Tuesday 20 September 2016

#Bersih 5 ‘Kaki ke atas, kepala di bawah’ - Maria mulai bimbang...

Selasa, 20 September 2016
Kita rakyat Malaysia mempunyai HAK untuk bersuara dan berhimpun secara aman..#BERSIH5


Mereka yg membantah terhadap #Bersih5 ni adalah ahli UMNO dan NGO yg sentiasa harapkan belas ihsan agar diberi dedak demi kelangsungan hidup kerana mrk mls berfikir.

BERSIH 5 berhimpun membantah tidak berasas bangsa tetapi rakyat Malaysia yg berbilang kaum.

Itu pun kerana apa? Kerana MO1 dan pimpinannya.

RAKYAT BUKAN SAJA DIBEBANI DGN KOS HIDUP TETAPI DIBOHONGI DGN PENYELEWENGAN SEHINGGA RAKYAT DIMALUKAN OLEH NEGARA LUAR

‘Kaki ke atas, kepala di bawah’ - Maria mulai bimbang


Image result for Gambar himpunan bersih


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui bahawa beliau kini bimbang dengan keselamatannya.
Ini berikutan laporan blog Free Malaysia Today pada Rabu lalu yang memetik seorang pesara tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju,sebagai berkata “kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah” dan Maria “tidak akan berjalan di atas bumi”.
Maria bagaimanapun berkata beliau tidak menerima sebarang ancaman bunuh secara peribadi tetapi sebaliknya melihat ugutan yang dikatakan itu di Twitter.
"Saya bimbang tentang keselamatan peribadi saya, juga keluarga saya, ahli-ahli jawatankuasa pemandu, kerana kami adalah sebahagian daripada BERSIH.
“Kita tidak boleh menghalang mereka, tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.
"Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?" katanya kepadaMalaysiakini selepas sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sedang menyiasat Mohd Ali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.
Sementara itu, Maria turut ditanya mengenai pelbagai laporan polis yang dibuat ke atasnya dan BERSIH.
"Apa yang BERSIH perjuangkan bukannya mengganggu-gugat negara," katanya.
Mengenai kemungkinan himpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini ‘memakan diri’ dan meningkatkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Maria berkata ia adalah risiko yang perlu diambil.
"Sama ada kita berjaya atau tidak, kita harus cuba....
"Sama ada kita akan meningkatkan populariti Najib, secara serius, pada penghujung hari, rakyat Malaysia sendiri perlu membuat keputusan siapa yang mereka mahu sebagai kerajaan, jadi mereka perlu mengundi pada pilihan raya," katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

Adam said...

Assalamulaikum Admin,

Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena