Pages

Wednesday, 16 November 2016

[Video parody] Jamal 'pandekar tersungkur' di Ampang Point aka 'pendekar bujang lapok'! ‘Tutup universiti awam, buka Universiti Umno’

Rabu, 16 November 2016

Like This Page · 41 mins 
 Jika samseng AMENO boleh dapat kelulusan & kebenaran dgn segera utk meninjau rumah seseorang, bagaimana jika ia melibatkan nak tinjau istana yg didakwa milik Ketua Polis Negara !!!
Sama-sama kita saksikan ala-ala shooting Gerak Khas Pistol di udara..

‘Tutup universiti awam, buka Universiti Umno’

ULASAN l Semenjak semalam, 15 November 2016, seramai 3 orang cendekia telah dihukum melalui akta-akta drakonian yang menyekat hak asasi kebebasan bersuara rakyat kerana memberi pandangan dalam isu-isu melibatkan kepimpinan negara.
Pada 9 November yang lalu, seorang pensyarah daripada universiti swasta di Malaysia telah direman kerana mendedahkan salah laku kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
Saudara Jufazli direman selama tujuh hari hanya kerana menulis pendedahan tersebut di status media sosial Facebooknya.
Intimidasi terhadap cendekia ini terus berlanjutan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di mana pada Jumaat yang lalu, saya telah ditahan dengan begitu kasar sehingga digari hanya kerana ingin mempromosi himpunan bersih yang telah dijanjikan hak untuk berhimpun di dalam Perlembagaan Malaysia.
Penahanan ini juga merupakan satu pencabulan hak untuk bersuara apabila saya ditahan sejurus selepas saya mengucapkan perkataan "Assalamualaikum".
Kes terbaru adalah semalam apabila saudara Asheeq Ali telah dihukum gantung satu semester dan denda RM200 oleh pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) gara-gara menyertai himpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu.
Kes ini yang membuatkan mahasiswa bingung, apa sebenarnya fungsi cendekia di dalam negara sebenarnya?
Walaupun AUKU selepas pindaan 2012 memperuntukkan bahawa mahasiswa boleh berpolitik di luar kampus, namun hukuman tetap menanti mahasiswa yang kritikal dengan polisi-polisi pemerintah.
Kalau tidak dikenakan kes polis, cendekia ini akan tetap mendapat habuan AUKU di universiti masing-masing.
Saya ingin mempersoalkan di mana peranan cendekia ini di mata kerajaan BN?
Sekiranya peranan cendekia ini penting sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan seperti yang sering digembar-gemburkan, apakah jaminan bahawa kerajaan tidak menghukum cendekia yang memberi idea kritikal terhadap polisi-polisi kepimpinan BN?
Saya juga mendesak, selepas tiga kes terbaru ini, agar AUKU itu dimansuhkan kerana dengan jelas telah menyekat peranan cendekia untuk memberikan pendapat yang bercanggah dengan visi pihak pemerintah walaupun mungkin ianya baik untuk keseluruhan rakyat Malaysia.
Sekiranya Kerajaan masih gagal memberikan jaminan kebebasan bersuara dan memansuhkan AUKU, saya menyarankan agar pentadbiran BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menutup semua universiti yang ada di Malaysia dan menubuhkan hanya satu universiti iaitu Universiti Umno, agar peranan cendekia yang dilahirkan oleh universiti awam tidak dibazirkan.
Cendekia di bawah Universiti Umno hanya akan menyuarakan betapa bagusnya polisi dan dasar kerajaan serta akan menyeru rakyat bersangka baik walaupun skandal dan rasuah didedahkan kepada masyarakat umum.

Ashraff Nazrin, Aktivis Mahasiswa, Gabungan Tangkap MO1
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment