Pages

Wednesday, 31 August 2016

Ironi tugu banjir Kelantan, kenapa nampak macam kayu balak? Kita belum lupa lagi 'Tragedi Banjir Besar Kelantan'.

Khamis, 1 September 2016
Image result for Gambar tugu banjir kelantan

84 kilang proses kayu balak haram kaut jutaan ringgit di Kelantan?

balak 1
Jabatan Perhutanan Kelantan percaya ada 84 kilang Industri Hiliran di Gua Musang dan Kuala Krai terbabit memproses kayu balak haram membabitkan nilai berjuta-juta ringgit. - Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan

balak 2
Anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan Kelantan merampas kayu balak dan peralatan mesin di sebuah kilang di Gua Musang. – Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan
balak 3
Anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan Kelantan merampas kayu balak dan peralatan mesin di sebuah kilang di Gua Musang. – Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan
therakyatpost.com


Ironi tugu banjir Kelantan, kenapa nampak macam kayu balak?



tugu

Kita belum lupa peristiwa banjir besar Kelantan. Tragedi banjir lumpur tersebut telah membuat seluruh negara bertungkus-lumus menghantar bantuan setelah mendengar khabar air bahnya itu naik sehingga pucuk pokok getah.
Kita belum lupa gambar-gambar yang dihantar dari Kuala Krai, Manek Urai dan Gua Musang. Kita tidak lupa pada gambar sebuah rumah kampung boleh dihanyutkan air lalu tersangkut di atas sebuah rumah lain. Selain rumah, kenderaan juga kelihatan bertebaran, dipukul arus lalu terbalik dan tersadai di merata-rata.
Kita belum lupa bagaimana di Dabong, kayu-kayu balak yang dihanyutkan arus deras mematahkan jambatan, dan memutuskan laluan keretapi. Kawasan sekitarnya pula bagai padang jarak, pokok-pokok tercabut akarnya, rumah-rumah roboh, dan penduduk hanya berlindung dari panas matahari dengan sehelai kanvas.
Kita belum lupa bagaimana di Kuala Krai, berbulan-bulan orang meninggalkan pakaian untuk mangsa-mangsa banjir, yang akhirnya menjadi masalah sampah bertimbun, menambah kepada sampah-sampah sedia ada, berupa perabot dan perkakas yang bersalut lumpur, setelah ditenggelami air sehingga ke atap rumah.
Kita belum lupa bagaimana di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, rumah-rumah hilang lantai, dan diisi selut dan lumpur berkaki-kaki tebalnya. Belum campur rumah yang tercabut dari tiang dan tercampak ke sungai, serta sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk setempat. Jenuh mereka memulihkan diri, setelah pisau menoreh getah dihanyutkan air lalu mereka hilang ikhtiar hidup.
Kita belum lupa bagaimana lori-lori balak masih lagi keluar masuk, di laluan Gua Musang, melintas di hadapan khemah-khemah mangsa banjir, menerbangkan debu selut lumpur yang dihirup rakyat Kelantan selama berbulan-bulan lamanya.
Kita juga belum lupa sumpah seranah penduduk Kelantan terhadap kerajaan negeri, yang tiada berdaya menguruskan tragedi itu, sehingga terpaksa meminjam khidmat ‘Menteri Besar Swasta’ Datuk Husam Musa, dengan gabungan-gabungan NGO yang membina semula rumah dan memindahkan perkampungan ke kawasan yang lebih selamat.
Kita belum lupa bagaimana pada waktu itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang terkepit-kepit menghayun kayu golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama nun jauh di Hawaii, sebelum bergegas pulang setelah air banjir surut.
Kita belum lupa semua ini, meski tragedi banjir Kelantan telah jauh berlalu dan debu lumpurnya sudah dibersihkan.
Kita belum lupa tragedi ini, yang disifatkan ramai pihak sebagai simbolisme penyucian Tuhan, sebelum Kerajaan Negeri pimpinan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri Wan Ismail Golok itu.
Kita belum lupa bagaimana kerajaan negeri kemudiannya dimaki hamun, setelah timbul gambar-gambar hutan dijarah khazanah balaknya, dan penguasa saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri, dan kemudian bertindak menyalahkan DAP.
DAP juga belum lupa bagaimana bantuan yang ditawarkannya disambut dengan masam muka. Dituduh masuk ke rumah orang tidak melalui pintu, tetapi dari ruang tingkapnya. Usaha Impian Kelantan kemudian didakwa menjadi jarum si parti nyamuk yang mahu cuba merampas kuasa. Makanan dan minuman yang dibawa, ditinggalkan di tepi jalan, kerana bersumberkan DAP.
Kita belum lupa semua ini.
Maka kita tidak mengerti apa sebabnya perlu ada tugu untuk memperingati tragedi malapetaka banjir lumpur yang telah meragut nyawa dan harta benda rakyat Kelantan.
Kita tambah tidak mengerti kenapa tugu yang bentuknya hanya sekadar satu tiang dengan arca wau bulan itu memakan belanja RM60 ribu? Dan kenapa pula bentuknya begitu? Nampak macam kayu balak.
Sepatutnya bentuk yang sesuai dijadikan tugu ialah khemah kanvas, kereta hancur dan rumah terbalik, disusun elok-elok sebagai arca buat mengingatkan kita tentang berapa lama rakyat Kelantan terpaksa merana menghirup angin lumpur, dan berhujan panas tanpa tempat tinggal.
Sebenarnya Kelantan tak perlukan tugu untuk mengenang banjir besar tersebut. Cukuplah dengan merenung bendera PAS, maka kita akan terkenang malapetaka yang disangka penyucian sebelum laksana hudud itu. – Roketkini.com

[Video] 'Najib tak boleh jawab mana hilang dana RM14b 1MDB'...“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia.

Khamis, 1 September 2016

TU DIA !!!
Media antarabangsa sebut dgn nyata. Malaysian Official 1 a.k.a. #MO1 itu NAJIB !!!

Kenapa sini susah sangat nak namakan siapa MO1?

Kalau berita tersebut satu tuduhan palsu, BERANIKAH NAJIB mahupun KERAjaan M'sia nak saman media a'bangsa tersebut !!!



“Kerajaan pencuri”: Sudah tiba masa Najib bersihkan nama Malaysia

LKS Malaysia
KOTA KINABALU, 30 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab membersihkan nama Malaysia yang dicemari julukan negara kleptokrasi berikutan pendedahan kecurian berbilion dolar Amerika melibatkan 1MDB dan individu bergelar Malaysian Official 1 (MO1).
Tambah menyedihkan, selain dinobat sebagai negara kleptokrasi terbesar peringkat global, kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional (BN) gagal melakukan sebarang usaha untuk membersihkan nama negara.
Persoalannya, di mana dan mengapa agensi penguatkuasaan dan penyiasatan tidak berusaha untuk membersihkan semula nama negara yang terpalit dengan skandal terbesar peringkat global itu?
Namun, apa yang menakutkan kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ialah sikap lepas tangan Najib dan kerajaan Malaysia seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan tanda tanya kepada kita rakyat Malaysia, adakah kita sedia untuk dibeban dan dipalit dengan semua kotoran akibat kleptokrasi global ini?” soalnya ketika berucap dalam Forum Polisi anjuran DAP Sabah.
Kata beliau, hanya dalam sekelip mata sahaja Malaysia menjadi negara kleptokrasi global dan terpaksa menanggung aib apabila berada di salah satu tangga teratas negara paling korup di dunia khususnya dengan pendedahan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset melibatkan 1MDB sebanyak AS$1 bilion.
“Adalah menjadi tugas Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri untuk membersihkan nama Malaysia dari julukan negara kleptokrasi global.
“Saya faham Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan hadapan yang mana beliau sudah menghadirinya empat kali sejak April 2009 bercakap mengenai cadangannya tentang ‘Gerakan Global Moderat’, yang bukan sahaja telah gagal di peringkat antarabangsa, malah juga gagal dalam negara,” ujar Kit Siang. – Roketkini.com

[Video] Lelaki dirasuk 'Hantu Pokemon'...Dulu Malaysia aman, kini bencana!

Rabu, 31 Ogos 2016


Image result for Gambar tangkap MO1 Tangkap Pokemon

Dulu Malaysia aman, kini bencana, kata Muhyiddin

Katanya, jika keadaan ini berterusan Malaysia akan menjadi negara gagal dengan khazanah dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi berfungsi dengan baik.

muhyiddin,malaysia

PETALING JAYA: Sebelum ini Malaysia terkenal sebagai model negara membangun yang aman, stabil dan maju tetapi kini berdepan bencana, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata apa yang rakyat mahukan sekarang ialah kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan berpendapatan mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup serta peluang pekerjaan baharu diwujudkan.

Sehubungan itu, katanya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik perlu bersama-sama menyelamatkan negara daripada kemusnahan dan kegagalan yang akan menjejaskan kehidupan. “Tatkala rakyat sedang dihimpit masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanjakan secara boros.

“Malah, perdana menteri yang diamanahkan menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikit pun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Muhyiddin berkata situasi pada hari ini amat mengecewakan rakyat dan ia bukanlah sesuatu yang didambakan rakyat.

“Rakyat mahu gejala rasuah diperangi habis-habisan, kemiskinan dihapuskan, kualiti pendidikan ditambah baik, kebebasan rakyat dipelihara, mereka mahukan sebuah kerajaan yang jujur, amanah dan berintegriti,” katanya.

Katanya, beliau bimbang jika keadaan ini berterusan Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal dengan khazanah negara dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.

“Ini bencana besar yang kita tidak pernah terfikir akan menimpa Malaysia. Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi negara bermaruah dan dihormati dunia,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menyerahkan pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam isu perbelanjaan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Balai Polis tutup pintu pada malam...'Bimbang keselamatan' katanya?

Rabu, 31 Ogos 2016

KAH !!.. KAH !!.. KAH !!..

Disebabkan NEGARA MASIH AMAN lah balai polis tutup waktu malam...

ONLY IN MALAYSIA !!!

KAH !!.. KAH !!.. KAH !!..

Bimbang keselamatan, balai polis tutup pintu pada malam

 | August 30, 2016
Saiful Bahari berkata, masih ada anggota polis yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat aduan, pintu pagar akan dibuka.
ACP Saiful Bahari
PETALING JAYA: Pintu pagar Balai Polis Lanang di Sarawak terpaksa ditutup menjelang waktu malam demi keselamatan anggota dan balai berkenaan.
“Bagaimanapun, masih ada anggota yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat aduan, mereka barulah buka pintu,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah yang dipetik See Hua Daily News, semalam.
Adun Bukit Assek, Irene Chang meminta polis meneliti aduan orang awam yang Balai Polis Lanang tidak dibuka 24 jam sehari, selepas seorang orang awam tidak dapat membuat laporan polis berkaitan kecurian motosikalnya pada jam 5.30 pagi, baru-baru ini, kerana balai itu dianggap tutup berdasarkan keadaannya yang gelap dan hanya lampu di pintu pagar bernyala.
Disebabkan itu, Irene berkata, pengadu tidak berani masuk ke dalam balai berkenaan, sebaliknya pergi ke Balai Polis Central di pusat bandar untuk membuat laporan.
Saiful Bahari berkata, sebelum ini ada pemandu kereta mabuk melanggar pintu pagar balai polis itu dan penjenayah yang berdiri di luar pintu pagar melontar batu ke arah balai polis.
Selain itu, ada juga individu yang membaling mercun ke kawasan lapang balai berkenaan.
Beliau berkata, bangunan menempatkan Balai Polis Lanang adalah kediaman pegawai di dalam kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Bangunan itu sudah berusia 40 tahun, pencahayaan lampu di bangunan lama juga tidak terang, ditambah lampu jalan yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan gelap (di balai),” katanya.
Beliau berkata, Balai Polis Lanang dibuka pada 2004 bagi memudahkan penduduk Lanang dan kawasan sekitar.
Sejak Januari tahun ini sehingga Ahad lalu, sebanyak 3,320 laporan diterima Balai Polis Lanang.

[Video] Husam pilih jersi 'oren', ucap selamat tinggal jersi 'hijau'.

Rabu, 31 Ogos 2016


Husam announce he was joining Amanah party after he was expelled  from Pas.



Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
6 jam
Pemuda AMANAH Nasional melancarkan Program Jelajah Dedah untuk memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu 1MDB. Mereka akan menjelajah ke seluruh negara bertemu masyarakat.

[Video] 'PAS 'goyang kaki' perintah Kelantan, AMANAH minta izin ambil alih'.

Rabu, 31 ogos 2016

Image result for Tugu peringatan banjir kuala krai
Image result for Tugu peringatan banjir kuala krai
Tugu peringatan banjir dibina di Kuala Krai

 Oleh Azman Mahmood bhkb@bh.com.my

MENTERI Besar Datuk Ahmad Yaakub menandatangani plak pada majlis perasmian Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai, Kuala Krai, hari ini. - Foto Fathil Asri

KUALA KRAI: Bagi mengingati kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada akhir 2014, kerajaan negeri membina sebuah Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai. 

Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakub, berkata tugu yang dibina di Guchil itu juga akan menjadi sumber maklumat bagaimana kesusahan penduduk menghadapi bencana bah kuning yang terbesar dalam sejarah banjir di negeri ini selain sebagai produk pelancongan. 

Beliau berkata, monumen itu juga secara tidak langsung sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak termasuk kepada kerajaan Pusat, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, orang perseorangan dan semua yang terbabit membantu mangsa banjir dan menjalankan program pemulihan banjir. 

"Pembinaan tugu ini diharap menjadi satu kenangan peristiwa banjir besar yang dikenali sebagai bah kuning untuk selama-lamanya. Tugu ini juga lambang kerjasama semua pihak dan bukti keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu rakyat Kelantan ketika menghadapi musibah itu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian tugu berkenaan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK). 

Mengenai pembinaan rumah mangsa banjir, Ahmad berkata, sehingga kini kerajaan negeri sudah menyiapkan 68 peratus iaitu lebih 360 unit rumah. 

"Hanya di Gua Musang yang belum mula kerana ada kaitan dengan infrastruktur yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Projek yang sedang berjalan ada yang akan siap akhir tahun ini dan tahun hadapan," katanya.

www.bharian.com.my

[Video Sambutan Merdeka hanyalah sambutan ulang tahun UMNO] MERRRDEKA! Apalah ertinya...Jika maruah bangsa diragut pemimpin sendiri?

Rabu, 31 Ogos 2016

RENUNGAN DIHARI MERDEKA...

Rakyat yang berjiwa merdeka, bermaruah dan patriotik ialah rakyat yang melaksanakan amanah mempertahan hak-hak miliknya agar tidak dirampas oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh pemimpinnya sendiri.

Dalam kata lain, rakyat yang merelakan haknya dicabul, hasil mahsulnya dirompak, kebebasan hakikinya dibelenggu dan maruah negaranya diperlekeh di mata dunia sebenarnya menderita penyakit jiwa hamba dan gagal melaksanakan amanah mengisi kemerdekaan yang diwariskan generasi pendahulu.


Maruah bangsa diragut pemimpin sendiri


Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-59 tanah air tercinta, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat seluruh saudara senegara.
Tarikh bersejarah 31 Ogos 1957 adalah detik penting untuk sama-sama kita syukuri dan hayati. Sesungguhnya harga kemerdekaan amat mahal tidak ternilai.
Tidak sedikit darah dan air mata perjuangan mengalir sepanjang empat abad perjuangan pembebasan tanah air ini, yang dicatat sejarah seawal abad ke-16 dengan Perang Melaka - Portugis.
Dengan semangat keinsafan yang penuh kesyukuran ini, marilah kita bermuhasabah dan pertanyakan dengan ikhlas: Sejauh manakah kita - sebagai warganegara - telah setulennya melaksanakan amanah dan tanggungjawab mengisi kemerdekaan dan pembinaan negara yang bebas lagi berdaulat?
Kemerdekaan amat berkait dengan kebebasan dan misi pembebasan.
Dalam tradisi Islam seperti yang dibahaskan para ulama dalam perbicaraan berkaitan konsep hurriyyah, kemerdekaan merupakan lawan kepada perhambaan.
Namun lebih daripada itu, rajulun hurrun (insan yang bebas menurut tafsiran ulama) bukan sekadar bermaksud bebas daripada cengkaman sebagai hamba abdi, bahkan bebas sering digandingkan dengan kalimah karim yang bermaksud kemuliaan.
Justeru al-hurr al-karim membawa konotasi bahawa seseorang itu bukan sekadar perlu merdeka daripada perhambaan, tetapi mestilah hidup mulia dengan penuh kehormatan seperti disimpulkan oleh Hashim Kamali sebagai "a true gentleman, a person who is pure in his human dignity, a person of integrity possesing a free conscience unrestrained by material considerations".
Dalam erti yang setulusnya, kemerdekaan turut berkait rapat dengan maruah dan kehormatan, baik maruah insaniah sebagai individu mahupun maruah sebuah bangsa dan negara.
Pertahankan hak agak tak dirampas
"Give me liberty, or give death!" adalah ucapan masyhur pejuang kemerdekaan Amerika Syarikat, Patrick Henry yang menggambarkan betapa orang sanggup mati bagi menghirup udara kebebasan dan demi sebuah hidup bermaruah!
Di Uruguay, slogan kemerdekaan dengan makna seerti - "Libertad o con gloria morir"- diabadikan dalam bait lagu kebangsaannya.
Dalam hubungan ini, pejuang kemerdekaan tanah tumpah darah kita sendiri membuktikan kesanggupan mempertahankan maruah negara, agama dan bangsa dengan nyawa.
Namun dalam era pascakolonial, maruah bangsa seperti yang diamati oleh Syed Hussein Alatas bukan lagi dibelenggu dan diragut penjajah asing, tetapi dek pemimpin bangsa sendiri yang bermakar siang malam untuk menipu rakyat dan merompak khazanah negara.
Walhasil, rakyat yang berjiwa merdeka, bermaruah dan patriotik ialah rakyat yang melaksanakan amanah mempertahan hak-hak miliknya agar tidak dirampas oleh sesiapa pun, apatah lagi oleh pemimpinnya sendiri.
Dalam kata lain, rakyat yang merelakan haknya dicabul, hasil mahsulnya dirompak, kebebasan hakikinya dibelenggu dan maruah negaranya diperlekeh di mata dunia sebenarnya menderita penyakit jiwa hamba dan gagal melaksanakan amanah mengisi kemerdekaan yang diwariskan generasi pendahulu.
Dalam sejarah, misi pembebasan daripada jiwa hamba dan penyerahan abadi kepada Sang Firaun menjadi misi besar Nabi Musa ke atas kaumnya Bani Israil.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, dan Kami perintahkan kepadanya: ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap gelita kepada cahaya terang-benderang, dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah." (ayat 5: Surah Ibrahim)
Hakikatnya, Islam merupakan agama yang membawa misi tahriri-tanwiri(pembebasan dan pencerahan), membebaskan manusia daripada pengabdian sesama manusia dan mencerahkan mereka daripada gelap gelita kezaliman, pada bila-bila masa dan di mana sekalipun.
Keluarkan negara dari kemelut
Pengajaran sejarah jatuh bangun tamadun dan peradaban seharusnya mendidik kita untuk mempertahankan bermati-matian maruah kemerdekaan kita.
Omong-omong berbaur ugutan bahawa perjuangan menuntut maruah dan hak kebebasan yang dijamin hanya membawa kepada silang sengketa, api permusuhan dan kucar-kacir hanya lahir dari pemikiran despotik dan politik desperado warisan penjajah.
Bahkan sebaliknya, yang membikin ribut dan mencetuskan resipi huru-hara dalam negara yang akhirnya menjurus kepada political decay ialah kegagalan urus tadbir negara, tercemarnya kedaulatan undang-undang dan tercabutnya akauntabiliti antara pemerintah dan rakyat.
Atas keinsafan inilah, Abim menyeru seluruh saudara setanah air agar berganding bahu dan bermuafakat mengeluarkan negara daripada kemelut menyesakkan nafas kemerdekaan dan udara keharmonian yang seharusnya dinikmati oleh setiap individu merentas etnik, agama dan kecenderungan.
Marilah kita bersama-sama - dengan jiwa merdeka dan semangat baru - mengangkat kembali maruah negara yang kian tercemar dan membina masa hadapan dalam bingkai kesatuan Bangsa Malaysia yang kita dambakan.
Ayuhlah generasi muda, kita menjayakan fasa baru pembinaan Bangsa Malaysia dengan pemikiran dan sikap yang lebih rasional-inklusif dan tatacara hidup berpaksikan nilai, prinsip dan etika yang bakal melambangkan realiti sebenar keluhuran akal budi pencinta negara bertuah ini.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-59.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
Malaysiakini.

Apa nak jadi Malaysia ada kabinet 'mangkuk hayun'... #YANGDEGILsilapangkahBN.

Rabu, 31 Ogos 2016
Krikk..!!! Krikk..!!! Krikk..!!!

"Banyak AGENDA saya yang belum selesai..." -Najib Razak, 4/6/2015

"Saya juga boleh pimpin negara 22 tahun" -Najib Razak, 18/5/2015.

#YANGDEGILsilapangkahBN

Apa nak jadi Malaysia ada kabinet 'mangkuk hayun', kata Mahfuz

Menteri Kewangan 2 Datuk Johari Abdul Ghani digelar 'mangkuk hayun'  oleh seorang ahli parlimen Pas kerana menyalahkan pihak pengurusan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ekoran skandal kewangan yang melanda syarikat milik kerajaan itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata,  Artikel 117 MAA (Memorandum & Artikel of Association)  1MDB jelas menetapkan, semua keputusan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta perkara yang boleh memberi kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat persetujuan bertulis seorang Perdana Menteri.
"Yang saya hairan macam mana Datuk Johari yang berlatar belakang seorang akauntan boleh sekadar menyalahkan pihak pengurusan dalam isu skandal 1MDB.
"Takkan Datuk Johari tak baca artikel 117 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri dengan semua keputusan pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz OmarJohari  selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Cheras menyebut "semua yang berada dalam pengurusan 1MDB tidak bertanggung jawab".
Johari menggelarkan pengurusan 1MDB sebagai 'mangkuk hayun' yang menyebabkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tercalar.
Dalam hal ini Mahfuz berkata, sebarang keputusan dan tindakan pengurusan yang berkaitan artikel 117 perlu mendapat persetujuan bertulis Perdana Menteri dan menteri kewangan iaitu Najib.
"Adakah Datuk Johari bermaksud PM hanya beri kelulusan bertulis sahaja bila diminta oleh pihak pengurusan, sedang dia tak tahu apa-apa sewaktu menandatangani persetujuan tersebut?
"Gaya pentadbiran Malaysia ialah PM dan Menteri tak perlu tahu apa-apa. Cukup dengan kebolehan tanda tangan apa saja kertas yang dihulurkan pada mereka.
"Jika ada masalah salahkan pengurusan yang tak bertanggung jawab. Pengurusan 'mangkuk hayun'.
"Malang bagi Malaysia setelah 59 tahun merdeka memiliki Kabinet 'mangkuk hayu'n yang terdiri daripada PM dan menteri' mangkuk hayun'," ujarnya.

Terpalit Rasuah RM15 juta Bank Rakyat 'Tan Sri' direman! Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?

Rabu, 31 Ogos 2016
"Tanamkan semangat patriotik kpd negara. Selamat Hari Kebangsaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka! #SehatiSejiwa" -Najib Razak, 31/8/2016.

31 Ogos sambutan kemerdekaan... rakyat dikerah kibar bendera.. tanda semangat patriotik terhadap negara..... Marilah bersama Jeneral Bersara dan kepimpinan AMENO untuk kibarkan bendera...

Krikk.. Krikk.. Krikk.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/31/terpalit-rasuah-ini-bukan-skandal-pertama-landa-bank-rakyat/

Satu Tan Sri pengerusi bank ditahan SPRM. Akaun peribadi hampir RM1 juta.

Kenapa satu Dato' Sri MO1 pengerusi 1MDB yg miliki akaun berbilion tak ditahan?

SPRM, AWAK KAT MANA !!!

Terpalit rasuah: Ini bukan skandal pertama landa Bank Rakyat

 | August 31, 2016
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, bersama dua lagi pegawainya.
Abdul-Aziz-Zainal1
PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan RM15 juta baru-baru ini, bukan skandal pertama melanda bank itu.
Pada 1977, pengerusi bank pada masa itu, Datuk Seri Harun Idris dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah, menurut laporan di The Star.
Aziz, 65, ialah salah seorang daripada 3 kakitangan bank itu yang disoal siasat berhubung siasatan kes kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem bank berkenaan.
Hampir RM1 juta wang dalam akaun bank Aziz turut dibekukan sementara kes itu masih disiasat.
Harun, bekas menteri besar Selangor ditahan dan didakwa bersama pengarah urusan bank itu, Abu Mansor Basir dan pengurus besar Ismail Din.
Mereka dituduh memalsukan minit mesyuarat dengan tujuan menipu bank dengan mencagarkan sahamnya kepada First National City Bank (kini Citibank) bagi mendapatkan surat pinjaman untuk Tinju Dunia Sdn Bhd menganjurkan pertarungan Muhammad Ali vs Joe Bugner, menyebabkan Bank Rakyat kerugian RM7.9 juta.
Pada 1977, Mahkamah Tinggi memerintahkan Harun dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM15,000 kerana bersubahat dalam kesalahan pecah amanah, lapor The Star.
Abu Mansor dijatuhi hukuman 2 tahun penjara sementara Ismail dipenjarakan setahun.
Pada tahun sama, Mahkamah Persekutuan memperkukuhkan sabitan dan meningkatkan hukuman penjara Harun kepada 4 tahun, Abu Mansor kepada 3 tahun penjara tetapi mengurangkan hukuman penjara Ismail kepada sehari dan denda RM10,000.
Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu.
Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta.
Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman dan juga ketidakjujuran, lapor The Star.