Pages

Thursday 16 March 2017

[Video SABAH BERGEGAR LAGI! BN akan TUMBANG] Adakah PETRONAS sendiri bermasalah & terima bala skrg ini? 'Sentimen rakyat menolak Najib'! Mungkinkah PRU14 ini kelibat Najib tidak lagi kelihatan?

Jumaat, 17 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
Ternyata Pendedahan Dsai Benar..
Foto Suara Rakyat.
KENAPA syarikat gergasi negara kita PETRONAS sendiri tidak saja beli saja saham/ ambil alih syarikat penapisan tersebut ??!..
ATAU PETRONAS sendiri juga bermasalah & terima bala skrg ini ??!!
APA NAK HERAN, MACAMANA NAK BERKAT...sebabnya PETRONAS sendiri TIDAK PERNAH bayar zakat perniagaan w'pon kaut untung beratus2 bilion ringgit selama ini.
Satu persatu syarikat tempatan mahupun aset negara yg lain 'tergadai' selama Umno/Bn memerintah negara..
HIDUP UMNO !!!..

PRU14 - NAJIB MUNGKIN TIDAK TERLIBAT

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
RAMAI yang menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada September atau paling lewat Oktober ini.

Banyak agensi yang terbabit dikatakan sudah mula melakukan persiapan khasnya sebagai sarana kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memastikan PRU14 berjalan.

Malah mesyuarat-mesyuarat khas samada membabitkan KEMAS, JKM, JASA, JPP dan KRT sudah mula rancak membincangkan tentang PRU14 dan persediaan Umno- BN. Tidak terkecuali medan PIBG juga menjadi salah satu wadah kepada mereka yang berkepentingan memancing undi bagi pihak Umno.SPR ketika ini paling sibuk memastikan kelengkapan dan prasarana ke arah PRU14 lengkap dan selesai walau dalam keadaan kantung kerajaan ‘gawat’.

Sama ada ianya berjalan dalam keadaan yang ‘lancar’ dan berat sebelah, ia persepsi umum yang tidak pernah dapat ditolak SPR yang pada kebiasaannya digelar dengan pelbagai dakwaan termasuk pernah dikatakan ‘kuda tunggangan Umno’.

Sama ada persepsi itu sudah mula pudar, atau sebaliknya ianya bergantung kepada rakyat khasnya dan parti-parti politik sebagai pelanggannya. Usaha memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih sentiasa diadakan, samada dengan wacana terbuka mahupun pelbagai kaedah lain.

Membicarakan perang pilihan raya pula, Umno-BN mahupun parti pembangkang ketika ini masingmasing sedang, dan dalam proses mempersiapkan jentera berdepan PRU14. 

Perang sesama sendiri

Umno sebenarnya sedang berperang sesama sendiri.Dalaman parti nasionalis ini sedang mereput, malah tidak salah dikatakan bahawa Umno sedang meniti harihari kelamnya.

Sumber dalaman Umno menyatakan perang dalaman masih tidak selesai, pelbagai isu dibangkit dek akar umbi kerana melihat kepimpinan yang ada hari ini terlalu sarat dengan skandal, masalah dan paling ketara rasuah serta penyelewengan.

Dari isu NFC suatu masa lalu, menjelma isu Altantuya Shaariibuu, kemudian isu 1MDB yang membarah hingga kini sementara isu kemerosotan teruk kewangan Felda menjadi barah kepada Umno kerana Umno pastinya tidak mahu ‘fix deposit’ me reka di Felda terganggu kerana masalah yang sedang membelenggu konglomerat itu.

Ramai melihat kehadiran Tan Sri Isa Samad selaku orang kepercayaan Dato’ Seri Najib Razak sejak beberapa tahun lalu di Felda menjadikan syarikat perladangan itu berdepan masalah yang makin merumitkan khususnya bila aliran tunai dan aset semakin mengecil, ditambah faktor pelaburan yang langsung tidak menguntungkan.

Namun masalah membabtkan Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sentiasa tidak diselesaikan oleh Najib, sama ada ada rahsia yang dipegang antara mereka berdua menyebabkan ia terlalu akrab, mungkin umum telahpun ada jawapan mengenai rahsianya itu.

Sikap Najib mempertahankan Isa ke tahap ‘dewa’ menyebabkan ramai rimas, ditambah pula dalam kes 1MDB pula Najib terusmenerus ‘flip-flop’ tanpa menyelesaikan isu dan tanggapan umum secara tuntas atas kemelut kerugian dan pe nyelewengan yang berlaku.

Ia tidak termasuk lagi dengan isu dinginnya hubungan Najib dengan beberapa ketua-ketua kementerian tertentu malah dapat disaksikan bagaimana bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetti Akhtar Aziz ditolak ketepi akibat isu 1MDB.

Malah isu masalah sikap dan peranan Dato’ Seri Rosmah Mansor yang dianggap ‘over’ oleh sesetengah pemimpin Umno dan bawahan menjadikan rencah Najib semakin kurang disenangi akar umbi biarpun Perdana Menteri keenam itu cukup pandai mengikat Ketua-ketua bahagian Umno dengan pelbagai cara ikatan. Letak sahaja ketepi isu sentimen bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib kerana bagi rakyat yang normal, Tun Mahathir pun sama sahaja, tiada beza, bahkan Tun Mahathir adalah pemula kepada kerosakan yang berlaku di Malaysia.

Insiden 1998, pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, skandal BMF, skandal bailout pelbagai agensi dan syarikat, kronisme dan amalan rasuah juga dikatakan tumbuh melata di zaman pemerintahan bekas PM yang digelar diktator itu.

Tiada beza Najib Mahathir, mungkin hanya beza kepada isteri Mahathir tidak seperti isteri Najib yang sangat menonjolkan diri hingga terkait dengan pelbagai isu.

Sumber dalaman Umno menyebut, desakan dalaman sedang berlaku ketika ini berhubung kelibat Najib dalam PRU14. Ramai yang mahukan agar Presiden Umno itu sama ada mengakhiri kariernya pada PRU14 ini atau sebaiknya tidak sahaja me nyertai PRU14 kerana bimbang jika Umno-BN kalah kerana liabili ti yang terpaksa ditanggung dalam isu Najib.

Malah terkini dikatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN, terdapat desakan oleh parti komponen agar Najib tidak bertanding pada PRU14 ini kerana pelbagai isu yang mendampingi Najib selain sikap Najib yang dikatakan mahu mencari mileage politik dalam isu Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) yang dibawa PAS.

Najib kononnya ‘mampu’ memancing undi Melayu tetapi dalam masa yang sama keliru dengan pendekatan yang digunakan tatkala mahu mendapatkan mileage politik dalam isu terbabit, sedangkan komponen BN lain yakin bahawa PAS mempunyai agenda yang sangat jitu dalam isu RUU 355 kerana ianya adalah tuntutan PAS sejak dahulu.

Sumber menyatakan, ia merenggangkan hubungan komponen BN lain, namun Najib mahu menjadikan PRU14 ini medan yang kononnya boleh memberi kemenangan besar kepadanya.

 pendekatan, tetapi ia akan menyebabkan komponen BN lain seperti MCA, PPP, MIC dan parti pribumi di Sabah Sarawak akan bingkas menjauhkan diri.

Sekali lagi ramai melihat strategi yang digunakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya lebih ‘ampuh’ dan mendapat keyakinan serta sokongan teras pengundi Melayu bilamana Himpunan H355 menyaksikan ratusan ribu turun ke Padang Merbok, tetapi Umno dikatakan ‘gigit jari’ dalam himpunan itu dari sudut politiknya.

Sebenarnya, sama ada Najib mengizinkan RUU355 menjadi realiti atau sebaliknya, Najib sebenarnya sudah lama menjadi ‘liabiti’ kepada Umno mahupun BN. Skandal dan pentadbiran yang menjadikan rakyat mangsa keadaan menyebabkan rakyat semakin tidak selera mendengar nama Najib.

Tidak boleh dinafikan lagi, kakitangan awam juga sudah mula memberikan respon negatif dan terlalu buruk ke atas Najib hingga ramai dalam kalangan mereka dipindahkan, ditukar, dikenakan tindakan kerana dilihat memberi respon negatif dalam media sosial berhubung Najib atau pentadbirannya.

Pemberian BRIM tidak lagi mampu mengikat rakyat untuk merasai bergantung harap kepada BN khasnya Umno kerana dikala BRIM diberikan, kenaikan harga minyak, tol, dan terkini gula sementara beban GST yang membelenggu sejak dua tahun lalu menjadikan rakyat umpama ‘merempat di bumi sendiri’.

Mahu tidak mahu akar umbi Umno dan BN kini paling merasai derita berdepan sentimen rakyat menolak Najib yang dilihat keterlaluan ‘menyeksa’ rakyat dengan ekonomi tidak bangkit dari demam panjang dan ditambah seksaan kenaikan kos pelbagai.

Maka tidak mustahil desakan untuk Najib tidak bertanding pada PRU14 semakin menjadi agenda utama BN dalam memastikan mereka mampu mempertahankan pemerintahan. Segala ‘deal’ (perbincangan) boleh dan sedang berjalan bagi memastikan Najib digantikan samada dengan orang nombor duanua, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau yang lebih dekat hubungan kekeluargaan iaitu, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Maka demi memastikan ‘survival’ Najib, pastinya Najib sedang mencari regu yang lebih mudah menyimpan rahsiannya dalam menerajui kerajaan iaitu Hishamuddin yang mungkin lebih ‘perahsia’ berbanding Zahid yang pernah dikaitkan dengan Anwar.

Mungkinkah PRU14 ini kelibat Najib tidak lagi kelihatan, atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan...

DIRECTER 

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete