Pages

Friday, 30 June 2017

[Video MUKTAMAR Sahkan PAS Sokong Kezaliman Dan Bersama Najib] Kalau PAS mahu jadi khadam UMNO, apa kita boleh buat?

Sabtu, 1 Julai 2017

Kalau PAS mahu jadi khadam UMNO, apa kita boleh buat?

SHAH ALAM, 30 JUN: Alasan PAS menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menangani skandal mega 1MDB menjadi isyarat bahawa PAS sudah tenggelam dalam skrip UMNO.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata PAS tidak sama sekali akan “terikut-ikut” dan “terpengaruh” dengan pihak luar, merujuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
“Pakatan Harapan hari ini musuh kepada PAS dan mereka juga menuduh PAS kononnya mendapat duit daripada Umno dan sebagainya,” ujarnya dilaporkan media.
Sebagai reaksi kepada kenyataan terbabit, Setiausaha Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY) Muhammad Shakir Ameer mempersoalkan sama ada PAS tidak langsung peduli tentang penyelewengan yang berlaku.
“Sebagai seorang Ahli Parlimen, Khairuddin harus sedar betapa serius isu ini atau saja buat tidak tahu?
“Saya pelik dan geli dengan gelagat PAS baru baru ini. Dan tertanya-tanya saya adakah PAS ingin kembali dengan Barisan Nasional seperti dibawah Ust Asri Muda sesuatu masa dahulu,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Shakir lagi, sikap PAS yang seolah-olah dilihat sebagai kuda tunggangan UMNO menimbulkan tanda tanya bahawa adakah parti tersebut lebih rela menjadi ‘macai’ kepada ‘Malaysian Official 1’ daripada melawan salah guna dana awam.
DOJ baru-baru ini mendedahkan butiran lanjut mengenai skandal pengubahan wang haram melibatkan dana terkait 1MDB yang digunakan untuk membeli hak cipta filem, serta barang kemas untuk seorang model, dan juga isteri kepada karakter ‘Malaysian Official 1’ yang disahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PAS mengambil pendirian aneh dengan menyifatkan tindakan undang-undang DOJ terbabit sebagai campur tangan asing, meski kesalahan melibatkan dana 1MDB itu dilakukan di luar negara.
“Sebagai parti politik yang sudah lama dalam kancah politik, PAS hendaklah membuat keputusan untuk bersama mereka yang korup atau mereka yang melawan korupsi,” tegas Shakir. – Roketkini.com

[Video Mana Peruntukan RM2.5bilion Tebatan Banjir & Peruntukan RM900juta Lebuhraya KBKK Kelantan?] Husam mampu ikut jejak Tuan Guru Nik Aziz, kata Kit Siang.

Sabtu, 1 Julai 2017

Husam mampu ikut jejak Tuan Guru Nik Aziz, kata Kit Siang

Pemimpin Amanah Kelantan yang juga mudir pondok Baba Zulkarnain makan bersama Kit Siang di rumah terbuka Amanah Nasional di Kota Bharu semalam.
Datuk Husam Musa yang dianggap tokoh paling sesuai mengetuai kerajaan Kelantan mampu menjadi pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin contoh.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata di negara ini amat sukar ditemui pemimpin yang boleh jadi ikutan rakyat dari segi ketelusan dan sifat sederhana.
"Rakyat bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh negara akan mendapat tokoh disegani bila beliau (Husam) menjadi menteri besar Kelantan selepas pilihan raya umum nanti," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran bersama DAP Cawangan Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kelab Suara Muda, Kota Bharu petang semalam.
Beliau yakin pilihan raya kali ini akan menyaksikan perubahan menyeluruh di peringkat negeri dan persekutuan.
"Harapan saya, rakyat Kelantan akan memilih (Datuk) Husam (Musa) sebagai menteri besar.
"Dan tahun depan saya akan datang lagi untuk menghadiri rumah terbuka Pakatan Harapan bersama menteri besar yang baru," katanya.
Mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Kit Siang menyifatkan Almarhum sebagai pemimpin contoh yang menjadi inspirasi kepada rakyat.
"Bukan sekadar di Kelantan, seluruh Malaysia mengkagumi dan mahu mencontohinya," katanya.
Lim yang dalam aturcara jelajah raya Pantai Timur sebelum itu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Amanah Nasional di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu.
"Hari ini masuk hari ketiga saya di Pahang dan Kelantan meraikan hari raya," katanya.

[Video Tun M bidas Polis & Peguam Negara menjaga kepentingan Najib bukan menjaga hak rakyat] KHAIRUDDIN: Ketua Penerangan PAS 'BANGANG' & TAK FAHAM UNDANG-UNDANG? Saya Akan Samannya!

Sabtu, 1 Julai 2017

PAS : Apa motif mereka yang pergi buat aduan di US mengenai isu 1MDB?

Qodhoya Mua'sirah 17
CAMPUR TANGAN ASING

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://www.facebook.com/ustaztantawi/

Saya difahamkan bahawa telah ada dalam pengetahuan awam dan belum dinafikan oleh individu-individu terbabit bahawa merekalah yang pergi ronda buat aduan di Paris, Switzerland dan US supaya pihak luar ambil tindakan terhadap isu 1MDB.

Soalnya, apa motif mereka buat aduan di US mengenai isu 1MDB ? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu ? *Kita tahu ada pihak yang sengaja jemput US* campurtangan isu dalam negara kita.

Ini maksud Tuan Guru Hj Abdul Hadi mengenai isu campur tangan asing. Apa pun salah laku dalam negara, kita selesaikan perhitungannya dalam negara kita. Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihanraya untuk tukar kerajaan.

Jangan undang BERUANG untuk tampar nyamuk dimuka KANCIL.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.

KedahLanie.

PIMPINAN PAS DICABAR NYATAKAN DENGAN JELAS SIAPA YANG DIMAKSUDKAN!!

KETUA PENERANGAN PAS BANGANG DAN TAK FAHAM UNDANG-UNDANG!! BELIAU BEROTAK UDANG!! SAYA AKAN SAMANNYA!!

Saya cabar ketua penerangan PAS iaitu nasrudin hasan tantawi untuk sebut secara jelas nama siapakah yang pergi buat laporan pada pihak penguatkuasa undang-undang di switzerland, united kingdom, peranchis, singapura, hong kong serta FBI!!
Tolong bagi tahu ketua penerangan PAS yang bangang ini agar jangan berkias-kias lagi dalam tuduhannya yang tidak berasas itu!!
Sekiranya mempunyai sikap bertanggungjawab; nasrudin hasan mesti sebut nama 'pelapor' secara jelas dan buktikan secara sahih orang yang pergi buat laporan di 5 negara-negara luar tersebut meminta kuasa asing campurtangan dalam urusan negara malaysia!!
Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini tidak berani sebut nama saya secara jelas serta terbuka sebagai pelapor di negara-negara luar tersebut maka saya ingin nyatakan nasrudin hasan seorang yang 'bacul!!'
Kalau takut nak sebut nama saya tolong jangan campurtangan dalam isu skandal 1mdb yang beliau, pemimpin-pemimpin serta parti PAS tidak tahu fakta hakikat kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini.
Nasrudin hasan ini pada pada realitinya juga seorang yang cuba menegakkan benang yang basah!!
Mungkin kerana takut disaman atau diambil tindakan undang-undang maka dia bercakap dengan bahasa kiasan saja.
Bila saya lawan najib tun razak, rosmah mansor, jho low, riza aziz serta keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb; saya buat laporan pdrm serta sprm dan sebut nama-nama mereka secara jelas lagi terbuka !!
Setiap hari saya naik turun mahkamah untuk pertahankan diri serta prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran bagi selamatkan malaysia.
Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini nak libatkan diri dalam kes skandal 1mdb; saya cabar dia sebut nama 'khairuddin abu hassan adalah pelapor yang kononnya pergi meronda-ronda di switzerland, peranchis, united kingdom dan amerika syarikat untuk buat laporan meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal tanahair kita.'
Ketua penerangan PAS yang bangang lagi 'dungu' ini tak faham pentakrifan 'kesalahan jenayah pengubahan wang haram' di luar negara dengan campurtangan kuasa asing.
Bila masa saya pergi ke luar negara untuk meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal dalaman tanahair kita?!
Apakah membuat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang bagi menyiasat kesalahan jenayah serta sivil yang terbukti di luar negara itu membawa erti saya pengkhianat?!
Ataupun mereka sedang mencipta alasan untuk menangkap saya semula?!
Bolehkah nasrudin hasan seorang politikus yang telah tersimpang dari syariat agama serta aqidah perjuangannya membuktikan saya mengkhianati negara malaysia?!
Saya bukan macam pemimpin-pemimpin PAS yang fasiq!! Mereka memperalatkan agama untuk tujuan survival politik PAS!!
Mereka telah terpesong dari aqidah agama islam yang melarang kita bersubahat dengan rasuah!!
Sebab itu saya selaku pemimpin akar umbi umno pada waktu itu terpaksa pikul tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah untuk lawan segala bentuk kemungkaran presiden parti saya sendiri!!
Ini adalah kerana saya terpaksa memikul amanah antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia!!
Untuk menghadapi soalan serta hukuman Allah swt di padang mashyar kelak merupakan satu perkara yang amat menakutkan saya!!
Malangnya pada hari ini PAS boleh berdiri di sebelah umno dan BN serta menganggap isu kes skandal 1mdb sebagai isu nyamuk!!
Duit negara hilang rm28 bilion dan hutang tertunggak syarikat 1mdb (anak syarikat kementerian kewangan secara 100%) berjumlah rm50 bilion parti PAS kata ini isu nyamuk?!
Marilah keseluruhan rakyat malaysia berdoa agar Allah swt memberi petunjuk dan buka semula pintu hati 'dungu' pemimpin-pemimpin PAS yang haprak ini!! Amin!!
Pada hemat peribadi saya pemimpin-pemimpin PAS dah mula 'sewel' kerana kemungkinannya 'dedak haram' telah membantutkan dan memperbodohkan pemikiran waras mereka selama ini!!
Mungkin juga lilitan serban di kepala mereka terlalu berat dengan dosa-dosa kerana sedang bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup sehingga membuatkan ramai daripada tokoh pemimpin PAS termasuk presidennya menjadi bodoh!!
Najib tun razak dan rosmah mansor tidak berani memohon pencelahan dalam kes terbaru saman sivil DoJ!!
Peguam negara pun hanya bercakap politik tetapi tak berani hantar nota bantahan secara rasmi pada DoJ!!
Cuba nasrudin hasan tantawi tanya najib tun razak serta apandi ali; kenapa begitu?! Tapi mereka hanya berani cakap politik kosong saja!!
Suruhlah kerajaan malaysia bertindak secara rasmi dalam isu saman sivil terbaru DoJ!!
Asas agama islam yang berteraskan pada al-quran serta as-sunnah cukup mudah iaitu agama islam melarang amalan rasuah!!
Kita lawan rasuah kini mereka pula bersekongkol serta bersubahat dengan amalan rasuah yang jijik itu!!
Pemimpin-pemimpin PAS ini ramai dah jadi bangang!! Mereka tak faham asas undang-undang!! Tapi malangnya mereka nak tunjuk pandai dan cuba mengupas isu-isu yang mereka sendiri tidak faham!!
Saya cabar nasrudin hasan untuk sebut nama saya secara terbuka sebagai pelapor kalau dia anak jantan!! Saya nak berjumpa dengan beliau dalam kamar mahkamah dan biarkan proses undang-undang membuktikan siapa yang benar serta siapa yang bersalah!!
Untuk pengetahuan ketua penerangan PAS yang bangang ini dalam kes tahanan dan perbicaraan di bawah akta SOSMA; saya sudah pun menang di mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan serta mahkamah persekutuan!! Di bawah pertuduhan jenayah Seksyen 124 L Kanun Keseksaan pun saya sudah menang di Mahkamah Sesyen pada 12.05.2017 !!
Apa maknanya bila saya telah menang di semua peringkat mahkamah?! Sebab itu saya kata ketua penerangan dan pemimpin-pemimpin PAS ini amat bangang!!
Akhirkata, saya menuntut nasrudin hasan tantawi membuat permohonan maaf secara terbuka di atas fitnahnya kepada saya!!
Beliau ada 4 hari mulai hari ini bagi merakamkan permohonan maaf tersebut kerana walaupun beliau tidak menyebut nama saya; sebagai fakta yang nyata semua orang di seluruh dunia tahu bahawa sayalah pelapornya!!
Seandainya ketua penerangan PAS yang bangang ini gagal berbuat demikian maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang keatasnya!!
Nawaitu saya membuat laporan pada pdrm, sprm serta penguatkuasa undang-undang di 5 negara luar adalah untuk meminta mereka menyiasat kes salahlaku penyelewengan dana kerajaan dan duit rakyat di bawah pengubahan wang haram melalui bank-bank dari amerika syarikat, switzerland serta singapura!!
Pada realitinya, saya nak selamatkan dana kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan oleh para pengkhianat bangsa, agama dan tanahair.
Natijah daripada perjuangan untuk menegakkan kebenaran ini saya telah hilang segala-galanya namun saya sama sekali tidak merasa gusar kerana Allah swt senantiasa bersama saya. Insya-Allah. Amin yarabbal alamin.
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
30 Jun 2017

KedahLanie.

[Video PAS Kembali Kepada ASOBIAH Tak Peduli Soal Good Governance] Kit Siang sokong Husam Musa jadi MB Kelantan selepas PRU14.

Sabtu, 1 Julai 2017

Kit Siang sokong Husam Musa jadi MB Kelantan selepas PRU14

Husam-Musa
PETALING JAYA: Lim Kit Siang mencadangkan Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan, jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ini dipercayai adalah kali pertama penasihat DAP itu memberi sokongan terbuka kepada naib presiden Amanah terbabit.
Lim percaya adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.
Husam yang dianggap pilihan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah naib presiden PAS ketika parti Islam itu memecatnya atas dakwaan melanggar disiplin dan tatatertib parti pada Mei 2016.
Ketika itu, Husam lantang mengkritik kepimpinan PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khasnya di Kelantan.
Lim berkata demikian pada sebuah majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu, semalam. Beliau memuat naik teks ucapannya di blognya.
Katanya: “Seperti saya katakan dalam program ke-4 ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Amanah peringkat kebangsaan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di Kota Bharu pagi ini, angin perubahan politik bertiup kencang di negara ini, termasuk Kelantan.”
Beliau berharap sambutan Aidilfitri tahun depan bukan saja ada kerajaan pusat dan perdana menteri baru, malah akan ada kerajaan negeri serta menteri besar Kelantan yang baru.
“Saya berharap Datuk Husam Musa akan menjadi menteri besar Kelantan yang baru pada (sambutan) Hari Raya Aidilfitri tahun depan dan saya akan kembali ke Kota Bharu tahun depan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Kelantan Pakatan Harapan.”
Bercakap mengenai rakyat Malaysia amat memerlukan pemimpin teladan, Lim berkata: “Walaupun bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah mursyidul am PAS, beliau juga merupakan teladan kepada rakyat Malaysia yang bukannya ahli PAS.
“Jika Husam dipilih sebagai menteri besar Kelantan selepas PRU14, beliau akan menjadi teladan baru bukan hanya untuk rakyat Kelantan, tetapi rakyat Malaysia di negeri lain juga.”
Katanya, beliau tidak dapat membayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang namanya tercemar disebabkan skandal 1MDB, boleh menjadi teladan sesuai untuk 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya tidak faham bagaimana Najib boleh menjadi teladan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, sehinggakan beliau boleh mengeluarkan surat terbuka kepada parti politik pada malam Raya dan meminta semua pemimpin politik di negara ini berhenti mendesak perdana menteri bertanggungjawab terhadap 3 orang yang dikaitkan dengan 1MDB, saman kleptokrasi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan skandal kleptokrasi global.”
Pada 24 Jun lalu, Hadi dilaporkan menggesa semua pihak menolak campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman negara dengan memberi contoh kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka disebabkan pihak tertentu mempelawa campur tangan penjajah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua parti politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh.”

[Video Umno, MIC & MCA Akan Kalah Jika Tak Mainkan Isu Kaum Di Kampung Melayu!] "Ni jenis makan dedak gred F ni"...Tun M kesal pemimpin Umno, BN tak peduli reputasi buruk negara akibat 1MDB.

Sabtu, 1 Julai 2017


Harga Minyak Malaysia RON95 RON97 Diesel Terkini

Foto Otai BERSIH.
Betul ke semua?ke mkn dedak jgk.

Zul Alias

Zul Alias Mangkuk ni tak pergi brunei lagi kot..memang laaa ko rasa mahal sebab ko guna duit malaysia...tapi kalau ko kerja kat sana ko dapat gaji sana ko akan tahu minyak tu murah ker mahal...ni jenis makan dedak gred F ni...

Mohd Noorkhairul
Mohd Noorkhairul Kalau ko convert duit mlysia memeng lah bahalol...sebab ringgit kita jatuh....cuba ko tak convert.ko kje sana.ko isi mnyk kai duit gji ko kje sne...ko rase murah lh..sama gak macam singapor....kalau convert dgn duit kita beza 70sen?tapi pakai duit dia.gaji sana berbesa..baru $1.80sen
Nash Rolle
Nash Rolle Kepala bana anda duit mesia ko tukar duit blah sana mmang kau rasa mahal rege minyak kat negara luar tu..org mengembara luas pemandangan banyak pengetauhan...kau pergi mengembara makin sempit pemandangan dan pemikiran malah makin bodoh bersimpang siur...

Eisham Yahaya
Eisham Yahaya Bodoh.. jangan kau samakan duit Malaysia dengan duit Europe.. bangang betullah kau ni. Aku g sana beli barang 1 troli dengan 50 euro kat sini beli barang 50 hinggit 1 beg plastik je.. bengap betul kau ni nak tipu orang ramai pun jangan lah bengap sangat.. agaknya kau bayar beli barang guna duit malaysia kot kat europe tu.. belajar lah pandai2 sayang jangan bodoh macam lembu kena cucuk hidung. Jangan tak baca komen aku ni..mangkuk hayun.

Tun Mahathir kesal pemimpin Umno, BN tak peduli reputasi buruk negara akibat 1MDB

Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap pemimpin Umno dan BN yang terus mendiamkan diri walaupun mengetahui pemimpin mereka menyalahgunakan kuasa dan menjadi tumpuan siasatan dan tuduhan negara luar.
Para pemimpin Umno dan BN, katanya mengetahui tentang saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan penahanan jurubank serta penutupan bank di Singapura yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mereka tahu tentang kegiatan rasuah berleluasa melibatkan duit curi yang dilakukan (Datuk Seri) Najib (Razak) bermula sebaik sahaja ianya menjawat jawatan (perdana menteri). Dia telah menghancurkan Umno dan negara,” dakwa Dr Mahathir dalam catatan terbaru di blognya, chedet.cc semalam.
Dr Mahathir menamakan Menteri Multimedia dan Komunikasi Mohd Salleh Said Keruak, Ketua Penerangan Umno Annuar Musa, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed sebagai antara mereka yang mengetahui perkara sebenar tetapi didakwa memilih untuk terus mendiamkan diri.
Dia juga kesal kerana pemimpin parti komponen BN daripada MIC dan MCA dan semua menteri Kabinet lepas tangan daripada masalah itu.
"Mereka tidak kisah apa yang akan jadi kepada negara ini, kepada rakyat dan kepada reputasi kerajaan yang baik yang dibina pemimpin terdahulu.
"Apa yang mereka kisah hanyalah kedudukan mereka, kemudahan yang mereka dapat serta kemungkinan besar dedak yang diperolehi. Biarlah negara ini hancur.
"Biarkan ianya dipanggil kleptokrasi. Biarkan ianya tersenarai sebagai di antara 10 negara paling korup di dunia. Mereka tidak kisah. Tidak mungkin mereka tidak tahu. Tetapi mereka tidak kisah,” kata Tun Mahathir yang kini menjawat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau turut memberi amaran kepada pemimpin pembangkang supaya berwaspada kerana mereka sedang ditakutkan dan membayangkan mereka mungkin akan ditahan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-kacirkan parti.
"Memang tindakan akan sebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan rasa takut untuk undi pembangkang. Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," katanya.
Dia kemudian merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk menolak Najib pada PRU 14 walaupun pemimpin pembangkang terpaksa merengkok dalam penjara.
"Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.
"Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali," tegas beliau.
MALAYSIA DATELINE

[Video Skandal 1MDB Sebarkan!] Saman Sarawak Report tidak semudah Daily Mirror, pesan Hanipa pada Pas

Jumaat, 30 Jun 2017

Saman Sarawak Report tidak semudah Daily Mirror, pesan Hanipa pada Pas

Para pemimpin Pas diingatkan supaya tidak memandang remeh saman parti itu terhadap Sarawak Report kerana ia tidak semudah kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap akhbar Daily Mirror.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin berkata, kes saman Abdul Hadi terhadap akhbar Daily Mirror 'terlalu jelas, terang dan nyata' berbanding kes saman Sarawak Report.
"Menang kes tu (Daily Mirror) tak semesti menang kes sekarang ni(Sarawak Report)... Kes tu terlalu jelas, terang dan nyata. Kes sekarang ni taklah seterang, sejelas dan senyata kes itu...," jelas beliau.
Hanipa yang mewakili presiden Pas dalam saman terhadap Daily Mirror menjelaskan, akhbar berkenaan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah sebaik menerima notis peguam dan Abdul Hadi tidak perlu memberi keterangan di mahkamah.
Bagaimanapun tambah beliau, kes membabitkan Sarawak Report mungkin akan dibicarakan dan presiden Pas besar kemungkinan akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan disoal balas dengan panjang dan agresif oleh peguam Sarawak Report.
Hanipa mengulas kenyataan seorang pemimpin Pas negeri kepada Malaysiakini yang yakin parti itu akan menang dalam kes saman Sarawak Report seperti mana kes saman akhbar Daily Mirror.
Hanipa yang kini Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Amanah bagaimanapun mengucapkan 'selamat berjaya' kepada Pas dalam kes di mahkamah London itu.

Thursday, 29 June 2017

[Video Dialog Isu Semasa DoJ & Umno Pas 2 X 5 jugak!] PU Muriza Hazrul di RumahTerbuka Aidilfitri AMANAH & Hari Raya Terakhir Buat Umno BN! Abe Polis royat, "Terima kasih, susah2 aja"

Jumaat, 30 Jun 2017

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Bilo Abe Polis nak berpoligam dengan Bang Mat, dapat pulop baju 😁. Rugi sapo2 dop maghi

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Abang Ahmad Kerdee
9 jam berhampiran Kota Bharu, KelantanDisunting 

Sejuk hati bila dapat bersama PU Muriza Hazrul

Foto Abang Ahmad Kerdee.

Foto Abang Ahmad Kerdee.

Foto Abang Ahmad Kerdee.

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Dikir Barat AMANAH Tumpat

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Pihak Keselamatan dari PDRM yang bertugas men jaga keamanan di sekitar program. Ambo sampaikan 'door gift' kepada wakil Polis. Abe Polis royat, "Terima kasih, susah2 aja" 

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Pabila Mudir Pondok maghi, YB LKS siap berdiri menyantuni para asatizah

Foto Abang Ahmad Kerdee.
Geng Bapa SeKelantan di luar dewan

Foto Abang Ahmad Kerdee.

Foto Pakatan Harapan.

HARI RAYA TERAKHIR BUAT UMNO BN, UBAH!

Besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta ini dapat dibina semula dalam segenap aspek yang telah dan sedang dinodai UMNO BN. Perubahan besar ini jelasnya perlu dirasai dan dilakukan bersama segenap rakyat dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH)

Pilihanraya ke-14 yang bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat dan mungkin sahaja selepas Hari Raya akan menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak parti rasuah UMNO BN kali ini. Kehendak rakyat untuk melihat negara ini bersih daripada rasuah perlu diutamakan.
Pertembungan kali ini jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh parti rantai berlian merah jambu dan dipimpin oleh orang yang kononnya 'menerima derma' dari syeikh Arab.
Penguasaan UMNO BN yang terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus bersuka-ria mencuri wang rakyat (kleptokrasi). Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi penting rakyat berlaku sehingga 'Jerung' terus selamat. Sikap Peguam Negara yang terus berdiam diri dengan pelbagai bukti jelas Jabatan Keadilan Amerika terhadap pengsonglapan kewangan yang berpunca daripada wang 1MDB, yakni wang rakyat Malaysia.
Hidup Melayu!. Kita mahu Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta perasuah yang memimpin negara ini.
Hidup Islam! Kita mahu Islam terus dipertahankan supaya Aqidah tidak terpisah dengan Akhlak dan Tadbir-Urus.
Juga amat mustahak sekaligus Islam terserlah sebagai Rahmatan Lil A'lamin, yang mana Islam memberi kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaanNya.
Pembawaan politik kaum dan anutan agama yang sempit perlu dibenteras agar Malaysia dapat membangun dengan nilai bangsa dan agama yang lebih lnklusif dan Rahmat kepada semua rakyat Malaysia.
Juga lebih utama pada hari ini ialah bagaimana untuk kita jadikan negara ini bersih dari rasuah? Bagaimana duit poket rakyat setiap hari dapat ditingkatkan? Bagaimana kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan? Bagaimana masalah pengangguran anak muda dapat diatasi? Bagaimana untuk memastikan rakyat dapat berteduh di teduhan yang selesa dan tidak membebankan?
Justeru, usaha untuk menjadikan negara ini maju dan bertamadun hendaklah digerakkan bersama-sama seluruh rakyat, NGO dan parti politik dalam mendepani kerajaan perasuah yang telah mencuri berpuluh billion wang rakyat.
Tuan Haji Mohamad bin Sabu
Presiden Parti AMANAH Negara

[Video Rakyat Dah Marah Dengan Najib (1MDB) Yang Merugikan Dan Malukan Malaysia] Pembangkang sepakat adakan siri jelajah penerangan kemelut 1MDB bermula 6 Julai.

Jumaat, 30 Jun 2017

Pembangkang sepakat adakan siri jelajah penerangan kemelut 1MDB bermula 6 Julai


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Parti pembangkang negara ini mencapai kata sepakat untuk mengadakan siri jelajah penerangan kemelut penyelewengan 1MDB bermula 6 Julai hadapan di Dewan JKKK Penaga Kepala Batas yang akan berlangsung pada jam 9 malam.
Siri jelajah itu dibuat bagi menjelaskan tentang pendedahan terkini pemfailan ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melibatkan kehilangan dana 1MDB berjumlah AS$4.47 bilion yang didakwa diselewengkan.
Pengumuman ini dibuat dalam satu kenyataan bersama ditandatangani pemimpin PKR, DAP, Amanah, PPBM, PSM dan Warisan.
Selain siri jelajah menjelaskan kemelut isu 1MDB kepada orang awam, mereka turut menyenaraikan beberapa langkah yang akan diambil iaitu:
  1. Mendesak Perdana Menteri mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sesegera yang mungkin dan membentangkan Kertas Putih Berkenaan 1MDB.
  2. Membuat laporan bersama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  3. Membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) serta menuntut supaya kertas siasatan dibuka semula.
  4. Mewujudkan sebuah Jawatan Kuasa Tindakan 1MDB (1MDB Action Committee) yang akan merangka strategi dan respon pembangkang terhadap isu 1MDB ini.
Menurut kenyataan itu, alasan sesetengah menteri bahawa dakwaan DoJ tersebut adalah bermotif politik atau campur tangan asing tidak mencukupi untuk menangkis segala persoalan yang ditimbulkan.
“Jika kerajaan tidak mahu rakyat terbawa-bawa oleh dakwaan DoJ, maka kerajaan harus menjawab segala dakwaan tersebut dengan membentangkan laporan siasatan daripada institusi-institusi siasatan negara melalui Kertas Putih di parlimen.
Justeru, agensi berkenaan seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan PDRM digesa untuk membuka semula siasatan berhubung penyelewengan itu.
“Nama baik negara dimalukan apabila sekurang-kurangnya 9 negara menjalankan siasatan terhadap skandal ini. Namun kertas siasatan ditutup oleh semua agensi berwajib Malaysia.
“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama pemimpin PH dan pembangkang ini telah ditandatangani oleh Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok; Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad, Ahli Parlimen Sg Siput (PSM), Dr Michael Jeyakumar; Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Dato’ Dr Rais Hussin. –Roketkini.com

[Video Dr MAZA: Curi Kayu Kena, Curi Balak Tak Kena] Radar 'hilang' rupanya ada di Rotterdam.

Jumaat, 30 Jun 2017

Image result for Gambar Radar tentera
Peralatan Canggih Radar Tentera Berteknologi Tinggi Hilang, Polis Sahkan Terima Laporan - Siakap Keli

Radar 'hilang' rupanya ada di Rotterdam

Tidak seperti digambarkan melalui laporan media sebelum ini, radar tentera yang didakwa hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, sebenarnya sudah dikesan.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam berkata radar berkenaan sudah sampai ke destitasi sepatutnya iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.
"Siasatan yang dijalankan JKDM sebenarnya menjurus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah akta Pemerdagangan Strategik 2010," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, akhbar The Star melaporkan sistem peralatan radar tentera bernilai jutaan ringgit yang dalam transit ke Belanda dilaporkan hilang di PelabuhanTanjung Pelepas di Johor.
Menurut laporan tersebut barangan dari Australia itu ditahan JKDM sementara menunggu dokumen yang diperlukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Susulan itu, insiden berkenaan mendapat perhatian ramai, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan bagi menyiasat kes berkenaan.
Menurutnya, kehilangan yang dilaporkan pagi tadi amat mengejutkan dan merisaukan, sekali gus dibimbangi melibatkan unsur-unsur rasuah.
Sementara itu dalam kenyataannya hari ini Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) berkata kontena yang mengandungi radar berteknologi tinggi itu sentiasa berada dalam kawalan rapi pihak PTP serta agensi lain kerajaan.
"LPJ juga mengesahkan bahawa kontena yang mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi tersebut telah pun dimuat ke atas kapal Emma Maersk pada 3 Jun 2017  dan selamat sampai di destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda," kata agensi berkenaan.
Sepanjang tempoh kontena terbabit ada di PTP, kata LPJ, pihak pelabuhan sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan khususnya JKDM.
"Pada masa sama PTP sedang mempertingkatkan pematuhan SOP dalaman berhubung pemakaian Akta Perdagangan Strategik 2010," kata kenyataan itu.
Malaysiakini.