Tuesday 23 February 2016

Chegubard - Serangan terbuka Azmin untuk melemahkan PH..."Alihkan tumpuan berhubung dakwaan isu tender terbuka balak"?

Selasa, 23 Februari 2016

Serangan terbuka Azmin untuk melemahkan PH- Chegubard

 | February 23, 2016
Ia bagi mengalihkan tumpuan berhubung dakwaan isu tender terbuka balak kepadanya baru-baru ini.
Badrul Hisham Shaharin
PETALING JAYA: Serangan terbuka yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertujuan untuk mengalih tumpuan berhubung isu tender terbuka balak baru-baru ini.
Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seumur Hidup, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.
Chegubard mendakwa serangan terbuka yang dibuat oleh Azmin terhadap Guan Eng adalah demi kepentingan politik peribadi kartelnya dan ia juga bukan pertama kali dilakukan.
“Umum tidak harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR) dan termasuk dia menggerakkan kartelnya menyerang presiden dan keluarga dalam media.
“Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka?,” soalnya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, serangan terbuka Azmin bukan sesuatu yang pelik kerana ‘anak angkat’ kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah watak yang sengaja menghulurkan tangan kepada PAS yang memang semakin jelas bersama UMNO di samping menidakkan kewujudan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
Dia juga menyifatkan teguran dan pandangan itu sengaja dibuat secara terbuka tanpa melalui struktur Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu kerana niatnya adalah untuk mengalihkan isu dan melemahkan ikatan PH.
“Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang,” tegasya.
Semalam, Guan Eng melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan secara terbuka oleh Azmin mengenai pemecatan dua Adun PKR, Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Guan Eng berkata, selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan PH dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campur tangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena