Sunday 5 March 2017

[Video Timeline of Ri Jong-chol's deportation to North Korea] Ri Jong-chol tuduh M'sia berkomplot burukkan Pyongyang & PDRM nafi tuduhan Jong-chol.

Ahad, 5 Mac 2017


Ri Jong-chol tuduh M'sia berkomplot burukkan Pyongyang

Ri Jong-chol, seorang suspek kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, berkata di Beijing bahawa dia menjadi mangsa konspirasi oleh pihak berkuasa Malaysia yang cuba mencemarkan maruah Korea Utara.
Ri, seorang rakyat Korea Utara, menuduh Malaysia menggunakan paksaan untuk cuba untuk mendapatkan pengakuan darinya, katanya kepada pemberita di luar kedutaan Korea Utara di Beijing hari ini.
Kim Jong-nam telah dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, selepas diserang oleh dua wanita yang polis Malaysia percaya melumurkan mukanya dengan VX, bahan kimia yang diklasifikasikan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran.
Pembunuhan Jong-nam telah memburuk hubungan antara Malaysia dan Korea Utara, yang telah mengekalkan hubungan persahabatan selama beberapa dekad.
Ri berkata beliau tidak berada di lapangan terbang pada hari pembunuhan itu, dan tidak tahu apa-apa tentang tuduhan bahawa keretanya telah digunakan dalam kes itu.
Ri berada di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara selepas diusir dari Malaysia.
Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing awal pagi ini disambut oleh sekumpulan pemberita Korea Selatan dan Jepun, tetapi Ri telah dibawa keluar dari situ oleh anggota polis China sebelum dia dapat membuat sebarang kenyataan.
Di luar kedutaan, Ri memberitahu pemberita bahawa beliau telah ditunjukkan bukti-bukti palsu di Malaysia, dan polis menunjukkan kepadanya gambar keluarganya dalam tahanan.
"Saya sedar bahawa ini adalah satu konspirasi, plot, untuk cuba mencemarjan status dan maruah Korea Utara," kata Ri.
Pegawai perisikan Korea Selatan dan [egawai Amerika berkata, pembunuhan itu diatur oleh ejen-ejen Korea Utara. [Baca berita penuh]
- Reuters
Malaysiakini.

PDRM nafi tuduhan Jong-chol


Polis Malaysia menafikan dakwaan rakyat Korea Utara Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan dalam siasatan terhadap pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, kononnya beliau menjadi mangsa pakatan yang didakwa untuk merosakkan kehormatan negaranya.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis hanya menjalankan tugas ketika menyiasat segala aspek kes itu.
Jong-chol, 47, ditahan bagi memudahkan siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Feb di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) tetapi dihantar pulang semalam kerana kekurangan bukti.
"Dia (Jong-chol) boleh buat apa saja kenyataan tetapi polis buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah membebaskan beliau kerana tiada bukti kukuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam tadi.
Bercakap di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara, Jong-chol dilaporkan menuduh penyiasat Malaysia menggunakan tekanan bagi memaksanya membuat pengakuan.
Noor Rashid menafikan ini.
Mengenai keputusan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, kini sebagai persona non grata dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini, Noor Rashid berkata Jabatan Imigresen akan memastikan diplomat itu keluar dari Malaysia.
Menurut laporan, Jong-nam sedang menunggu penerbangannya ke Macau di klia2 apabila dua wanita tiba-tiba menyapu mukanya dengan cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.
Jong-nam dilaporkan mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Beliau menggunakan pasport atas nama Kim Chol.
Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena