Pages

Wednesday, 16 November 2016

[Video] Hahaha! Get ready guyz, skuad biru (topi merah?) akan keluar. Tak mandi darah, mandi air (air gatal?)! Padan muka Jamal, kata Wanita MCA & 'Darah akan dibayar darah' Jamal disiasat?

Rabu, 16 November 2016

Hahahahaha ....
Get ready guyz ...
Here comes the "RAIN SHOWER" 
😂😂😂

Image result for Jamal hidung berdarah

KPN akan panggil Jamal siasat kenyataan 'Darah akan dibayar darah'

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos akan dipanggil untuk disoal siasat atas kenyataannya "Darah mesti dibalas Darah", kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, kenyataan Jamal itu boleh dianggap sebagai menghasut.
"Kami akan menyiasat perkara itu tanpa rasa takut atau pilih kasih. Beliau akan dipanggil untuk disoal siasat," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.
Pada Ahad, Jamal ditumbuk di muka semasa pergelutan berlaku antara polis dan kumpulan Baju Merah di Ampang Point.
Beliau kemudian berkata dalam laman Facebook "Darah akan dibayar dengan darah)" beberapa jam selepas pergelutan itu.
Posting itu turut disertakan dengan foto yang menunjukkan hidungnya yang berdarah.
Image result for Jamal hidung berdarah

Padan muka Jamal, kata Ketua Wanita MCA

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata adalah melucukan melihat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cedera semasa pergelutan pada Ahad lalu.
Katanya, Jamal sering-kali menyokong keganasan terhadap lawannya dan akhirnya mendapat pembalasan.
"Adalah lucu melihat seseorang seperti Jamal, yang mahu 'berperang dan pertumpahan darah' sepanjang masa, akhirnya ditumbuk di hidung.
"Kami hanya boleh kata, padan muka dia,” kata Heng dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, polis juga perlu mengambil ancaman Jamal untuk ‘mencincang’ penyerangnya secara serius kerana ini mungkin mendorong penyokongnya untuk bertindak lebih ganas lagi.
Sebagai pemimpin Umno, kata Heng, Jamal mencabuli semangat BN yang menyokong keamanan, keharmonian dan perpaduan.
"Beliau bertindak seperti pembangkang atau kumpulan pro-pembangkang yang tidak melakukan sesuatu yang konstruktif tetapi sebaliknya mewujudkan huru-hara serta menjejaskan imej BN dan negara," katanya.
Heng berkata daripada membantu, Jamal menarik perhatian dan mewujudkan simpati orang ramai terhadap "wanita yang tidak berdaya" seperti Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
"Wanita MCA ingin menggesa Jamal berhenti menakutkan orang ramai, terutamanya wanita.
“Cukuplah dengan persembahan 'kejantanannya yang angkuh' dan sudah tiba masanya untuk dia belajar," kata Heng.
Ahad lalu, Jamal dan gerakan Baju Merah mengekori mengikuti Zuraida dan penyokongnya di Ampang ketika mereka mempromosikan perhimpunan BERSIH5.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment