Pages

Monday, 16 January 2017

[Video] 'Dulu nampak saya macam 'syaitan', kini penduduk Felda ajak bincang' & Kenapa Aku Yakin AMENO/BN Akan Kalah Pada PRU14?

Isnin, 16 Januari 2017

Kenapa Aku Yakin AMENO/BN Akan Kalah Pada PRU14?


Ditulis oleh Raja Mohd Shahrim
Posting akan mengulas secara ringkas kekuatan dan kelemahan AMENO sebagai gabungan parti politik yang menawarkan pilihan kepada rakyat di negara ini.
Kekuatan AMENO/BN
1. Sokongan pengundi luar bandar/ Tanah Rancangan/ Sabah..
2. SPR.
Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, 114 merupakan kerusi majoriti Melayu yang mewakili 70 peratus kerusi.
AMENO menang sebanyak 85 kerusi Parlimen dan 66 diluar bandar, 14 di pinggiran dan 5 di kategori bandar.
Di Sabah AMENO/BN menang 22 kerusi Parlimen semuanya dari 25 kerusi Parlimen, so jumlah keseluruhan adalah 110 yang lain disumbang oleh MCA, MIC, GERAKAN dan sekutu di Sabah.
Ada 54 kerusi Parlimen di Tanah Rancangan Felda di seluruh negara dan sudah tradisi, sememangnya menjadi bastion (kubu) AMENO selama ini.
SPR telah mencadangkan persempadanan semula dgn ‘menghilangkan’ kerusi majmuk dan mengantikannya dengan kerusi berteraskan kaum dan mendapat bantahan di seluruh negara khasnya dari pakatan pembangkang.
Jika diluluskan kerusi dominan Melayu akan bertambah sekurangnya 20 Parlimen dan kerusi dominan Cina kekal dengan jumlah pengundinya bertambah.
Kelemahan AMENO/BN
Perpecahan sehingga wujud Bersatu dan keluarnya pemimpin yang mempunyai pengaruh di kalangan orang Melayu di Johor, Sabah dan Kedah iaitu negeri yang mempunyai pengaruh AMENO diperingkat akar umbi.
Isu melibatkan peneroka di tanah rancangan yang gagal diselesaikan dan dijangka bakal menjadi duri dalam daging sehingga PRU14 nanti.
Jika Pakatan Harapan (PH) dapat merangka strategi dan mengambil peluang berinteraksi dengan pengundi di sana, BN/AMENO bakal kehilangan kubu kuat mereka yang menjadi tunjang selama ni.
Skandal melibatkan 1MDB, kelemahan ringgit, kos sara hidup, GST adalah KEKAL dan ini akan tetap menghantui rakyat kerana tidak ada usaha jelas, kerajaan untuk menanganinya.
Kenyataan demi kenyataan Menteri, ekonomi negara terbaik, rakyat jangan bimbang, dan dakwaan apa yang berlaku adalah konspirasi jahat pembangkang, TIDAK akan menjadikan kualiti hidup rakyat meningkat tetapi hanya menaikkan kemarahan rakyat semata.
Penghapusan subsidi akan berterusan di 2017, kenaikan harga minyak didorong peningkatan harga minyak dunia juga tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat kerana peningkatan kos akibat kenaikan itu bakal ditanggung oleh rakyat.
Jumlah miskin bandar meningkat, peluang pekerjaan terhad, semakin ramai yang bakal diberhentikan kerja dan skandal rasuah dikalangan agensi kerajaan dan mereka yang dilihat kroni AMENO melibatkan ratusan juta ringgit terus menambah kebencian rakyat.
Perubahan tidak akan berlaku di bandar tetapi di luar bandar dan kawasan battle ground (medan pertempuran) sebenar yang bakal menentukan gabungan yang berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya, pertempuran ini benar benar lengkap kerana AMENO bakal berhadapan dengan ‘AMENO’ ni pemberontakan dan pemberontakan kali ni disokong oleh orang Melayu sendiri.
By 

No comments:

Post a Comment