Monday 15 February 2016

Syabas, 'Diam-diam ubi berisi'! 5 Prof Tokoh Akademik & 1 bekas PTD sertai AMANAH.

Isnin, 15 Februari 2016

6 Tokoh Akademik Sertai AMANAH

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom bersama lima lagi tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.

Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.

Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh akademik yang lain.

“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada pemberita.

Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.

Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.

Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof  Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan.

Anuar berkata, akan ada lagi tokoh-tokoh akademik yang akan menyertai Amanah secara berperingkat.

“Ini merupakan gelombang kedua kemasukan tokoh-tokoh penting ke dalam Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September lalu dan ada lagi yang akan membuat pengumuman menyertai Amanah,” katanya. -MD

2 ulasan:

omar daud berkata...
Salam:
Diam-diam ubi berisi,syabas,buat kerrja,insyallah dgn izin allah,suatu hari nanti "Amanaah akan mengantikan umno/pas,dan menjadi payong untuk orang2 melayu dan rakyat malaysia umumnya.

teruskan usaha.

sekian.
tanya sama itu hud hud berkata...
Yg berpelajaran tinggi pilih amanah,
Yg taksub melulu pilih pas..
Ingat pas,ingat umno,mca,mic
Hehehe

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena