Pages

Wednesday, 16 November 2016

[Video] Tun M: Malaysia Perlu PM Utamakan Kebajikan Rakyat Bukan Pencuri Duit Seperti Najib !! Sibuk dengan harta orang lain, beranikah Jamal isytihar hartanya?

Khamis, 17 November 2016

slide1

Sibuk dengan harta orang lain, beranikah Jamal isytihar hartanya?


lipeng__

Ketua UMNO Sungai Besar merangkap pemimpin samseng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos sememangnya berhak untuk menyewa helikopter dan mengambil gambar apa sahaja kawasan, termasuk banglo Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang; kecuali kawasan-kawasan larangan kerajaan.
Tindakannya tidak menyalahi undang-undang. Ini sama sahaja dengan tindakan DAP mendedahkan gambar-gambar dari mata burung banglo bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo yang kemudiannya mengakibatkan beliau dipenjara.
Sementara Jamal meragui kekayaan orang lain dan mengganggu kediaman peribadi orang lain dengan helikopter, media dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adakah beliau juga bersedia untuk menunjukkan kepada media banglo-banglonya, mengisytiharkan hartanya, akaun-akaun bank dan kereta-kereta mewahnya?
Adakah Jamal berani untuk berkongsi dengan orang ramai tahap pendidikannya dan bagaimana beliau berjaya mengumpul harta kekayaannya sendiri? Sekiranya beliau enggan, bolehkah kita pula melaporkan beliau supaya disiasat pihak SPRM?
Sebagai seorang yang berpangkat Datuk Seri yang kaya, Jamal juga wajar mengisytiharkan berapa banyak cukai pendapatan dan GST yang telah beliau sumbangkan kepada negara tahun lalu untuk menjustifikasi kekayaannya dan dakwaan Barisan Nasional bahawa GST hanya mensasarkan warga yang kaya dan berkemampuan.
Akhir sekali, orang ramai terutamanya para jurugambar sedang bertanya, berapa jumlah sewa yang telah dibayar oleh Jamal untuk sesi fotografi dari helikopter semalam, siapa yang membayarnya dan apalah bijaknya menggunakan helikopter sedangkan gambar yang diambil dari jarak itu semuanya kabur belaka?
Bukankah lebih jimat kos sekiranya beliau mendapatkan khidmat drone untuk mengambil gambar berkualiti tinggi pada jarak yang lebih dekat? – Roketkini.com
*Lim Lip Eng merupakan Ahli Parlimen Segambut merangkap Setiausaha DAP Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment