Wednesday 23 March 2016

Mengapa PAS tidak dijemput? "Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…"

Rabu, 23 Mac 2016

TERKINI Berita Hari Ini !!!

"RASUAH - Najib Razak Kawal Segala Siasatan" -Transparency International

Setiap hari nama MALAYSIA semakin 'harum' di mata dunia sejak Najib Rosmah menerajui negara.

MALAYSIA Bawah Najib:
No.2 Rasuah global - TIME
No.3 Terburuk skandal rasuah - FP
No.5 Aliran wang haram - GFI

Sudah pasti penyokong Najib bangga, kembang kempis hidung & bontot mereka...

PAS tidak dijemput kerana terlalu bercanggah – Zaid

Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:22 PTG

KUALA LUMPUR: Sikap PAS terlalu bercanggah dengan kenyataan mereka maka tidak membolehkan parti Islamik itu menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’, kata bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

“Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…dimana Islamik-nya? Hari ini mereka mahu hudud, esok mereka kata tangguh dahulu…sebagai sebuah kumpulan reformasi, kita tidak boleh terima politik seperti itu. Lebih baik bagi saja PAS pada UMNO,” kata Zaid.

Beliau juga menambah perikatan pembangkang kurang beban dan lebih bersih tanpa pembabitan PAS.

Katanya, PAS tidak sepatutnya meliang-liuk dalam isu-isu besar seperti hudud dan demokrasi, serta menambah, “Samada kamu lawan penyelewengan atau tidak. Mereka (PAS) kata mereka lawan penyelewengan tetapi menyokong Najib (Razak) dan BN. Mereka kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak mahukan hudud, tetapi kemudian mereka bekerjasama dengan (IKATAN). Mereka tidak keruan.”

Walaubagaimanapun, dua pemimpin PAS iaitu ADUN Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, akan tampil dalam acara tertutup Kongres Rakyat yang dianjurkan Zaid pada 27 Mac depan.

“Husam dan Mahfuz masih dalam PAS untuk alasan strategik. Saya berpuas hati dengan pandangan mereka,” kata Zaid

Husam, katanya, mewakili kumpulan sederhana dalam PAS yang melawan BN.

“Saya menjemput mereka bukan kerana mereka daripada PAS, tetapi kerana pandangan mereka. Saya mahu pemimpin yang mampu menuturkan pemikiran mereka secara jelas,” katanya.

Begitu juga dengan S Ambiga, katanya, yang dijemput atas dasar individu, dan bukan kerana beliau sebahagian daripada Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih).

Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lepas. Deklarasi itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan reformasi politik.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena