Tuesday 26 January 2016

[Video] RM2.6b: Najib dan lakonan badut...Apandi Ali Kini Ahli Lembaga Pengarah TH? Hmm.

Selasa, 27 Januari 2016

RM2.6b: Najib dan lakonan badut...

 penburukonline


HANCOR UM NgOk..
Woiiiittt..
Duit dlm tabung aji tuu..
susah payah dikumpul secara halal utk menunaikan rukun suci islam yg ke 5 utk pegi haji..
Nii kalau lembaga pengarah dah dipenuhi dgn penyeleweng..penyangak..pengampu..pembela para penyamon..
Suci lagi lee duit kita dalam tabungan tuuu.?
Haktuiihhhh betul laaa..
HANCOR UM NgOk..

KENAPA NAJIB PERLU LETAK JAWATAN..

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berharap ahli-ahli politik Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah serta raja-raja Melayu akan bertindak segera untuk memastikan negara dan ekonominya tidak merosot.

Dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah kehilangan kewibawaan dan autoriti moral untuk memerintah negara ini sejak memenangi pilihan raya umum 5 Mei 2013, berikutan skandal yang dihadapinya.

2.6b - Najib Tak Bersalah, Kertas Siasatan Ditutup & Apandi Ali Kini Ahli Lembaga Pengarah TH.

Hmm.

Beberapa hari sebelum Apandi membebaskan Najib dari sebarang pertuduhan dan pendakwaan isu 2.6b dan SRC, AG = Apandi Ali telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di Tabung Haji.

Rujuk sini.

Dan tadi dalam sidang media khas, Apandi Ali mengesahkan bahawa ;

1. Najib dibebaskan dari sebarang pertuduhan berhubung isu derma 2.6b.

2. Pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

3.  Apandi turut mengesahkan wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

4. Atas sebab itu, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

5. "Berhubung dengan perkara ini juga ,saya juga berpuashati bahawa tiada keperluan bagi Malaysia untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (mutual legal assistance) kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 billion tersebut,". <-- Apandi Ali (Agenda Daily).

6. Peguam Negara turut berkata, berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC Internation, pihak mereka berpuashati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan.

7.  Apandi memberitahu berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan dia selaku Pendakwaraya berpuashati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri berkait tiga-tiga kertas siasatan, lalu kertas-kertas siasatan  yang berkaitan akan dikembalikan kepada poihak SPRM dengan arahan ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup.

Allahu Akhbar.

Rupa-rupanya Najib tak bersalah.
Apa la jahat sangat SPRM buka kertas siasatan.
Kesian Najib kena tuduh bukan-bukan. 
Adilnya undang-undang Malaysia. Takdir. Takdir.



Ameno World

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena