi menontonnya secara atas talian yang dipancarkan menerusi YouTube.

"Sampai jem Youtube," kata menganalisis dan pengkaji politik Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila ditanya apakah reaksi awal tentang dialog bersama Husam itu.

Hisomuddin yang menonton dialog itu melalui YouTube berkata, fenomena ini amat besar kesannya kepada PAS selepas berpecah dengan penubuhan Amanah.

Dalam dialog itu, Husam seolah-olah bangkit selepas 7 bulan mendiamkan diri akibat sakit yang menyerang mulut dan matanya.

"Sekarang ini saya masih belum sembuh sepenuhnya," kata Husam, bekas exco kerajaan negeri Kelantan yang tidak kelihatan di tempat awam sejak Mei lalu.

Husam jelas emosional semasa dialog itu akan tetapi orang ramai kelihatan menyokongnya apatah lagi jika dikaji komen-komen dalam media sosial.

"Ahli PAS khasnya di Kelantan nampaknya lebih bersimpati kepada Husam berbanding dengan pemimpin PAS lain di Kelantan,"kata penulis veteran, A Shukur Harun ketika mengulas fenomena baharu itu.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang semalam terus memberikan respons terhadap majlis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat Husam itu.

PAS akan memanggil Husam untuk mendengar penjelasannya sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

"Ini sikap parti, kita bersedia untuk mendengar," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang selaps mesyuarat Jawatankuasa Pusat semalam.

Dalam dialognya itu, Husam menegaskan beliau masih bersama PAS tetapi tidak berpuas hati dengan cara parti dan kerajaan negeri Kelantan diuruskan.

Husam meminjam kata-kata Brutus dalam cerita Julius Caesar apabila ditanya mengapa mengkritik dan menyerang presiden PAS secara terbuka apabila berkata, "Saya sayangkan parti dan perjuangan lebih dari sayangkan presiden."

Namun Husam menjelaskan, kasih beliau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak pula berkurang apabila beliau dan rakan-rakannya sanggup terbang ke Turki untuk menziarahi presiden PAS ketika sedang sakit walaupun hanya bertemu 4 hingga 5 minit sahaja.

Ketika ditanya, apa sikap beliau terhadap Parti Amanah Negara (Amanah), Husam membuat andaian dengan bercerita tentang setiap kapal besar seperti "Titanic" perlu ada kapal-kapal kecil untuk menghadapi kemungkinan tenggelam.

"Kawan-kawan saya sudah meninggalkan kapal besar ini, namun saya berijtihad untuk kekal di atasnya kerana ia belum tenggelam lagi," katanya. – 15 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belum-selesai-amanah-pas-kini-berdepan-fenomena-husam-musa#sthash.ayKOqZuY.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena