Tuesday 6 June 2017

[Video Susulan penuntut UPNM maut didera rakan] 10 HARI TANPA RAWATAN KECUAIAN SERIUS, Menteri Pertahanan Mesti Bertanggungjawab!

Selasa, 6 Jun 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.


Parti Amanah Negara telah menambah 3 foto baru
8 jam
KENYATAAN MEDIA
10 HARI TANPA RAWATAN KECUAIAN SERIUS, MENTERI PERTAHANAN MESTI BERTANGGUNGJAWAB
1. Kematian ngeri dan tragik adik Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat didera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan menuduh arwah sebagai pencuri komputer riba tanpa sebarang bukti adalah sangat mengecewakan semua pihak.
2. Pihak Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil langkah menentang sekeras-kerasnya tindakan mendera apatah lagi deraan yang menggunakan peralatan bahaya seperti seterika panas sehingga mengakibatkan mangsa (Zulfarhan Osman) mengalami 80 peratus kelecuran pada badan ketika ditemui.
3. Pihak AMANAH juga ingin mempersoalkan tahap pemantauan pihak universiti dalam menangani kes ini di mana selepas 10 hari mangsa didera dengan kecerderaan serius tetapi tidak mendapat sebarang rawatan sewajarnya.Terdapat kecuaian dalam pemantauan terhadap mangsa yang sewajarnya dapat dikesan melalui aktiviti 'roll call' tentera, sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali setiap hari.
4. Pihak kami juga turut mempersoalkan tahap penjagaan keselamatan penuntut di universiti berkenaan yang sepertinya tidak endah dengan apa yang berlaku selama 10 hari ketika mangsa sedang dalam kesakitan tanpa ada sebarang aduan mengenai kehilangan penuntut atau tinjauan ke asrama tempat penuntut menginap.
5. Ini adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia telah menjadi kes jenayah dan pihak AMANAH ingin Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn bertanggungjawab dalam kes yang melibatkan universiti di bawah kelolaan beliau sebagai menteri.
6. Menteri Pertahanan tidak sepatutnya menjadikan penuntut sebagai mangsa dalam ingin mencapai tahap maksima ke arah yang lebih baik sehingga wujudnya sifat gengsterisme di kalangan sesama pelajar sehingga mencetuskan kes penderaan yang membawa kepada kematian dan kes ini juga menyebabkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia tercemar kerana rekod kes jenayah penderaan di dalam universiti awam.
7. Dalam lawatan pihak AMANAH ke rumah keluarga mangsa, kami dapati kedukaan yang melanda keluarga itu jelas terzahir dan dengan itu pihak kami juga turut menawarkan nasihat guaman untuk keluarga mangsa membuat suatu tindakan undang-undang dalam menjalankan kes tersebut yang melibatkan anak sulung mereka. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada mangsa.
8. AMANAH ingin menasihatkan bahawa undang-undang telahpun wujud sekian lama dan janganlah ada pihak yang cuba mereka-reka undang-undang sendiri yang boleh mengakibatkan berlakunya kes jenayah sekaligus telah menyebabkan masa depan pelaku-pelaku jenayah seperti 36 penuntut universiti ini menjadi gelap.
9. Datuk Seri Hishamuddin Hussin tidak boleh lari dari isu penderaan melampau ini dan mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden yang memalukan ini. Saya menegaskan agar pihak universiti untuk tampil bertanggungjawab dalam hal yang membabitkan penuntut Zulfarhan Osman Zulkarnain ini dan janganlah mereka hanya berselidung di sebalik Menteri Pertahanan yang dilihat gagal mengawal keadaan atau tugas yang sepatutnya dilakukan beliau.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
6 JUN 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena