Remaja Pandu Lawan Arus Direman 4 Hari
BUKIT MERTAJAM – Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini semalam direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan ke atas tindakannya itu yang turut meragut nyawa seorang juruteknik.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai model sambilan itu ditahan polis di tempat kejadian berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh semalam.
MYNEWSHUB
Model pandu lawan arus positif dadah
Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Mertajam semalam direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan ke atas tindakannya itu yang turut meragut nyawa seorang juruteknik.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai model sambilan itu ditahan polis di tempat kejadian berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh semalam.
Dalam kejadian pukul 7.50 pagi di Km 134, Lebuhraya Utara-Selatan itu, remaja yang memandu kereta jenis Proton Gen-2 secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi Rosli, 26.
Mohamad Fandi, juruteknik sebuah kilang di Perai yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas habis bekerja mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Beliau yang baru tiga bulan berkahwin meninggalkan isteri yang sedang mengandung.
Beliau yang baru tiga bulan berkahwin meninggalkan isteri yang sedang mengandung.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid pada sidang akhbar di sini hari ini berkata siasatan awal mendapati remaja itu memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah jenis ketamin.
"Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun hingga 10 tahun, lesennya digantung serta dia didenda dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata remaja itu memandu secara melawan arus sejauh lima kilometer sebelum melanggar kereta dipandu Mohamad Fandi dalam kemalangan yang melibatkan enam kenderaan dengan lima individu cedera.
Berdasarkan kenyataan saksi, remaja terbabit dilapor membuat pusingan U di laluan yang sama kira-kira 100 meter daripada Plaza Tol Sungai Dua dan bergesel dengan tiga kenderaan lain.
"Ketika kejadian, remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua selepas keluar berhibur di pusat hiburan di Bukit Mertajam bersama rakan-rakannya sejak tengah malam," katanya.
"Ketika kejadian, remaja itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua selepas keluar berhibur di pusat hiburan di Bukit Mertajam bersama rakan-rakannya sejak tengah malam," katanya.
Nik Ros Azhan berkata setakat ini polis telah merekod lapan keterangan iaitu daripada empat mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dan empat saksi yang melihat kejadian itu.
Tujuh laporan polis diterima berhubung dua kemalangan membabitkan remaja itu dan polis akan memanggil beberapa individu lagi untuk direkod keterangan, katanya.
- Bernama
Mkini.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...