Thursday 26 January 2017

[Video] Donald Trump dengarkan Alquran...Bila banjir landa negeri Kelantan MBnya ke Singapura? 'Kera di hutan di susukan!'

Khamis, 26 Januari 2017

Bila banjir landa negeri MB ke Singapura serah derma, kesal Husam

Mangsa banjir yang diakibatkan oleh kegagalan kerajaan menyelenggara pembangunan mengikut pelan nduk sebagaimana perancangan asal sesuatu projek berhak mendapat pampasan.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata perkara ini jelas berlaku di keliling kawasan pembangunan Bandar Baru Tunjung.
"Banjir terakhir minggu lalu menyaksikan kampung-kampung yang tidak pernah terlibat banjir turut ditenggelami air kerana tersekat di kawasan pembinaan baru yang menimbun tanah secara sewenang-wenangnya.
"Sedangkan longkang dan parit yang sepatutnya disediakan dulu sebelum proses menambun tidak dibuat menjadikan air tersekat apabila hujan lebat," katanya.
Menurutnya, rumah-rumah yang berlaku banjir akibat proses yang tidak mengikut peraturan ini sepatutnya berhak mendapat pampasan.
"Kerajaan sepatutnya membuat penilaian terhadap perkara ini kerana rakyat menjadi mangsa kepada satu keadaan yang tidak sepatutnya mereka terlibat," katanya pada sidang media sempena program mengedar buah oren kepada penduduk di sekitar Kota Bharu sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menyantuni warga emas kaum Tionghoa di Kota Bharu.
Menyantuni warga emas kaum Tionghoa di Kota Bharu.
Program anjuran Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu bermula di perkarangan pejabat Amanah negeri dan kemudiannya bergerak ke beberapa lokasi utama yang menjadi tumpuan masyarakat Tionghua.
Rombongan dimeriahkan dengan kumpulan kertuk yang dibawa khas dari Dun Meranti, Rantau Panjang.
Antara lokasi penting adalah Pasar Pohon Pinang berhampiran stesen teksi Kota Bharu, medan selera Jalan Kebun Sultan dan medan selera Kubang Pasu.
Sementara itu, Ketua wanita DAP Kelantan Irene Tan yang bersama mengiringi pimpinan PH pada program itu menyifatkan sambutan masyarakat Tionghua sebagai positif.
"Mereka begitu gembira dapat bertemu pemimpin-pemimpin Amanah, Keadilan, Bersatu dan DAP walaupun ada yang masih kurang mengenali tokoh-tokoh yang menemui mereka.
"Ada yang terkejut apabila diperkenalkan tokoh seperti Datuk Husam dan berharap PH akan mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan," katanya.
Menghadapi situasi banjir di Kelantan, Husam turut membangkitkan sikap pemimpin negeri yang kelihatan tidak terkesan dengan masalah yang dihadapi rakyat.
"Ketika banjir hebat melanda, menteri besar Datuk Ahmad Yaacob berada di Singapura dan tersebar di media sosial beliau memberi derma kepada sebuah masjid di sana.
"Sekumpulan wakil-wakil rakyat pula berada di Indonesia dalam satu program lawatan.
"Lebih ironinya, ketika Bandar Baru Tunjong ditenggelami air dan memberi masalah kepada penduduk sekitarnya, pegawai-pegawai kanan yang mengendalikan bandar baru itu berada di Australia," katanya.
Beliau mengaitkan kejadian banjir dan lain-lain musibah akibat perubahan cuaca dunia dengan salah urus pembangunan dan penjagaan alam sekitar.
"Sekarang perbincangan mengenai cuaca yang melibatkan fenomena buruk dikaitkan dengan pemanasan global.
"Punca pemanasan global akibat dari penebangan hutan yang berleluasa yang terjadi di negara-negara yang gagal menguruskan penjagaan alam sekitar dengan baik," katanya.
Menurut beliau, penebangan hutan di Kelantan yang kini telah sampai ke tahap kritikal hingga menyebabkan kehidupan Orang Asli terancam turut menyumbang kepada fenomena global ini.


Dengan kaedaan banjir yang sedang melanda dan salah perancangan saperti yang terdapat di Bandar Baru Tunjung wajar kan Menteri Besar berkunjung ke Singapura konon nya simpati dengan sebuah masjid di sana. Ia nya seolah olah kera di hutan di susukan dengan membiarkan para penduduk di sekitar Bandar Baru Tunjung menderita!!!.
Dalam pada itu ada pula adun adun bersuka ria di Indonesia dan Australia. Mungkin kah mereka yang konon nya alim menganut agama Islam ala Melayu dan bukan sapertimana yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W. Maklum lah di Malaysia ini ramai yang menganut agama "ISLAM" saperti itu. Kalau tidak mana mungkin "ISLAM" di Malaysia merupa kan "ISLAM" adat walau pun kebanyakan mereka membaca Al-Qur'an dan Hadis. Kalau mereka faham tak kan lah mereka sanggup bersekongkol dengan parti yang terang terang melakukan kemungkaran.
Untuk para pengundi yang faham "SLAM" elak kan lah dari memberi undi kepada mereka yang sedemikian.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena